Dewan hotel yang digunakan oleh Redwood Specialist Hospital bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-25 itu dihias dengan meja-meja bulat yang memenuhi dewan. Chandelier yang bersinar dengan terang dan kelihatan mewah tergantung di pertengahan dewan tersebut.
Setiap meja dibaluti dengan alas meja diperbuat daripada kain satin berwarna putih telur dan mempunyai pasu yang diisi dengan bunga ros yang disembur menggunakan cat emas mengikut tema pada malam itu.
Emma, Dylan, dan Haziq duduk semeja pada malam itu. Afaaf melihat Haziq dari jauh dan apabila Haziq memandangnya semula, Afaaf akan mengalihkan pandangannya. Emma melihat ke arah Afaaf dan mata mereka bertembung.
Kebiasaannya, mereka berdua akan mengukirkan senyuman tetapi kali ini, mereka berdua kelihatannya tidak ingin bertentangan mata. Perhatian Emma terganggu apabila mikrofon diketuk oleh seseorang menyebabkan bunyi bingit terhasil.
“Sorry.” Ucap Aiden yang memegang mikrofon. “Okay. Firstly, saya nak ucapkan selamat kepada Redwood Specialist Hospital di atas ulang tahunnya yang ke-25 sejak pertama kali beroperasi.” Ucapan Aiden disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin.
Dylan dan Emma lebih tahu untuk tidak turut sama memberikan tepukan gemuruh kepada ucapan Aiden itu. Dylan mula berasa tidak sedap hati akan hal itu.
“Saya nak beri satu kejutan kepada para hadirin semua.” Aiden memberi isyarat kepada pekerja hotel tersebut untuk memainkan sesuatu pada skrin. “Enjoy.” Aiden memberikan senyuman sinis kepada Dylan sebelum turun ke pentas.
Semua mata fokus memandang apa yang dimainkan di skrin. Dalam skrin tersebut, kelihatannya Tengku Shamri sedang menunggu kedatangan seseorang di dalam pejabatnya. Tiba-tiba, pintu pejabatnya diketuk lalu Dylan masuk ke dalam pejabatnya.
“Dylan?” Emma berasa keliru.
Dylan tahu apa yang skrin itu bakal mainkan dan dia juga tahu, sudah terlambat untuknya menghentikan semua. Dylan mengeluh kecil dan menunduk dengan rasa bersalah.
“Professor panggil saya ke?” Soal Dylan sekadar memastikan.
Tengku Shamri mengangguk, “Duduk. Arahnya dan Dylan akur. Hows the surgery?” Soal Tengku Shamri.
“Alhamdulillah, Prof. Patient tu dah stabil.” Beritahu Dylan. “I think the reason you called me not just because you want to ask me about the surgery, am I right?” Dylan cuba memerangkap Tengku Shamri.
Tengku Shamri menghela nafas dalam, “I want you to—kahwin dengan Emma.”
Dylan terkejut dengan permintaan Tengku Shamri itu tetapi dia kelihatannya berminat akan hal itu. Dylan menegakkan badannya dan memandang Tengku Shamri dengan perasaan ingin tahu.
YOU ARE READING
Surgeon In Love
Lãng mạnHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...