• Part XXV •

12K 665 28
                                    

Emma memulas tombol pintu Villa milik mereka. Dia menekup mulut dek kerana kagum akan hiasan dalaman Cliff Villa itu. Terdapat dua buah katil bersaiz Queen yang mempunyai kanopi putih. Cadar tilam bagi kedua-dua katil itu pula berwarna hijau putih.

Di hadapan katil tersebut, terdapat dua buah sofa berwarna hijau dengan dua coffee table berbentuk bulat diperbuat daripada kayu. Siling villa itu pula tidak dilapisi apa-apa dan bumbung villa itu jelas terlihat dari dalam manakala lantai villa itu pula diperbuat daripada batu marmar.

Emma mengatur langkahnya menuju ke sebuah balkoni yang terdapat di villa itu. Dia menghirup udara segar sambil menutup matanya dengan rapat. Tiba-tiba, dia terasa sesuatu sedang bergerak di atas telapak tangannya.

“AHHH!” Emme menggoyangkan tangannya apabila seekor labah-labah berada di tangannya.

Emma berpaling dan secara tidak sengaja memeluk seseorang. Oleh kerana tidak keruan apabila ternampak labah-labah, Emma tidak meleraikan pelukannya pada orang tersebut.

“Awak kenapa ni?” Soal suara garau milik orang yang dipeluk Emma itu.

Emma tersentak kembali ke alam realiti apabila mendengar suara itu. Dia mendongak dan mendapati lelaki yang dipeluknya itu adalah Iz. Emma segera menjarakkan dirinya.

“A-awak buat apa kat sini?” Soal Emma tergagap-gagap.

Iz menunjukkan sebuah villa bersebelahan dengan villa Emma itu, “Villa kitorang kat sebelah je. Tadi saya terdengar awak jerit so saya rush pergi sini.” Ujar Iz dengan dingin.

“Oh.” Emma mengangguk faham. “Saya masuk dulu.”

Emma masuk semula ke dalam villa. Dia menutup pintu tersebut dan menarik langsir untuk menutupi slide door yang lutsinar itu.

Iz memandang lama pintu villa tersebut, “I miss you.” Ucapnya perlahan.

Setelah menutup langsir tersebut, Emma perlahan-lahan terduduk dengan belakangnya disandarkan pada pintu tersebut. Emma menarik lututnya untuk dirapatkan ke dada lalu dipeluknya. Dagunya pula ditongkat oleh lututnya.

“Saya rindu awak.” Bibir Emma terketar-ketar saat mengucapkan tiga perkataan itu. Air mata mula bercucuran.

•●•●•●•

“Emma, come onlah!” Afaaf cuba memujuk. “I mean, that's the main point kenapa kita datang sini sebab kita nak attend Annual Party tu.” Tambah Afaaf lagi. “Lagipun, bukannya kita je yang akan attend party tu. Redwood Specialist Hospital Indonesia pun akan attend party tu kot.”

“Aku takde bawa dresslah.” Balas Emma selamba.

“What is this?” Jazmin masuk ke bilik mereka membawa sehelai evening gown.

Gaun tersebut merupakan off shoulder dengan tampalan renda African berwarna hitam dan ropol berlabuci. Hujung gaun tersebut pula jenis sweep train. Secara keseluruhannya, baju itu kelihatan penuh dengan keeleganan.

“Housekeeper tu baru je bagitahu saya yang awak minta tolong ironkan baju ni.” Beritahu Jazmin.

“Guys, kalau Dr. Emma tak nak pergi, tak payahlah nak paksa dia.” Laila masuk campur. Sebenarnya, dia tidak ingin Emma menghadiri majlis tersebut kerana dia risau jika Emma dengan Iz kembali rapat.

“See? Laila's right.” Ujar Emma.

Afaaf bercekak pinggang lalu merampas evening gown milik Emma itu dari tangan Jazmin, “No! She's dead wrong. Sekarang, kau kena pakai dress ni and attend party tu.” Desak Afaaf dengan lagak seorang diva.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now