• Part LX •

17.9K 576 17
                                    

3 tahun kemudian..

Jazmin memegang perutnya yang berusia empat bulan itu sambil melaungkan nama Rykarl dari ruang tamu. Seorang anak kecil yang kelihatan comel dengan gaun berwarna maroonnya sedang melompat-lompat di atas sofa.

“Akira, sayang! Jangan lompat-lompatlah! Nanti jatuh!” Tegur Jazmin dengan riak yang risau tetapi anak kecil yang bernama Akira itu masih lagi dengan kedegilannya. “Rykarl! Cepatlah! Kita dah lambat dah ni!” Jerit Jazmin lagi.

“Ya, ya! Dah siap dah ni!” Rykarl turun ke ruang tamu sambil membutang bajunya.

Jazmin sudah bercekak pinggang menanti ketibaan Rykarl ke ruang tamu. Rykarl yang sangat kenal akan ekspresi yang ditunjukkan isterinya itu tahu bahawa dia akan dibebel untuk kali ketiga pada hari itu.

“Kenapa awak lambat sangat? Awak ni bersiap lebih lama dari perempuan tau!” Omel Jazmin, mulutnya dimuncungkan sedepa. “Tengok anak awak tu, melompat-lompat dari tadi! Kang jatuh siapa nak tanggung?!” Tambah Jazmin.

“Bukan anak saya je, anak kita dualah.” Usik Rykarl sambil tersenyum manja. Dia menoleh ke arah anak kecil tersebut. “Akira! Stop it!” Ujar Rykarl dengan tegas dan berjaya meruntuhkan kedegilan Akira.

Jazmin mengeluh sambil keningnya dikerutkan. Dia mengusap perlahan perutnya. Rykarl yang perasan akan hal itu tersenyum.

Rykarl memegang dagu Jazmin lalu diangkatkan wajah Jazmin semula sehingga mata mereka bertemu, “Kenapa ni?” Tanya Rykarl dengan lembut.

“Anak seorang pun saya tak boleh nak jaga, apalagi bila baby kita seorang lagi ni lahir.” Adu Jazmin dengan sayu. “I'm a bad mother.” Tambahnya lagi dengan keluhan.

Rykarl mengusap pipi Jazmin, “No, sayang. You're the best mother that our children could ever have. ”

Jazmin kembali tersenyum. “So—how do I look? Nampak over sangat ke? Make up saya macam mana?” Soal Jazmin, mengubah topik mereka.

“You're beautiful.” Balas Rykarl.

“Thank you.” Balas Jazmin pula. “Dah, jom pergi. Kita dah lambat dah ni. Nanti tak pasal-pasal si Emma tu merajuk pula.” Tambahnya lagi.

“Okay, jom.” Rykarl akur. “Akira! Jom!”

•●•●•●•

Emma menarik nafas dengan dalam. Para tetamu yang dijemput semakin memenuhi pelosok rumah banglo Tengku Shamri itu. Emma semakin gementar.

Perlahan-lahan, dia menuruni anak tangga. Semua perbualan terhenti di saat Emma menuruni anak tangga. Gaunnya yang mencecah lantai itu membuatnya kelihatan seperti seorang puteri dongeng.

Bisikan memenuhi setiap ruang. Mata Emma segera menangkap kelibat Tengku Shamri yang juga turut sama melihatnya seperti yang lain. Sesampai sahaja dia pada anak tangga terakhir, dia segera mengatur langkah menuju ke arah Tengku Shamri.

“Ayah.” Sapa Emma sambil tersenyum.

“Selamat hari jadi, sayang.” Tengku Shamri memberikan Emma sebuah pelukan. “Ayah nak pergi bertegur sapa dengan tetamu yang lain. Apa kata Emma berkenalan dengan Muaz ni?” Ujar Tengku Shamri, sambil meletakkan tangannya pada bahu seorang lelaki yang kelihatannya berada dalam lingkungan umur Emma.

Emma sebenarnya enggan untuk berbuat begitu tetapi Tengku Shamri telah pun meninggalkan mereka berdua sebelum dia sempat menyatakan ketidakingingannya. Emma dan lelaki yang hanya dikenalinya sebagai Muaz itu bertukar senyuman.

“Awak ni Emma kan? Saya Muaz, anak Tengku Daud.” Lelaki yang segak di hadapan Emma itu memperkenalkan dirinya.

“Tengku Daud? Awak ni adik Sheeyra ke?” Soal Emma.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now