• Part XV •

12.5K 793 14
                                    

“I really wish this wasn't goodbye and i wish it's just a prank but deep in my heart, i just don't care anymore.”•

•●•●•●•

“Cik?” Suara pemandu teksi tersebut mengejutkan Emma dari lamunannya. “Kita dah lalu jalan ni tiga kali. Cik nak pergi mana sebenarnya?” Soal pemandu teksi itu.

Emma mengeluh. Dia langsung tidak menyedari akan hal itu. “Saya turun kat sini jelah, pakcik.” Beritahu Emma.

“Cik pasti ke? Tempat ni tak ramai sangat teksi lalu. Rumah cik berdekatan sini ke?” Soal pemandu teksi itu lagi.

“Ha'ah, pakcik.” Tipu Emma.

“Haa yelah.” Pemandu teksi tersebut memberhentikan keretanya.

Emma mengeluarkan dua keping not RM50 dan memberikannya kepada pemandu teksi itu, “Baki dia, pakcik simpanlah.” Ujar Emma. “Terima kasih, pakcik.” Emma sempat mengucapkannya sebelum meninggalkan teksi itu.

Setelah teksi tersebut hilang dari pandangan, Emma mengeluh kecil. Dia melihat sekelilingnya dan hanya rimbunan pohon-pohon dan langit malam menemaninya. Benarlah kata pemandu teksi itu, jalan tersebut sunyi sahaja.

Emma meneruskan langkahnya. Dia langsung tidak mengeluarkan suara sejak meninggalkan teksi itu. Dia tidak merasai apa-apa pada masa itu. Tiba-tiba, Emma merasakan bahagian jari kelingking kakinya berasa pedih.

Emma menundukkan badannya untuk membuka kasut tumit tinggi yang digunanya. Dia mengeluh kecil apabila jari kelingking kakinya mempunyai kesan luka akibat daripada tumit tingginya. Emma memegang kedua-dua kasut tumit tingginya dan meneruskan perjalanannya ke mana sahaja jalan itu membawanya.

Dia terus berjalan sehinggalah dia berasa penat. Emma merendahkan badannya dan duduk di bahu jalan. Pada masa itu, dia begitu kaku untuk berfikir.

•●•●•●•

Dylan membuka peti sejuk lalu mengambil sebotol air mineral. Dia meneguk air mineral itu sehingga separuh daripada botol tersebut kosong. Setelah itu, Dylan pergi ke bahagian pintu utama rumah itu. Dia baru sahaja hendak beredar setelah mematikan suis ruang tamu, tetapi matanya menangkap satu figura pada cctv yang dipasang di pagar rumahnya.

Dylan segera keluar dari situ. Dia berhenti berlari apabila mendapati figura tersebut masih lagi berada di situ. Dylan berjalan dengan perlahan mendekati figura tersebut.

“Kau buat apa kat sini?” Soal Dylan.

Emma sedikit pun tidak melihat ke arah Dylan. Dylan akhirnya memutuskan untuk duduk di sebelah Emma yang kaku tidak berbicara itu. Suasana begitu senyap kerana hanya rumah Dylan sahaja yang berada di kawasan itu. Rumah yang lain pula berada pada 200 meter dari situ.

Dylan menoleh ke arah Emma dan dia menyedari pipi Emma basah akibat daripada menangis. Matanya membengkak dan merah, namun, esakan masih tidak terdengar. Tiba-tiba, Dylan teringat akan sesuatu.

Dylan tahu tak bila perempuan rasa sakit sangat?” Soal wanita yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam bagasi. Dia mengusap air mata Dylan.

Tak tahu.” Jawab diri Dylan yang masih berumur lima tahun ketika itu.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now