• Part VI •

14.7K 883 9
                                    

Emma bergegas ke hospital apabila dia menerima panggilan telefon dari hospital itu. Dia ternampak sebuah lif bakal tertutup, mujurlah dia sempat menyelinap masuk. Emma mengeluh nafas lega.

"Kau tak boleh guna tangga ke? Apesal nak share lif dengan aku?" Kedengaran suara garau menyapa.

"Dr. Dylan?" Emma sedikit terperanjat. Ketika dia menyelinap masuk ke dalam lif tersebut, dia langsung tidak menyedari tentang kehadiran Dylan di dalam lif itu bersamanya. "Doktor nak pergi disciplinary meeting juga ke?" Soal Emma.

"Dah tu aku nak pergi mana lagi?" Soal Dylan semula sambil membetulkan tali lehernya.

"Doktor tahu tak siapa yang nak dibincangkan dalam disciplinary meeting ni?" Soal Emma, dia benar-benar tidak mengetahui mengapa disciplinary meeting itu diadakan.

"Sheeyra, Dr. Sheeyra Mikha." Balas Dylan, matanya tertumpu pada nombor yang dipaparkan pada skrin diatas pintu lif tersebut.

"Dr. Sheeyra?" Emma membulatkan mata. "Is it because of the mistake during her surgery? Semua doktor buat kesilapan, rasanya tak perlu kot sampai nak babitkan disciplinary meeting bagai." Emma menyatakan rasa tidak puas hatinya.

Dylan mengeluh dengan sinis, "It doesn't sound like that bila kau halau dia dari surgery room that day." Sindirnya.

Lif tersebut mengeluarkan bunyi ding dan pintu terbuka. Dylan menjejakkan kakinya keluar dari lif tersebut. Emma yang kaku itu segera mengejar Dylan.

Dia meraih lengan Dylan, "Doktor rasa saya patut hentikan meeting ni ke?" Soal Emma, dia sedikit risau sekiranya Sheeyra menerima tindakan disiplin yang melampau.

Dylan merenung wajah Emma yang tertunduk itu. Bibir milik gadis dihadapannya itu terketar-ketar. Tiba-tiba dia merasakan simpati terhadapnya namun dia membiarkan egonya menang.

Dylan menarik semula lengannya dari genggaman Emma, "It's too late." Ujar Dylan dan sekali lagi meninggalkan Emma.

•●•●•●•

"Kamu telah melakukan pembedahan terhadap seorang pesakit. Ketika melakukan pembedahan tersebut, kamu telah melakukan kesilapan yang menyebabkan pesakit tersebut hampir kehilangan nyawa dan terpaksa dilakukan pembedahan ke atasnya" sekali lagi. Pengarah hospital itu membacakan kesalahan yang dilakukan oleh Sheeyra. "Kamu mengaku atas kesalahan yang kamu dah lakukan?"

Sheeyra sempat mengerling ke arah Dylan yang tidak menunjukkan apa-apa ekspresi pada mukanya kemudian dia mengerling ke arah Emma yang sedang berkerut seribu. Sheeyra berasa sangat malu berdiri di hadapan semua thoracic surgeon hospital tersebut.

Sheeyra menggenggam jari jemarinya dengan kuat dan menarik nafas dalam, "Ya, professor." Dia akhirnya berkata.

"Dr. Ariana?" Pengarah hospital itu memanggil Thoracic Department Manager yang digelar sebagai Dr. Ariana itu. "Doktor dah putuskan tindakan disiplin yang perlu diambil terhadap Dr. Sheeyra?" Soalnya lagi.

Ariana bangun dari tempat duduknya, "Sebagai Thoracic Department Manager, saya memutuskan Dr. Sheeyra akan digantung kerja selama dua minggu atas kesalahan yang dilakukan." Ujar Ariana.

"Baiklah." Balas Professor Tengku Shamri. "Dr. Sheeyra, kamu fahamkan tentang tindakan disiplin kamu?" Soalnya kembali kepada Sheeyra.

Sheeyra merenung tajam ke arah Emma, "Saya faham, professor."

•●•●•●•

Semua thoracic surgeon mulai beredar dari ruang mesyuarat itu dan kini hanya Emma, Dylan dan Sheeyra sahaja yang berada di dalam bilik tersebut. Sheeyra sempat menghadiahkan jelingan tajam ke arah Emma sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Dr. Sheeyra!" Panggil Emma.

Dia bergegas menuruti Sheeyra keluar dari bilik itu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

"Dr. Emma, may I speak to you for a second?" Iz muncul di hadapan Emma.

Mata Emma terlekat pada figura Sheeyra yang semakin lama semakin jauh, "Dr. Iz, saya betul-betul kena pergi. Let's talk later." Emma berlari. "Dr. Sheeyra!" Emma masuk ke laluan tangga kecemasan di mana Sheeyra sedang berada. Emma segera meraih lengan Sheeyra. "Dr. Sheeyra, we need to talk." Ujar Emma, nafasnya turun naik dengan laju.

Sheeyra berpaling menghadap Emma, "Kau nak cakap apa lagi? Kau nak bagitahu aku yang kau happy sangat sebab aku kena gantung kerja?" Soal Sheeyra.

Emma semakin rasa bersalah apabila melihat mascara Sheeyra yang kini rosak akibat menangis. Emma perlahan-lahan melepaskan pegangannya pada lengan Sheeyra.

"I'm sorry. Saya tahu saya tak patut marah awak sampai macam tu sekali-"

"Yes! Kau tak berhak nak marah aku sampai macam tu sekali walaupun masa tu aku first asisstant kau!" Sheeyra menuding jari. "Kau tahu tak kalau bukan sebab kau memperbesarkan hal ni, aku takkan kena gantung kerja, tahu? Kau memang tak boleh tengok orang senangkan? Kenapa? Kau cemburu sebab Dylan rapat dengan aku?" Tuduh Sheeyra dengan sinis.

Emma tidak menyangka Sheeyra akan berkata begitu, "Saya tak ada perasaan pun kat Dr. Dylan-"

"Eh, dahlah! Kau tak payah nak berdolak-dalih lagi. Kau ingat aku tak perasan macam mana kau layan Dylan? Kau ingat aku tak nampak kau pegang tangan dia tadi?!" Sheeyra meninggikan suaranya.

Bayangan Emma meraih lengan Dylan sebelum disciplinary meeting tadi terbit di fikiran Emma. Dia menghembus nafas panjang.

"Saya minta maaf. Saya tak tahu pula awak dan Dr. Dylan ada something." Emma meminta maaf.

Sheeyra tertawa sinis, "Aku tak kisah kalau kau nak kenakan aku, but if you touch Dylan once again, Ill kill you. Slowly." Sheeyra memberikan amaran kemudian keluar dari laluan tangga kecemasan itu.

Emma terduduk di tangga itu. Dia meraup mukanya dan mengeluh panjang. Rasa bersalah semakin membuak dalam dirinya.

"Syif awak dah habis kan?" Soal seseorang.

Emma mengangkat mukanya dan matanya bertembung dengan mata milik Iz. Emma langsung tidak menyedari bila Iz berada di situ.

"Jom temankan saya keluar." Kata Iz lagi dengan senyuman kecil.

"Keluar? Nak pergi mana? "Soal Emma. Dia berasa hairan apabila Iz mengajaknya keluar walhal selama ini Iz merupakan seorang yang pendiam. Dia jenis orang yang hanya mengeluarkan suara apabila perlu sahaja.

"Somewhere."

•●•●•●•

hola! bosan giler duk rumah. hari ni tak prgi skola, tiba-tiba demam pula. So hari ni mmng confirm watch Harry Potter all day long. anyways, enjoy & jgn lupa vote tau!

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now