• Part XIII •

13.1K 752 50
                                    

Afaaf duduk di atas katilnya sambil kepalanya disandarkan pada kepala katil. Dia mengalihkan pandangannya pada Iphonenya yang terletak tidak jauh darinya. Jauh di lubuk hatinya, dia amat berharap seseorang membuat panggilan kepadanya.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, skrin Iphone milik Afaaf menyala dan mengeluarkan deringan. Afaaf segera menggapai telefonnya. Malangnya, ia hanyalah notifikasi daripada Digi yang mengatakan bahawa dia telah menggunakan 70% daripada kuotanya.

Afaaf mengeluh kecil. "Eh, Afaaf! What is wrong with you?!" Dia menampar pipinya cukup untuk menyedarkannya semula ke alam realiti. "Wake uplah! Haziq yang buat kau macam ni tau! Kenapa kau nak kena berharap dia call kau? Kenapa kau bodoh sangat?" Omelnya sendirian.

"Kenapa kau bodoh sangat?" Ulangnya.

Rykarl meletakkan tangannya pada bahu Haziq, "Kau okay ke tak ni?" Rykarl ingin memastikan keadaan Haziq.

Haziq mengelak daripada Rykarl, "Aku okay ke, tak okay ke, apa kaitannya dengan kau?!" Rasa amarah meluap-luap dalam dirinya.

"Yang kau baran sangat ni kenapa?!" Balas Rykarl. "Kau yang pengecut sangat tak confess kat Afaaf awal-awal lagi, kenapa kau nak lepaskan marah kau kat aku pula?! Kau masih nak cakap ni salah aku?!" Rykarl menolak bahu Haziq dengan kasar.

"Kau memang tak guna!" Satu tumbukan hinggap pada pipi Rykarl dan Rykarl rebah terduduk di atas lantai yang diperbuat daripada terazzo itu.

"Weh, dahlah!" Iz menahan Haziq daripada berbuat demikian lagi. Dylan pula masih kaku di tempatnya.

Hal sebegini sering terjadi di antara mereka berempat dan pergaduhan bukanlah sesuatu yang baharu. Rykarl mengelap darah pada hujung bibirnya.

"Kau tahu tak kenapa aku tak confess kat Afaaf? Sebab aku tahu, secepat mana pun aku mengaku aku sayangkan dia, sedalam mana pun makna sayang aku kat dia, dia tetap pilih kau. Dia tetap pilih kau, Rykarl." Haziq mengalirkan air mata. "Kau tak faham perasaan aku. None of you did. Hati aku ni sakit sangat. It hurts even more sebab kau kawan aku, Rykarl." Haziq mengesat air matanya.

"Tak faham perasaan kau?" Rykarl menggelengkan kepalanya. "Mungkin aku tak tunggu Jazmin bertahun lamanya macam kau tunggu Afaaf, but a wait is still a wait. Kau fikir aku tak rasa apa-apa bila aku tahu Jazmin dah kahwin?" Rykarl tertawa sinis. "Kau fikir Iz tak faham perasaan kau? Just now, Tengku Shamri who's Emma father met him and dia tak benarkan Iz berhubung dengan Emma lagi. Yes, maybe the pain that we felt is somehow different but it still hurt as hell. So now kau masih nak cakap kitorang tak faham perasaan kau?!"

Haziq tertawa. Tawa yang luahkan bukanlah kerana rasa lucu mahupun gembira, tetapi kerana hatinya berasa sangat terluka.

Haziq terduduk di lantai, "We're a mess. Our life is a mess." Ucapnya.

Iz turut duduk di lantai, dia menepuk bahu Haziq beberapa kali lalu tertawa kecil. Kini, mereka bertiga duduk di atas lantai kecuali Dylan yang dari tadi berdiam diri. Dia perlahan-lahan merendahkan dirinya sehingga dia turut terduduk di atas lantai dengan belakangnya disandarkan pada dinding.

Mungkin ramai yang menyangka apabila berakhirnya sebuah hubungan, hanya Kaum Hawa sahaja merasakan sakitnya. Namun sangkaan itu benar salah. Kaum Adam juga turut terluka, cuma bezanya, Kaum Adam menyembunyikannya manakala Kaum Hawa mempamerkannya.

•●•●•●•

Haziq membuka matanya apabila telefon miliknya berbunyi. Dia mencapai telefonnya dan membaca pesanan ringkas yang diterimanya.

Aku ada emergency surgery. Aku sempat sediakan breakfast untuk korang tiga ekor. Lepas makan, gerak terus pergi hosp. - Dylan

Haziq melihat sekeliling. Iz sedang tidur di atas sofa manakala Rykarl pula tidur tidak jauh daripada Haziq. Toto yang sepatutnya dijadikan alas tempat tidur Rykarl, kini dijadikannya selimut. Haziq melihat sekeliling lagi dan tiada tanda Dylan masih berada di rumah itu.

Iz bergerak ke arah dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan ketulan kiub ais lalu dibalutnya menggunakan sapu tangan. Dia kemudiannya kembali semula ke ruang tamu di mana sahabatnya dua ekor itu masih dibuai mimpi.

Haziq duduk bersila di hadapan Rykarl yang sedang tidur. Perlahan-lahan, dia meletakkan sapu tangan yang membaluti kiub ais itu pada hujung bibir Rykarl. Rykarl terkejut apabila benda sejuk menyentuh luka pada hujung bibirnya dan dia terduduk dari baringnya.

Matanya dan mata Haziq berpaut seketika dan semakin lama, wajah mereka semakin dekat.

"Hoi, korang tak payah nak buat gay scene pagi-pagi buta ni!" Tegur Iz sambil menguap.

Rykarl dan Haziq masih berpandangan mata. Jarak mereka semakin rapat. Tiba-tiba, Haziq menolak muka Rykarl menggunakan kiub ais itu.

"Geli siot!" Haziq membuat reaksi loya.

Rykarl merampas kiub ais itu daripada tangan Haziq, "Sakit siot kau tumbuk aku semalam. Kalau pun nak buat drama, tak payahlah sampai tumbuk muka aku yang kacak ni." Ujar Rykarl sambil mendekatkan kiub ais itu pada hujung bibirnya.

"Sorrylah." Aku emo sikit semalam. Haziq meminta maaf.

"Nasib baik aku tak balas semalam, kalau tak, hancur berkecai muka kau yang ala-ala k-pop tu." Rykarl menyelitkan gurauan.

Iz yang tadinya beredar ke bilik air, kembali semula ke ruang tamu. "Hoi! Korang berdua tak payah nak berdrama di pagi buta ni eh. Muka korang dua takdenya macam k-pop, dua-dua muka timun. Aku tengok pun boleh lapar." Iz menguap sekali lagi.

"Eleh, mamat novel ni!" Balas Haziq.

•●•●•●•

Dylan mengetuk pintu pejabat pengarah hospital itu. Setelah mendapat balasan, Dylan masuk ke ruangan pejabat itu.

"Professor panggil saya ke?" Soal Dylan sekadar memastikan.

Tengku Shamri mengangguk, "Duduk." Arahnya dan Dylan akur. "How's the surgery?" Soal Tengku Shamri.

"Alhamdulillah, Prof. Patient tu dah stabil." Beritahu Dylan. "I think the reason you called me not just because you want to ask me about the surgery, am I right?" Dylan cuba memerangkap Tengku Shamri.

Tengku Shamri menghela nafas dalam, "I want you to-kahwin dengan Emma."

•●•●•●•

Salam Maghrib 🙆 this is my favourite part ever!!! Anyway, jgn lupa vote k?

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now