• Part XLVII •

9.9K 527 11
                                    

“Doktor, ni maklumat pesakit yang doktor nak hari tu.” Afaaf memberikan sebuah fail kepada seorang doktor yang bekerja di Neurology Department.

“Thank you.” Balas doktor tersebut disertakan dengan senyuman kemudian berlalu pergi.

Afaaf juga hendak pergi meninggalkan Neurology Department itu apabila tanpa dirancang, dia dipertemukan dengan Haziq yang baru sahaja meninggalkan bilik yang menempatkan bilik bedah. Afaaf mempercepatkan langkahnya.

“Afa—”

“Haziq!” Danielle muncul secara tiba-tiba.

Langkah Afaaf terhenti tetapi dia tidak menoleh ke belakang. Dia hanya berdiri kaku di situ, berharap untuk mendengar perbualan Danielle dan Haziq.

“So, was I great in there?” Soal Danielle.

(A/N: Bila aku baca balik soalan Danielle ni, lain bebenor bunyi dia. maybe sbb otak aku ni dirty sgt hahahahahaha)

Haziq mengangguk sambil tersenyum, “You're the best Neurologist ever! Surgery tadi memang susah tau but you manage to get it done.” Puji Haziq.

Afaaf mengeluh sinis lalu menggagahkan dirinya untuk berlalu pergi dari situ. Mata Haziq mengekori figura Afaaf yang semakin lama semakin jauh sehinggakan fokusnya terhadap kata-kata Danielle terganggu.

Danielle perasan akan hal itu. Dia juga melihat ke arah Afaaf dan perasaan cemburu terbit dalam hatinya. “Siapa pula perempuan tu? Girlfriend Haziq ke?” Soalnya dalam hati.

•●•●•●•

Afaaf duduk pada sebuah bangku taman. Dia memerhatikan bunga-bunga unik yang ditanam di sekeliling taman Redwood Specialist Hospital itu. Lebah, rama-rama, burung, semuanya bernyanyi riang gembira. Amat berlainan dari Afaaf yang tadi kelihatan sugul sahaja.

Seorang gadis memerhatikan Afaaf dari jauh. Dia akhirnya memutuskan untuk menegur Afaaf. Afaaf yang termenung jauh itu langsung tidak menyedari seseorang sedang berdiri di hadapannya.

“Hai.” Ujar gadis tersebut. Afaaf mendongak dan matanya bertembung dengan mata Danielle. “Boleh saya duduk?” Soal Danielle sambil tersenyum kecil. Afaaf mengangguk. “Saya Danielle, the new neurologist.” Danielle memperkenalkan dirinya.

Afaaf mengangguk, “Saya tahu doktor siapa.” Balas Afaaf. Matanya fokus memandang bungaan di hadapan mereka.

“Tapi, saya tak tahu nama awak siapa.” Balas Danielle.

“Afaaf Anan. Panggil je Afaaf.” Beritahu Afaaf.

Danielle mengangguk faham. “So, Afaaf ni Thoracic nurse ke?” Soal Danielle setelah melihat pakaian seragam jururawat Afaaf yang berwarna kelabu, khas untuk jururawat Thoracic Department.

“Ha'ah.” Balas Afaaf dengan singkat.

Danielle sekali lagi mengangguk. “Sebelum ni, kita dah pernah jumpakan? Afaaf ni perempuan yang keluar dengan Haziq kat kafe hari tukan?” Soal Danielle, sekadar hendak memastikan. Afaaf mengiyakan soalan Danielle. “Oh. Kalau saya boleh tanya, apa hubungan Afaaf dengan Haziq eh? Korang couple ke?” Soal Danielle lagi.

Afaaf berfikir sejenak. Adakah dia dan Haziq masih bersama? Ataupun hubungan mereka sudah berakhir sejak kali terakhir dia dan Haziq berbicara? Afaaf mengeluh kecil lalu menoleh ke arah Danielle.

“Taklah.” Ujarnya sambil memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman.

Muka Danielle ceria kembali, “So, Afaaf suka kat Haziq ke?” Soal Danielle lagi.

Tanpa berfikir dua kali, Afaaf memutuskan untuk berkata “Taklah. Kitorang kawan je.” Afaaf juga tertanya tentang sesuatu. “Dr. Danielle suka kat Dr. Haziq ke?” Gilirannya bertanya.

Danielle tersipu malu. Dia meletakkan rambutnya yang berterbangan ke belakang telinganya. “Ha'ah. Ever since kitorang kecil lagi. Haziq is like my first love.” Ujarnya sambil tertawa.

“Oh, what a coincident! Dr. Danielle pun first love Haziq.” Beritahu Afaaf dengan senyuman palsu.

Danielle tiba-tiba menjadi teruja, “Really? Haziq ke yang bagitahu kat Afaaf yang saya ni first love dia?!” Soalnya sambil tersenyum lebar. Afaaf mengangguk kecil. “So, Afaaf rasa patut ke saya ajak dia keluar?”

Mata Afaaf mula berkaca, “Apa salahnya?”

•●•●•●•

Emma memerhatikan Dylan yang sedang berenang di dalam kolam renang yang terdapat di laman belakang rumah mereka. Sejak hari Emma dan Sheeyra dipanggil ke bilik pejabat Tengku Shamri, Emma dan Dylan kurang berbicara.

Emma berasa agak serba salah terhadap Dylan. Dia menuang jus oren yang diperah sendiri ke dalam gelas kaca. Kemudian, Emma memotong kek bahulu gulung lalu disusunnya rapi di atas pinggan. Setelah membersihkan dapur, Emma menuju ke laman belakang rumah.

Dia meletakkan talam berisi kek bahulu gulung dan jus oren itu di atas sebuah meja. Kemudian Emma berjalan mendekati kolam renang. Dylan berenang menuju ke arah Emma yang duduk di tepi kolam sambil kakinya dimainkan di dalam air itu.

“Hai.” Sapa Emma sambil tersenyum.

Dylan meraup rambutnya yang basah sambil tersenyum. “Hai.” Balasnya.

“Saya tak tahu pula yang awak ada six packs.” Tegur Emma, menahan tawanya.

Dylan menjeling manja, “Eleh, bukan ke awak selalu tenung six packs saya ni kat dalam bilik?” Ujarnya sambil menjongketkan keningnya.

“Eee, perasannya!” Emma tidak mahu mengaku. “Saya ada siapkan makanan untuk minum petang. Naiklah. Lepas awak bersihkan diri, kita makan sama-sama.” Emma mengubah topik perbualan.

“Okay. Tolong tarik saya.” Pinta Dylan.

Emma menghulurkan tangannya untuk menarik Dylan. Akan tetapi, sebaliknya pula berlaku. Dylan menggunakan peluang tersebut untuk menarik Emma ke dalam kolam. Dek kerana terkejut, Emma terlupa yang dia pandai berenang.

Emma bergelut di dalam air seolah-olah dia akan lemas. “DYLAN!!” Jerit Emma.

Emma secara tidak sengaja menolak kepala Dylan ke dalam air dan menyebabkan Dylan turut bergelut di dalam air. Dylan memegang tangan Emma yang menolak kepalanya ke dalam air lalu mengalihkan tangan Emma itu.

“Emma! Air ni tak dalam kot, berdiri jelah betul-betul.” Ujar Dylan.

Emma segera menegakkan dirinya. Benar kata Dylan, air kolam itu sebenarnya cetek dan hanya mencecah paras dada Emma sahaja. Emma menarik nafas dalam dan sekali-sekala dia akan terbatuk-batuk.

Dylan mentertawakannya. Emma memercikkan air kolam tersebut mengena ke muka Dylan lalu di pukulnya bahu Dylan. “It's not funny, Dylan!” Amarahnya.

“Alaa, merajuk ke?” Dylan mengusik Emma. Dia memegang kedua-dua bahu Emma.

“Don't touch me!” Emma kelihatannya benar-benar marah.

“Emma.” Panggil Dylan. “Emma.” Panggil Dylan sekali lagi.

Emma masih dengan omelannya. Dylan akhirnya memeluk kemas pinggang Emma dan menarik Emma dekat dengannya sehinggakan jarak mereka hanya senafas sahaja. Wajah mereka begitu rapat. Omelan Emma terhenti saat matanya bertembung dengan mata berwarna hazel Dylan itu.

“Tea time dah nak habis dah.” Beritahu Dylan. “How about a shower together? Boleh save masa sikit untuk tea time.” Dylan tersenyum nakal, dia menggigit bibirnya.

EEE GATAL!” Jerit Emma.

•●•●•●•

Inilah chapter sweet + cringy = buat author senyum sampai telinga tu huhuhu tapi nak buat mcm mana? life is much fun when you have a dirty mind 😂🔫

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now