Emma meletakkan kenderaanya di tempat meletakkan kenderaan yang disediakan khas untuk penghuni apartment di situ. Sejak meninggalkan rumah, Emma terpaksa menginap di hotel tempatan. Akhirnya, dia memutuskan untuk menyewa sebuah apartment.
“Dr. Emma Mikayla?” Sapa seseorang. Emma berpaling dan menghadap wanita yang berada dalam pertengahan umur itu. Emma mengangguk. “Nice to finally meeting you, I'm Madam Chong.” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Emma.” Mereka berjabat tangan.
Mereka menaiki lif yang kemudiannya membawa mereka ke tingkat 3 bangunan itu. Madam Chong berhenti di hadapan sebuah pintu. 3-D tertera pada pintu tersebut.
“Kenapa Dr. Emma tak beli rumah je? Bukan ke Dr. Emma ni surgeon? Gaji pun besar tapi kenapa nak sewa je?” Soal Madam Chong sambil tangannya membunyikan loceng pintu.
“Saja je.“ Balas Emma selamba. “Lagipun this is tempat paling dekat dengan tempat saya bekerja. Senang sikitlah kalau terlewat ke apa ke.” Jelas Emma lagi.
Madam Chong mengangguk kepalanya. Pintu tersebut dibuka, memperlihatkan sebuah figura yang bertudung di sebalik pintu itu.
“Afaaf?” Emma terperanjat apabila melihat Afaaf.
“Dr. Emma?” Afaaf juga terperanjat.
“Oh, jadi Cik Emma dengan Afaaf dah kenal?” Ujar Madam Chong. Emma dan Afaaf mengangguk. “Oh, baguslah kalau macam tu! Senang sikit kerja saya.” Tambah wanita berbangsa Cina itu. “Cik Emma, boleh tak kalau Afaaf yang tunjukkan Cik Emma kat mana bilik Cik Emma? Saya ada urusan sikit.” Soal Madam Chong.
“Eh, takpe! Saya okay je.“ Balas Emma. “Oh, Madam Chong tak payahlah nak berdoktor-doktor dengan saya ni, panggil je Emma.” Pesan Emma
Madam Chong mengangguk, “Saya pergi dulu.” Ujarnya dan berlalu meninggalkan Emma dan Afaaf di situ.
“Eh, Dr. Emma jemputlah masuk!” Afaaf menunjukkan kesantunannya.
Emma mengangguk.
•●•●•●•
Dylan bekerja syif malam pada malam itu. Oleh kerana tiada pembedahan yang perlu dilakukannya pada malam itu, dia memutuskan untuk merehatkan matanya untuk seketika. Tiba-tiba seseorang meluru masuk ke dalam pejabatnya.
“Baby!” Kedengaran suara nyaring.
Dylan mengurut dahinya, “Aduh, kau nak apa lagi?! Kau tak boleh ke kalau tak kacau aku?!” Jeritnya pada Sheeyra yang kini berada di hadapannya.
“Isy, you ni! Asyik nak marah je!” Balas Sheeyra. “Baby, you tahu tak, doktor baru tu dia halau I dari bilik pembedahan tau! Isy, geramlah I!” Sheeyra mengadu, bibirnya muncung sedepa.
“Budak tu halau si retis gedik ni?” Soal Dylan dalam hati.
“Isy, baby! You dengar ke tak ni?!” Sheeyra mengeluh dengan kuat.
“Aku dengarlah!” Balas Dylan dengan nada yang garang. “Mesti kau ada buat salahkan? Kalau tak, takkanlah dia nak halau kau sesuka hati je!” Tambahnya lagi.
“Alah, I cuma buat small mistake masa surgery je kot!” Sheeyra mempertahankan dirinya.
“Mistake?” Dylan mengerutkan dahinya lalu bangun dari duduknya. “So kaulah punca patient hari tu kena operate for the second time?” Soalnya dengan sinis.
“I cuma—”
“Kau tahu tak,” Dylan menudingkan jarinya ke muka Sheeyra. “—memang patut pun kau kena halau. Surgery ni bukannya benda boleh bawa main tahu, one mistake kau buat, boleh jadi ending hidup seseorang. Next time, fikir guna otak tu. Jangan asyik nak salahkan orang je. Be mature, not just try to look like a mature person when youre actually childish.” Pesan Dylan, keningnya bercantum. “Oh, and one more thing, kau tak payahlah nak berbaby-baby dengan aku. Geli.” Tambahnya sebelum meninggalkan Sheeyra bersendirian dalam bilik tersebut.
Sheeyra menghentak kakinya, melepaskan rasa geram. “Isy, ingatkan kalau aku cerita kat dia, dia nak pujuk aku. Tambah sakitkan hati aku adalah!” Omelnya bersendirian. “Eee, geramlah!”
•●•●•●•
Emma mendapat bilik bersaiz medium di tempat tinggalnya kini. Afaaf keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu sambil membawa dua cawan yang berisi coklat panas.
“Nah.” Afaaf memberikan secawan coklat panas itu kepada Emma.
“Terima kasih.” Balas Emma setelah cawan itu bertukar tangan.
“Dr. Emma?” Panggil Afaaf.
“Eh, tak payahlah nak panggil doktor, panggil je Emma and guna je ‘kau aku’. Takdelah formal sangat lagipun kitakan dah jadi housemate.” Beritahunya kepada Afaaf yang duduk bersebelahan dengannya.
Afaaf mengangguk, “Aku nak tanya sikit, boleh?” Soal Afaaf, meminta keizinan daripada tuan punya badan sebelum bertanya. Emma mengangguk sambil menghirup coklat panasnya. “Kenapa kau pindah sini eh? I mean, kan apartment yang lebih—you know—mewah banyak. Kau lari dari rumah ke?” Soal Afaaf setelah mendapat keizinan. Wajah Emma serta-merta bertukar sugul. “So-sorry, aku tak bermaksud pun nak buat kau tersinggung. Kalau kau tak nak jawab soalan aku, takpe. Aku—”
“Ha'ah, aku lari dari rumah.” Potong Emma. “Entahlah, aku rasa bila aku tinggal serumah dengan diorang, aku macam suffocating. Ini tak boleh, itu tak boleh, kadang-kadang rasa macam tinggal dalam penjara. In fact, I think hidup dalam penjara pun tak teruk macam tu sekali.” Jelas Emma dengan jujur. Entah mengapa, dia berasa Afaaf mampu menjaga rahsia ini agar diketahui oleh mereka berdua sahaja.
“Mak dengan ayah kau strict sangat ke?” Soal Afaaf lagi.
“Mak aku dah meninggal dah.” Emma memandang coklat panas di dalam cawannya. “Lepas je mak aku meninggal, her husband—which is my father, kahwin lagi. Sejak mak tiri aku wujud dalam hidup kami, ayah aku tak pernah pedulikan kemahuan aku. He treated me coldly, macam aku ni bukan anak dia. Macam aku ni pekerja dia. Now, aku dah ada kerja. Aku boleh sara hidup aku sendiri, so aku pun tinggalkan neraka tu.” Tambahnya lagi.
Afaaf mengenggam erat tangan Emma, “I'm so sorry for you.” Dia mengukirkan senyuman simpati.
“It's okay.” Balas Emma. “By the way, kau cakap kita ada seorang lagi housemate kan? Siapa?” Emma segera menukar topik perbualan mereka.
“Sheeyra.” Balas Afaaf ringkas.
“Sheeyra? As for Dr. Sheeyra Mikha?” Soal Emma menginginkan kepastian.
Afaaf menjawab persoalan tersebut dengan anggukan, “One and only Sheeyra Mikha.”
•●•●•●•
• Hai korang. So mlm ni author dpt update satu bab je sbb kepala ni tgh pening sgt and i'm super exhausted. Anyways, jgn lupa vote tau kyaa 💁👌 xoxo
YOU ARE READING
Surgeon In Love
Roman d'amourHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...