• Part XLV •

9.6K 485 6
                                    

Tiba-tiba, pintu dewan tersebut dibuka sekali lagi dan kali ini, seorang jejaka pula yang masuk ke dalam dewan tersebut.

Amarah Dylan secara tiba-tiba meletus dalam dirinya. Dia hampir menyatakan nama lelaki tersebut tetapi..

Aiden Sufyan?” Emma terkejut.

Dylan menoleh ke arah gadis di sebelahnya itu dengan mata yang terbuka luas. Dylan menelan kemarahannnya dan cuba mengawal diri dengan mengenggam erat jari jemarinya. Dia sekilas memandang ke arah lelaki yang bernama Aiden Sufyan itu lalu memandang semula ke arah Emma.

“Awak kenal.. dia?” Dylan terketar-ketar menahan marah.

Emma tersenyum sambil mengangguk. “Dialah yang bantu saya masa kereta saya rosak hari tu.” Tambah Emma dengan lebih lanjut. Dia kemudiannya menoleh semula ke arah doktor baharu itu sambil melambaikan tangannya. “Aiden!” Panggil Emma.

Aiden membetulkan fokusnya pada suara Emma tetapi matanya dan mata Dylan bertembung dahulu. Dylan memandang Aiden dengan penuh kebencian di matanya membuatkan Aiden tersenyum lebar. Aiden melambaikan tangannya ke arah Emma bagi menambah kemarahan di dalam hati Dylan.

“May the best man win, Dylan.” Bisik Aiden dalam hati.

•●•●•●•

“Afaaf, tunggulah!” Panggil Haziq. Ini merupakan kali keseratus dia tidak dipedulikan oleh Afaaf untuk sepanjang hari itu. Bahkan, dia merasa Afaaf langsung tidak mempedulikan akan kewujudannya sepanjang minggu. “Awak kenapa ni? Saya text, awak tak reply. Saya call, awak tak angkat. Saya nak jumpa, awak asyik mengelak je. Cuba awak bagitahu kat saya kenapa awak layan saya macam ni?” Haziq merayu.

Afaaf mengangguk. Fail di tangannya di dakapnya dengan erat. “Siapa Danielle Fayra?” Soal Afaaf dengan dingin.

Haziq mengeluh kecil. “Awak ignore saya this whole time, sebab Danielle?” Haziq menggelengkan kepalanya sambil mengeluh sinis.

Afaaf berpaling, menghadap Haziq. “Danielle is your first love, am I right?” Afaaf terus mengemukakan soalan utamanya.

Haziq meraup rambutnya. “Afaaf—”

“Danielle is your first love, yes or no?! Just answer the damn question, Haziq! Yes or no?!” Afaaf tidak mempedulikan lagi sekiranya pertelingkahan mereka itu akan didengari oleh yang lain.

Haziq menarik nafas dalam. Dia cuba meraih tangan Afaaf tetapi segera ditepis Afaaf. “Fine. Yes, she's my first love but—”

“And sekarang first love awak, Danielle Fayra kembali dalam hidup awak and trying so hard to get your attention.” Ujar Afaaf dengan sinis. “Klise.” Tambahnya.

“No, let me explain—”

Afaaf mengangkat tangan kanannya, menyuruh Haziq untuk berhenti berbicara. Afaaf menarik nafas dalam, “I've heard enough, Haziq.” Afaaf menggelengkan kepalanya.

Dia benar-benar kecewa apabila Haziq membenarkan Danielle kembali semula ke dalam hidupnya sedangkan kini dia bersama Afaaf. Dengan hati yang terluka, Afaaf segera berlalu pergi dari situ.

•●•●•●•

Haziq melabuhkan punggungnya pada kerusi lalu meraup mukanya. Dia agak kecewa kerana Afaaf tidak memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan semua, bahawa semuanya hanyalah perselisihan faham sahaja.

Jazmin mendekati Emma yang bermuram durjana. Semua mata di kafeteria fokus memandang Emma diikuti dengan bisikan-bisikan sumbang yang tidak lain dan tidak bukan, gosip baharu tentang Emma. Emma hanya mendengar bisikan-bisikan itu dengan perasaan yang kosong.

Jazmin menarik kerusi lalu duduk di hadapan Emma. “Kau dah dengar tak pasal—”

“Gosip baru pasal aku?” Emma mendahului Jazmin. “Tak sangka pula gosip tak berfaedah ni dah menular sampai Neurology Department.” Emma mengeluh kecil.

Jazmin memegang tangan Emma, “Alah, kau pun tahukan hospital ni banyak sangat minah kepoh! Semua gosip dia nak tularkan, sebarkan, viralkan!” Jazmin sengaja melantangkan suaranya, menyebabkan dia menerima jelingan tajam. “Tapi, kau tak buat semua tu kan?” Soal Jazmin sekadar hendak memastikan.

Emma tertawa kecil. “Kau ingat, Tengku Shamri nak ke bagi aku duit untuk buat semua perkara sia-sia tu?” Soal Emma, bercanda.

Jazmin tersengih. “Iya tak iya juga.” Dia mengangguk setuju. Emma menjongketkan keningnya. “Eh, maksud aku—tak mungkinlah Tengku Shamri suruh kau buat benda macam tu.” Jazmin takut sekiranya Emma terasa dengan kata-katanya.

Emma tertawa sekali lagi, “Chill. Aku gurau jelah.” Beritahu Emma sambil tersenyum.

Emma dan Jazmin berbicara tentang kerja tanpa mempedulikan bisikan-bisikan syaitonirrojim yang semakin berleluasa di kafeteria itu. Semua jururawat di situ seperti amat layak untuk menjadi wartawan yang menyebarkan khabar angin palsu.

Sheeyra tersenyum puas melihat Emma yang berasa tidak selesa dari jauh. Sheeyra bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu keluar. Tiba-tiba, dia terhenti benar-benar di belakang Emma apabila seorang jururawat menarik tangannya.

“Dr. Sheeyra! Doktorkan ex-housemate Dr. Emma, betul ke yang Dr. Emma dah buat plastic surgery kat muka dia?”

Mulut Jazmin berhenti berbicara. Fokus mereka berdua terganggu dengan soalan yang diajukan oleh jururawat itu kepada Sheeyra. Emma menunggu jawaban Sheeyra sambil mengetuk permukaan meja dengan tidak sabar.

Sheeyra sempat mengerling ke arah Emma sebelum menjawab, “Yes.” Muka Emma bertukar merah dek kerana menahan marah. “Her nose, lips, cheekbones—semuanya palsu but, diakan anak Tengku Shamri. Duit pun banyak so even if dia buat plastic surgeries kat muka dia, rasanya duit keluarga dia takkan habis kot.” Ujar Sheeyra sambil tersenyum puas.

Sheeyra memasukkan tangannya ke dalam kot putihnya dan meneruskan perjalanannya meninggalkan bangunan kafeteria itu. Emma menggenggam cawan diperbuat daripada busa itu sehinggakan cawan tersebut pecah.

Emma bangun dari tempat duduknya dan belum sempat Jazmin menghentikannya, Emma sudah pun mengikuti Sheeyra untuk meninggalkan bangunan kafeteria itu. Jazmin tiada pilihan lain selain mengekori Emma.

“Sheeyra! Stop on your track!” Arah Emma tetapi Sheeyra tidak mendengar. “I said stop!” Emma memegang bahu Sheeyra lalu menarik Sheeyra untuk berpaling ke arahnya.

Mereka kini bertentangan mata. Masing-masing dipenuhi bara kemarahan yang mendalam.

•●•●•●•

Rasa kesian pula kat si Sheeyra ni bila teringat apa akn jdi kat dia nnti huhu. apa jdi kat Sheeyra nnti? tunggulah chapter yg akn dtg wkwkwkwkwkwk #siskejam

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now