• Part XI •

13.4K 755 25
                                    

Rykarl duduk di sebuah park bench. Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan suara kanak-kanak yang riang. Rykarl tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya ke arah Ashraf yang berlari anak menuju ke arahnya.

“Ashraf dengan siapa?” Soal Rykarl, risau pula apabila budak tersebut bersendirian.

Ashraf menuding jarinya ke arah seorang jururawat dan seorang doktor wanita. Rykarl mengecilkan matanya untuk melihat wajah doktor wanita itu yang agak jauh dari mereka.

“Dr. Jazmin.” Sapa Rykarl. Jazmin mengangguk sedikit sambil tersenyum, membuatkan hati Rykarl menggila. “Doktor ni memang paeditrician ke?” Soal Rykarl.

Jazmin menggeleng kepalanya, Taklah. “Saya neurologist.” Ujar Jazmin.

“Neurologist?” Rykarl berkerut seribu. “Doktor ke yang akan buat surgery kat Ashraf?” Soalnya lagi menginginkan kepastian. Jazmin mengangguk mengiyakan soalan Rykarl itu. “Oh.”

•●•●•●•

Emma langsung tidak terkejut apabila dia dipanggil ke pejabat pengarah hospital tersebut. Bahkan, dia berasa agak marah. Namun sebagai seorang yang professional, dia akur juga dengan permintaan pengarah hospital tersebut.

“Duduk.” Arah pengarah hospital itu sejurus sahaja Emma melangkah masuk ke pejabatnya.

Pada mulanya, Emma ingin ingkar tetapi dia tahu bahawa dia bukanlah anak kepada pengarah hospital tersebut pada masa itu, dia adalah pekerja yang bekerja di bawah pengarah hospital tersebut. Emma menarik nafas panjang dan duduk di sebuah sofa bersebelahan pengarah hospital itu.

“Kamu mesti dah dengar yang Dr. Ariana, manager department kamu akan kena transfer pada hujung minggu ni kan?” Soal Tengku Shamri.

“Ya Tengku.” Balas Emma.

“Kamu berminat nak jadi manager department yang baharu? Saya boleh tunaikan permintaan tu.” Soal Tengku Shamri. Dia memegang erat tongkat di tangannya.

Emma tertawa sinis, “Depends. Tengku sekarang tengah bercakap sebagai bos saya atau ayah saya?” Soal Emma, senyumannya begitu sinis sekali. “If you're talking as my boss, then saya tak berminat nak jadi manager yang baharu. If you're talking as my father, then jawapan saya masih sama. So, I dont think it makes any difference now right? Can I go now?” Tambah Emma lagi.

“Now I'm talking as your father.” Ujar Tengku Shamri membuatkan langkah Emma terhenti. “Tempoh sebulan kau akan habis hujung minggu ni, kau dah jumpa calon bakal suami untuk kau?” Soalnya.

Emma berpaling dengan senyuman, “Yes, his name is Hafizulizwan.” Beritahunya.

Tengku Shamri menggenggam tongkat di tangannya dengan kuat, “NO! Aku tak benarkan kau kahwin dengan dia!” Kata Tengku Shamri dengan suara yang tegas dan lantang.

“What?!” Emma menggeleng kepalanya diikuti dengan keluhan. “Okay, first, Tengku sendiri yang suruh saya cari bakal suami saya sendiri then now, Tengku nak atur soal jodoh saya pula?” Emma meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Tengku Shamri menghentak tongkatnya dengan kuat, “Kau jangan nak membantah!“ Teriaknya. “Aku bagi kau masa sehingga hujung minggu ni—kalau kau tak jumpa juga lelaki selain daripada dia, aku nak kau kahwin dengan Dylan Fazley.” Nyata Tengku Shamri pula, langsung tidak mempedulikan betapa tidak adilnya hal itu terhadap Emma.

“WHAT?!” Emma bangun dari sofa tersebut. “You want me to be marry with Dylan Fazley? Pesaing saya? How fair is that?” Emma masih tidak setuju.

“Tadi kau sendiri yang cakap kau tak nak jadi manager yang barukan? So he's not your opponent.” Balas Tengku Shamri dengan wajah yang puas dengan kemenangan.

Emma mengeluh sinis, “Unbelievable.” Emma menuju ke pintu keluar. Dia memulas tombol pintu dan membuka pintu tersebut. “Sheeyra?” Emma terkejut apabila mendapati Sheeyra berada di luar bilik tersebut selama ini. “Kau dengar semua kan?” Soal Emma.

Sheeyra mengumpulkan keberanian untuk membalas, “Ya, aku dengar semuanya.”

“Good. So sekarang kau tahukan aku memang takde perasaan kat Dylan?” Beritahu Emma. Dia kemudiannya angkat kaki dari situ.

•●•●•●•

Rykarl dan Jazmin berjalan-jalan di sekitar taman hospital swasta tersebut. Ashraf telah pun meninggalkan mereka dan kembali ke wadnya ditemani oleh seorang jururawat.

“So, doktor dah lama ke kat sini?” Rykarl membuka bicara.

Jazmin menggigit bibir, “Takde lama sangat. Probably around one year.” Beritahu Jazmin sambil matanya memerhatikan bunga-bunga yang terdapat di taman tersebut.

“Oh.”

“Dah lama ke join F4?” Soal Jazmin berbaur gurauan.

Rykarl tertawa kecil, “Since 2014.” Balas Rykarl.

“Wau, lama tu!” Jazmin mengangguk kepalanya.

“Ha'ah.” Balas Rykarl pendek. “Anyway, doktor ni housemate Dr. Ariana ke? Saya nampak doktor berdua rapat semacam je.” Rykarl ingin tahu.

Jazmin tertawa sambil menggelengkan kepalanya. Rykarl berasa hairan kerana wajah Jazmin tiba-tiba dihiasi senyuman yang lebar walhal dia tidak mengatakan apa-apa yang mampu melahirkan perasaan lucu. Jazmin menunjukkan tangannya.

Pada mulanya, Rykarl menyangka Jazmin sengaja berbuat begitu, ternyata Jazmin menayangkan cincin pada jari manisnya. Jantung Rykarl berdegup kencang.

“I'm married since six months ago.” Beritahu Jazmin.

Langkah Rykarl terhenti. Dia memandang lantai yang dihiasi dengan batu-batuan unik itu. Dia memegang dadanya, di mana jantungnya terletak. Setiap degupan membuatkannya rasa sakit. Bukan secara fizikal dan bukan juga secara mental. Dia rasa lemah bagaikan hendak rebah sahaja di situ.

Jazmin yang dari tadinya berjalan terus menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan melihat Rykarl agak jauh darinya. Dia berjoging ke arah Rykarl.

“Kenapa ni?” Soal Jazmin sedikit panik apabila Rykarl memegang dadanya.

“Sakit.” Ujar Rykarl perlahan, matanya merah berkaca.

Jazmin semakin panik, “Oh god, awak sakit kat mana? Awak nak saya panggil nurse ke?” Soal Jazmin.

Rykarl menggeleng. Dia meletakkan kedua tangannya ke dalam poket kot putihnya. Dia kemudiannya berpaling dan berlalu pergi.

“Rykarl?! Rykarl?! Dr. Rykarl?!” Laung Jazmin.

Namun, Rykarl sedikit pun tidak menoleh.

•●•●•●•

Assalamualaikum korang! So in case korang tak tahu, paeditrician tu lebih kurang pakar sakit kanak-kanak. Neurologist pula pakar bedah berkaitan saraf kat otak. Thoracic surgeon pula pakar bedah bahagian dada. Oral and maxillofacial surgeon pula pakar bedah bahagian muka, kepala, neck and rahang. So tu je. Saya tengah rushing nak pergi sekolah ni bye! Jgn lupa vote!

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now