• Part IX •

14.7K 832 103
                                    

Emma membongkok untuk memeriksa seorang pesakit menggunakan steteskop. Setelah selesai, dia membiarkan steteskopnya berbalut di sekeliling lehernya.

“Kalau pesakit ni having masalah yang sama lagi, just give her Mefenamic Acid Tablet.” Ujar Emma kepada jururawat yang bertugas tersebut.

“Emma!” Panggil seseorang.

Emma yang terdengar akan namanya dipanggil oleh seseorang segera menoleh. Matanya segera menangkap figura Iz yang sedang melambaikan tangannya ke arah Emma.

Emma mengatur langkah mendekati Iz sambil tangannya diselukkan ke dalam poket. Emma berhenti benar-benar di hadapan Iz.

Yes, how may I help you Dr. Iz?” Soal Emma dengan nada yang serius.

Iz tertawa lalu membelai rambut Emma, “Saya yang sepatutnya jadi the one yang serius and pendiam all the time. Kita dah tukar watak ke?” Soal Iz sambil tersenyum.

Emma tidak dapat menyembunyikan senyumannya, “Tak payahlah sampai nak rosakkan rambut orang lain.” Emma membetulkan semula rambutnya lalu dia mengikat rambutnya. “Doktor nak apa sampai personally jumpa saya kat sini?” Soal Emma lagi, bibirnya dicebikkan.

Iz memegang perutnya, “Lapar. Syif awak dah habiskan? Jom date.”

“D-date? Sekarang?” Emma tergagap-gagap.

“Jom.” Iz menarik pergelangan tangan Emma dan membawanya pergi dari wad pesakit itu.

Emma menarik semula tangannya, “Ni kan hospital, tak payahlah nak sweet sangat.” Ujar Emma lalu melangkah lebih laju dari Iz kerana hendak menyembunyikan senyumannya.

Tiba-tiba, ikatan pada rambut Emma terlepas dan rambutnya yang panjang itu terurai. Emma berpaling ke belakang dengan riak terkejut. Iz sedang memegang pengikat rambut Emma dengan senyuman kecil.

“You look prettier like this.” Ujar Iz dan melangkah seiringan dengan Emma. Dia sekali lagi membelai rambut Emma dan membuatkan rambut Emma rosak sekali lagi.

“Dr. Iz!” Emma mulai geram.

•●•●•●•

Emma menunggu Iz di hadapan pintu masuk hospital swasta tersebut. Dia hanya memakai western shirt berwarna pink muda dipadankan dengan seluar berwarna putih. Kasut wedge heels pula disarungkan di kaki manakala beg tangan berjenama berwarna pink muda pula dipaut di lengannya.

Sebagai aksesori, dia hanya memakai jam tangan berwarna emas dan rantai berwarna silver yang mempunyai bentuk hati di tengahnya.

“So, kau dengan Iz?” Sapa seseorang. Emma kenal benar dengan pemilik suara itu.

“Haah. Awak buat apa kat sini?” Soal Emma.

Sheeyra tertawa sinis, “Aku nak jumpa boyfriend akulah, Dylan.” Balas Sheeyra. “Anyway, congrats.” Tambahnya lagi sebelum berlalu pergi.

Tidak lama kemudian, Iz tiba di hadapan Emma. Dia keluar dari kereta miliknya dan menghampiri Emma sambil matanya terlekat pada figura Sheeyra yang baru sahaja meninggalkan Emma.

“Sheeyra ada cakap apa-apa kat awak ke?” Soal Iz dengan nada yang risau.

“Takdelah. Kalau ada pun, takpe. Saya dah biasa dah dengan perangai dia selama kitorang jadi housemate ni.” Emma mempamerkan senyuman.

Iz mengangguk faham dan turut mempamerkan senyumannya, “Jom.”

•●•●•●•

Dylan juga hendak beransur pulang setelah syifnya berakhir. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran Sheeyra di dalam pejabatnya.

“Baby!” Jerit Sheeyra usai sahaja Dylan melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now