• Part IV •

16.3K 935 9
                                    

this chapter's dedicated to Baetiera

Emma masuk ke Neurology Department. Sebelum ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke bahagian hospital tersebut tetapi nyatanya tidak ada yang berbeza di tempat itu jika hendak dibandingkan dengan Thoracic Department.

Emma menggengam erat buku di tangannya dan menarik nafas dengan dalam. Dia berjalan menuju ke Nurse Station untuk bertanya.

“Excuse me?” Tegur Emma kepada jururawat yang bertugas pada masa itu.

“Yes, how may I help you, doctor?” Soal jururawat tersebut, tersenyum.

Emma turut mengukirkan senyuman, “Office Dr. Iz kat mana eh?”

Senyuman mati dari bibir jururawat tersebut, “Just go straight from here, take a left turn and then goes right.” Dia memberikan arah menuju ke bilik pejabat Iz.

“Terima kasih. Ucap Emma. Er, nama awak siapa?” Soal Emma, dia berasa dia patut menambah kenalannya di department yang lain.

“Laila- Laila Naia.” Ujar jururawat tersebut. “Doktor ni, Dr. Emma Mikayla kan? The new thoracic surgeon?” Soalnya pula.

“Ha'ah.” Emma mengangguk. “Anyway, thanks Laila. Saya pergi dulu.” Ujar Emma dan berlalu pergi.

Dia berjalan terus dari Nurse Station itu dan membelok ke kiri lalu ke kanan. Dia melihat sekeliling, banyak bilik pejabat yang terdapat di tempat itu tetapi mudah sahaja dia menjumpai bilik pejabat Iz kerana namanya tertera pada sebuah pintu.

Dia berdiri di hadapan pintu bilik pejabat Iz dan menarik nafas dalam. Buku di tangannya semakin digenggam kemas untuk mengatasi rasa gemuruh. Dia baru sahaja hendak mengetuk pintu tersebut tetapi dihentikan oleh seseorang.

“Doktor nak jumpa Dr. Iz ke?” Soal seseorang. Emma menganggukkan kepalanya. “Oh, Dr. Iz ada surgery sekarang.” Ujar jururawat itu.

“Oh.” Ucap Emma. “Can you take me to the surgery room?” Pinta Emma.

Jururawat tersebut mengangguk.

Emma masuk ke bilik pemerhati bilik pembedahan tersebut. Tidak ada sesiapa di bilik itu selain dia. Dia mengambil tempat duduk di sebuah kerusi dan memerhatikan pembedahan itu. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyuman melihatkan betapa fokusnya Iz melakukan pembedahan itu.

Tidak lama kemudian, pembedahan itu selesai. Emma segera menggapai telefon di hadapannya dan membuat panggilan pada bilik pembedahan. Seorang jururawat menjawab panggilan telefon itu.

“Please tell Dr. Iz to come and see me.”  Ujar Emma.

Jururawat tersebut meletakkan telefon itu semula dan memberitahu Iz tentang sesuatu. Iz mengerutkan keningnya lalu melihat ke arah bilik pemerhati. Emma melambai tangannya sambil tersenyum lebar. Iz keluar dari bilik pembedahan itu.

Tidak lama kemudian, Iz muncul di dalam bilik pemerhati itu. Emma memandang bilik pembedahan yang kini kosong itu.

“Doktor nak jumpa saya ke?” Soal Iz.

Emma sedikit terperanjat apabila mendengar suara menyapanya. Emma segera berdiri dari kerusi tersebut dan berjalan ke arah Iz.

“Nah.” Dia memberi Iz buku tersebut. Iz memberikannya pandangan keliru. “Hari tu saya nampak doktor baca romance novel. So, saya suggest doktor bacalah buku ni. Its very romantic and sad.” Jelas Emma.

Iz memandang buku yang bertajuk The Fault In Our Stars karya John Green itu. Dia mengangkat kembali mukanya dan memandang Emma dengan pandangan keliru. Emma pula tersenyum lebar ke arah Iz.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now