• Part LI •

9.8K 547 9
                                    

Bintang-bintang di langit semuanya bagaikan bersembunyi di balik awan yang gelap. Bulan juga tidak kelihatan sama seperti pasangannya, bintang. Pipi Emma terdapat kesan kering air mata dan solekan pada mukanya juga turut sama hancur.

“Pakcik, tolong berhenti kat sini.” Beritahu Emma kepada pemandu teksi tersebut.

Pemandu teksi tersebut berhenti benar-benar di bahu jalan. Emma keluar dari perut teksi dan menghulurkan sekeping not RM50 kepada pemandu teksi tersebut. Emma tidak pun menerima baki dari duitnya dan membiarkan teksi tersebut hilang dari pandangan.

Emma meneruskan perjalannya yang tidak jauh dari rumah itu. Jari kelingking kakinya melecur akibat daripada memakai kasut bertumit tinggi berjam lamanya. Emma menunduk untuk membuka kasut. Dia memegang kedua-dua kasut tumit tingginya dan meneruskan perjalanannya.

Dia teringat semula perbualannya dengan doktor peribadi Tengku Shamri petang tadi

“Doktor, ayah saya kenapa?” Soal Emma, resah.

Doktor di hadapannya mengeluh kecil. “Tengku Shamri meminta saya untuk tidak memberitahu tentang hal ni kat Cik Emma tapi, saya rasa Cik Emma berhak untuk tahu.” Nyata doktor tersebut dengan perasaan serba salah.

Emma menggigit jari, “Maksud doktor?”

“Tengku Shamri disahkan menghidap barah otak stage three.” Beritahu Doktor di hadapan Emma.

Setitis air mata jatuh ke pipi Emma. Dia terketar-ketar cuba memproses apa yang dikatakan doktor tersebut. “Ayah saya—is it possible to cure him?” Soal Emma.

“Barah otak is hard to cure as you're aware tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk—”

“Berapa lama lagi masa yang ayah saya ada?” Potong Emma saat dia tahu Tengku Shamri tidak mempunyai harapan lagi.

“Lapan bulan? Setahun?” Doktor di hadapan Emma itu akhirnya jujur jua.

Emma mengangguk faham. Dengan bibir yang terketar dia berkata, “Setahun? Tu je masa yang tinggal untuk saya dengan ayah saya? Setahun.” Dia menggigit bibir.

Emma terduduk pada bahu jalan. Dia menangis semahunya tanpa mempedulikan jika sesiapa mendengarnya. Tanpa diketahuinya, dia duduk di bahu jalan di hadapan rumah Dylan. Tempat yang sama ketika dia mula rapat bersama Dylan, setahun yang lalu.

Dylan yang baru sahaja hendak masuk ke dalam perut kereta bagi menjemput Emma di hospital itu terhenti apabila terdengar esakan seseorang. Dylan merapati pagar rumahnya dan menyedari Emma sedang duduk di bahu jalan.

“Emma?!” Dylan segera merapati Emma. “Emma awak kenapa ni?!” Dylan menggoncangkan bahu Emma. Dylan menarik Emma ke dalam pelukannya. “What happened to you, babe?” Soal Dylan lagi.

“Ayah saya—dia menghidap barah otak stage three.” Ucap Emma diikuti esakan. “Sekarang saya cuma ada setahun je. Setahun je awak. Setahun untuk bersama dengan ayah saya. Kenapa hidup ni tak adil?!” Emma menangis dalam dakapan Dylan.

Dylan perlahan-lahan mengusap kepala Emma, “You have to be strong, Sayang. I'll always be here for you.”

•●•●•●•

Tengku Shamri perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dia melihat sekeliling dan mendapati dia berada di dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut dibuka dan Emma masuk ke dalam bilik. Apabila menyedari Tengku Shamri telah bangun, Emma berlari mendapatkan ayahnya itu.

“Ayah okay ke? Ayah nak apa-apa tak?” Emma boleh ambilkan. Soal Emma bertubi-tubi.

Tengku Shamri mengukirkan senyuman kecil pada bibirnya. “Dah lama ayah tak dengar Emma panggil ayah.” Ujar Tengku Shamri dengan gembira.

Emma tertawa kecil tetapi kemudian tawanya diganti dengan tangisan. “Kenapa ayah tak bagitahu kat Emma yang ayah sakit?” Soal Emma.

Tengku Shamri membelai kepalanya puterinya itu, “Sebab ayah malu dengan diri ayah sendiri. Ayah tak pernah nak jaga kamu sejak kamu kecil lagi, takde sebab kamu nak jaga ayah sekarang.” Jelas Tengku Shamri.

“Ayah cakap apa ni? Ayah adalah satu-satunya ayah Emma and tak kira apapun, Emma akan jaga ayah. From now on, Emma akan jaga ayah setiap hari walaupun ayah akan muak nampak muka Emma, Emma tetap takkan tinggalkan ayah!” Beritahu Emma dengan nekad.

Tengku Shamri tertawa kecil dengan pernyataan Emma yang nekad itu. Tiba-tiba, pintu bilik sekali lagi dibuka dan kali ini, Dylan pula yang masuk ke dalam bilik. Dylan tersenyum kecil apabila melihat Tengku Shamri dan Emma kembali mesra lagi.

“Emma? Boleh tak tolong buatkan air untuk ayah dengan Dylan?” Pinta Tengku Shamri.

Emma mengangguk lalu meninggalkan Dylan dan Tengku Shamri bersendirian di dalam bilik itu. Dylan duduk pada kerusi yang diduduki Emma tadi.

“Dylan, kalau ayah nak tanya sesuatu kat Dylan, ayah harap Dylan jawab dengan jujur.” Ujar Tengku Shamri secara tiba-tiba.

“Apa dia a-ayah?” Dylan masih belum membiasakan diri dengan panggilan ayah.

Tengku Shamri menarik nafas dengan dalam, “Dylan stay dengan Emma sampai sekarang sebab tujuan utama Dylan masa mula-mula nak kahwin dengan Emma dulu ke?” Soal Tengku Shamri dengan kening yang dikerutkan.

Dylan mengukirkan senyuman kecil lalu menggelengkan kepalanya. “Tak ayah. Dylan betul-betul sayangkan Emma.” Balas Dylan dengan penuh keyakinan.

Tengku Shamri menghela nafas lega. “Rasanya ayah dah tak boleh datang ke pejabat lagi. Kalau Dylan nakkan jawatan sebagai pengarah baharu—”

“Tak.” Ujar Dylan segera. “Maksud Dylan, Dylan selesa dengan kerja Dylan sekarang and Dylan tak ready lagi nak handle semua benda-benda penting kat Redwood. Mungkin, ayah patut bagi jawatan tu kat timbalan pengarah je.” Jelasnya lagi.

Tengku Shamri mengangguk faham, “Iyalah.” Ujarnya singkat.

Perbualan mereka terhenti apabila Emma masuk ke dalam bilik semula. Emma meletakkan dulang di atas meja lalu bercekak pinggang sambil merenung wajah Tengku Shamri dan Dylan.

“Kenapa bila Emma masuk je tadi, semua senyap? Mengata Emma ke?” Soal Emma dengan muka yang garang.

Tengku Shamri menuding ke arah Dylan, “Dylan yang mengata Emma tadi.” Tuduh Tengku Shamri.

“Eh, takdelah! Ayah yang mulakan dulu!” Dylan pula menudingkan jarinya ke arah Tengku Shamri.

“Oh, dah buat salah tak nak mengaku pula? Lepas tu pandai pula tuduh ayah! Awak ni memang nak kenalah!” Emma mengejar Dylan.

Mereka berlari mengelilingi sofa. Nafas Emma mula tercungap-cungap apabila dia gagal mendapatkan Dylan. Dia membaling sebuah bantal ke arah Dylan tetapi tidak mengena.

Tengku Shamri hanya memerhatikan mereka berdua dengan senyuman. Dia tahu, apabila dia pergi nanti, dia tidak perlu risau akan Emma lagi kerana Dylan mampu menjaga Emma.

•●•●•●•

Happiness can be found even in the darkest of times, when one only remembers to turn on the light.

-Albus Dumbledore-

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now