• Part XLVIII •

9.8K 517 15
                                    

Rykarl mengejar Jazmin ke parking lot khas untuk staf Redwood Specialist Hospital. Jazmin baru sahaja masuk ke dalam perut kereta dan hendak menutup pintu kereta apabila Rykarl tiba-tiba muncul dengan nafas yang tercungap.

Jazmin keluar semula dari perut kereta, “Rykarl? Awak buat apa kat sini?” Soal Jazmin dengan nada yang terperanjat.

Rykarl menstabilkan pernafasannya sebelum membalas. “Next weekend, there's a party untuk celebrate Redwood 25th Anniversarry.” Rykarl menarik nafas sekali lagi. “So I was thinking, awak nak tak jadi date saya for that night?” Sambungnya lagi

Jazmin tersenyum malu. Dia menganggukkan kepalanya setuju. “Fine. I'll be your date but saya kena balik sebelum tengah malam.” Beritahu Jazmin.

“Kenapa pula? Awak ni Cinderella ke sampai nak kena balik sebelum tengah malam.” Nafas Rykarl semakin stabil.

Jazmin menjeling sambil tersenyum, “Saya ni masih isteri orang, wahai Dr. Rykarl Naufal.” Ujar Jazmin, sekadar mengingatkan Rykarl.

Rykarl mengeluh, “Okay fine. Saya hantar awak pulang sebelum tengah malam.” Rykarl mengaku kalah. “So, it's a date?”

Jazmin tersenyum malu, “It's a date.”

•●•●•●•

Emma menggapai telefon pintarnya apabila telefon miliknya itu bergetar. Emma sedikit terkejut apabila dia menerima sebuah pesanan ringkas daripada Haziq.

Haziq: Hai bestie / kakak ipar. Can we meet up?

Emma tersengih apabila Haziq menggunakan perkataan bestie dan kakak ipar. Emma mengakui, sudah lama dia dan Haziq tidak keluar bersama seperti dahulu. Mungkin kerana dia sudah bersuami dan sibuk dengan kerjayanya.

Emma menaip balasan kepada pesanan ringkas Haziq itu.

Emma: Okay. Nak jumpa kat mana?

Haziq: Tempat biasa, pukul 11?

Emma: Kaykay.

Emma menilik jam pada skrin telefonnya yang menunjukkan pukul 9.31 pagi. Kemudian dia melihat ke arah Dylan yang berada di sebelahnya yang turut tertidur sama setelah menunaikan solat subuh tadi. Emma membelai rambut Dylan sambil tersenyum.

Dia tidak ingin mengejutkan Dylan dari tidurnya. Emma bangun meninggalkan katil lalu menggapai tuala. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum pertemuannya bersama Haziq, bestie / adik iparnya.

•●•●•●•

“So, kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku ni?” Soal Emma sambil mengetuk jari jemarinya pada meja.

Suasana di kafe tempat mereka sering bertemu itu agak senyap seperti selalu. Kebiasaannya, pelanggan yang mengunjungi kafe tersebut hanyalah untuk membuat kertas kerja ataupun untuk menikmati hot chocolate istimewa kafe tersebut.

“Aku rasa hubungan aku dengan Afaaf dah tak lama dah or maybe, dah berakhir dah pun.” Beritahu Haziq perlahan. Dia memberikan secawan coklat panas di hadapannya itu pandangan kosong.

“What?! Tapi korang baru je rapat kot, takkanlah berakhir macam tu je?” Emma seakan tidak percaya. Haziq menjongket bahu. “Aku kenal Afaaf. Tak mungkinlah dia jauhkan diri dari kau kalau kau tak buat salah. So, you better be honest—kau buat apa kat dia?” Soal Emma.

“Aku—aku tipu dia tapi aku bukan sengaja pun.” Beritahu Haziq disertai keluhan.

Emma turut mengeluh, “But a lie is still a lie, Haziq. Kau tipu dia pasal apa?” Soal Emma lagi.

“Aku bagitahu dia yang dia first love aku but sebenarnya she's not—I mean, she is tapi—ugh!” Haziq meraup mukanya. “Kau kenal Danielle kan?” Soal Haziq diikuti dengan anggukan daripada Emma. “Aku, Dylan dan Danielle is like second cousin. Kitorang membesar sama-sama and aku—aku jatuh suka kat Danielle.”

“So, Danielle is your first love? So kenapa kau bagitahu kat Afaaf yang dia first love kau?” Emma semakin keliru.

“Sebab aku tak yakin pun kalau aku suka kat Danielle. Kitorang masih kecil lagi kot masa tu.” Balas Haziq, dia benar-benar buntu hendak berbuat apa.

Emma mengeluh, “Okay fine. Aku akan ajak Afaaf slow talk pasal ni but—but kalau Afaaf tetap dengan keputusan dia, then you have to let her go for good.” Dahi Emma berkerut, dia memberikan pandangan simpati kepada Haziq.

Haziq mengangguk walaupun terpaksa, “I will.”

•●•●•●•

Emma memandu keretanya dengan kelajuan 80 km/j. Dia berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Afaaf melihat sekelilingnya dan tiba-tiba, matanya menangkap sebuah kedai buku.

Ia merupakan kedai buku yang dikunjunginya dengan Iz semasa temujanji pertama mereka. Emma tersenyum kecil apabila teringat akan hal itu. Lampu bertukar hijau dan Emma meneruskan perjalanannnya.

Emma membelok dan masuk ke perkarangan supermarket. Barangan rumah mereka banyak yang telah habis dan Emma memutuskan untuk membeli barangan yang telah habis itu.

Emma menolak troli masuk bersamanya ke dalam supermarket. Sedang Emma mencari perapi rambut yang sering digunakannya, troli yang ditolaknya bertembung dengan troli milik orang lain. Emma segera mengalihkan pandangannya ke arah troli yang baru sahaja dilanggarnya itu.

“Emma?” Ujar lelaki di hadapannya itu.

“Aiden?” Emma turut tersenyum. “Buat apa kat sini?” Soal Emma.

Aiden tersenyum kecil, “Takdelah. Beli barang rumah je.” Balas Aiden. “Dylan mana?” Soalnya, mencari kelibat Dylan.

“Dylan tak ikut sekali. Tadi masa saya tinggalkan rumah, Dylan masih tidur lagi sebab tulah shopping sendiri.” Jelas Emma.

“Oh. Kalau macam tu, saya pergi dulu.” Beritahu Aiden. “Eh, Emma?” Aiden menghentikan Emma daripada berlalu pergi. “I want to show you something.” Beritahu Aiden dengan senyuman sinis.

“Apa dia?” Emma menunjukkan minat.

“Not today. Come to the Redwood Anniversary Party and I'll show you.” Balas Aiden, masih dengan senyuman sinisnya.

“Oh, okay.” Emma mengangguk.

“Emma?” Panggil Aiden lagi. “You look pretty today.” Senyuman sinis Aiden digantikan dengan senyuman seram.

Emma berasa tidak sedap hati. “Thank you.” Balas Emma dan bergegas pergi dari situ.

•●•●•●•

Zmn skrg ni, asal ada bestfriend berlainan jantina dgn kau, mesti ada yg fikir korang tengah brcinta kn? True fact tapi menyedihkn. Sempit bebenor pemikiran. Anyway, hope you like the new cover 🙆✨

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now