Iz duduk di sebelah pusara seseorang. Dia khusyuk membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepada yang mendiami pusara tersebut. Setelah selesai membaca Yassin, Iz memandang pusara di hadapannya itu.
Dia membelai-belai batu nisan yang tertera nama Laila Naia binti Siddiq. Tiba-tiba, Iz teringat semula perbualannya bersama Emma, tiga tahun silam.
“Emma, kalau boleh aku nak tahu siapa yang dermakan jantung dia untuk selamatkan aku. Kau tahu tak siapa yang selamatkan aku?” Soal Iz, dia benar-benar ingin tahu.
Emma tiba-tiba menitiskan air mata, “Laila.” Ucapnya perlahan. “Laila yang dermakan jantung dia untuk kau. Sebelum dia pergi, dia suruh aku pesan kat kau yang walaupun kau tak pernah bagi hati dan cinta kau kat dia, dia sanggup bagi kat kau semua yang dia ada. Termasuklah nyawa dia.” Tambah Emma dengan sayu.
Iz meleraikan tangisnya. Dia memegang dadanya. Dia dapat merasakan degupan demi degupan dan semuanya kerana gadis yang terlalu dibencinya ketika dahulu.
Emma meletakkan tangannya pada bahu Iz, “Dia harap kau boleh maafkan semua kesalahan yang dia pernah buat kat kau. ”
Iz memegang dadanya. Jantung Laila masih berdegup memberikan Iz peluang untuk hidup. Iz teresak-esak sambil mengusap batu nisan Laila.
“Saya minta maaf. Saya tak pernah nak hargai cinta, kasih dan sayang yang awak beri kat saya dulu.” Ujar Iz. “Saya minta maaf.” Ulangnya.
Seorang gadis memerhatikan gerak-geri Iz. Dia hairan mengapa ada seorang lelaki sedang menangis di pusara rakannya. Dia teragak-agak untuk menghampiri Iz tetapi naluri hatinya nekad untuk menghampiri Iz.
“Assalamualaikum.” Ucap gadis tersebut.
Iz segera mengesat air matanya apabila terdengar sebuah suara, “Waalaikumussalam.” Dia menoleh ke arah empunya suara.
“Iz? Awak buat apa kat sini?” Soal gadis tersebut.
“She-Sheeyra?” Iz tergagap-gagap. “Sa-saya melawat Laila je.” Ujar Iz dengan sayu.
“Bukan ke awak benci kat dia? Kenapa awak—” Sheeyra terhenti. Dia menyedari sesuatu. “Laila yang dermakan jantung dia un-untuk awak?” Soal Sheeyra. Iz mengangguk lalu kembali dengan esakannya. Sheeyra mengusap perlahan belakang Iz. “I'm so sorry. You need to be strong.” Ucap Sheeyra. “I'll always be here for you.”
•●•●•●•
• Thank you to Baetiera nurazalialia ZunidaYusri laila-kiut-miut QistLny asdnblas vante_ and byk lagi sbb selalu vote and support saya through this whole story. Also, thank you to hamirsm hezlinizanie ftimazhrh minygkook arizaysk skytae- fr the support and sbb nda bagitau siapa aku 😂 ok lots of love, muah 😗💗
• The End •
Start : 2nd of July 2017
End : 3rd of September 2017
Chapter : 60 + epilogue
Pages : 197
![](https://img.wattpad.com/cover/113324038-288-k244374.jpg)
YOU ARE READING
Surgeon In Love
RomansHighest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mem...