Bab 1

91.3K 662 10
                                    

   👑"Bidadari pemilik jiwaku"👑

 

  Dayyan Iskandar memberhentikan kereta Porsche Cayenne hitam miliknya di bawah sebatang pohon merendang bertentangan rumah Heykal Hisyam Dato Anas sahabat baik yg sangat dirinduinya. Bertahun merantau menimba ilmu di negara orang putih, rindunya pada sahabat baiknya itu bagaikan memanggil-manggil dia berkunjung ke situ tanpa sempat menunggu hari esok. Biarpun sudah berkali-kali diingatkan oleh bondanya agar tidak mengganggu Heykal yang telah pun mendirikan rumah tangga 6 bulan yang lalu, dia tetap juga berdegil. Dayyan mengerling sekilas jam ditangannya menunjukkan pukul 8.30 malam"masih awal lagi rupanya" getusnya di dalam hati. Dengan pantas dia mengambil hadiah yang berbalut kemas di tempat duduk penumpang hadapan dan melangkah keluar dari kereta kesayangannya itu.
Belum pun sempat dia menutup pintu kereta terdengar sayup-sayup suara tangisan merayu berselang seli dengan jerkahan sumpah seranah dari rumah Heykal.

  "Dasar perempuan murahan! Aku kutip kau untuk jadi isteri aku maknanya hanya untuk aku sorang! Bukannya untuk jadi betina sundal penyedap jantan-jantan lain kat luar sana! Perempuan sundal!!!!!" suara jeritan perempuan meminta tolong dan merayu semakin kuat didengari. Mujurlah kawasan perumahan elit ni jarak antara sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain agak jauh jika tidak sudah tentu jiran-jiran pasti kecoh berkumpul depan pagar rumah.

  Dayyan mengusap dadanya berkali-kali tatkala mendengar dengan jelas suara Heykal nyaring mengherdik perempuan yg dipanggil isteri itu. Pintu keretanya ditutup perlahan. Langkahnya mati di situ. Dia berkira-kira sama ada mahu pulang atau terus menunggu sehingga keadaan reda. Tiba-tiba dia melihat Heykal mengheret perempuan itu sambil memegang beg baju dan melemparnya ke pintu pagar rumahnya. Cepat-cepat Dayyan bersembunyi di sebalik keretanya untuk mengelakkan dirinya dilihat oleh Heykal.

  "Keluar!!! Kau jangan jejak lagi rumah aku! Perempuan murahan macam kau tak ada tempat lagi kat sisi aku, kau dengar tak??? Jerit Heykal sambil menolak kasar wanita itu. Wanita itu masih merayu sambil memaut lengan Heykal dan memegang perutnya dengan sebelah lagi tangannya. Namun Heykal tetap bertindak kasar dengan menolak wanita itu sekuat hati sehingga wanita itu jatuh terjelepuk dilantai garaj. Tidak cukup dengan itu, Heykal menyepak dan menendang wanita itu sambil memaki hamun tidak berhenti. Wanita itu diam tidak melawan sambil memegang perutnya yang kempis agak tidak terkena sepakan Heykal. Mungkin tubuhnya yang tidak berdaya itu sudah tidak mampu melawan lagi.Dia yang melihat pun turut merasa kesakitannya apatah lagi bagi wanita itu yang sedang melaluinya.Tiba-tiba hati lelaki Dayyan dipagut rasa sedih. Dia sama sekali tidak menyangka kehadirannya di sini malam ini akan disajikan dengan episod drama sedih yang dilakonkan oleh sahabat baiknya sendiri.

  Wanita itu bangun lemah, sebelah tangan memegang perutnya manakala sebelah lagi mengambil beg yang di baling Heykal tadi. Dia melangkah sayu keluar dari kediaman Heykal sambil menangis. Dayyan hanya memerhati langkah lemah wanita itu. Hajatnya untuk melangkah masuk ke rumah Heykal terbantut. Dia masuk kembali ke dalam keretanya. Menampar mukanya berkali -kali seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi.

  " Tak mungkin Heykal Hisyam yang aku kenal seganas itu. Tak mungkin" dia bermonolog sendirian.

  Kelibat Heykal tidak kelihatan lagi setelah dia puas memukul dan menghalau wanita itu dia terus masuk ke dalam rumah. Pintu pagar automatik itu juga ditutup kembali setelah wanita itu melangkah keluar.
 
  "Eh,wanita itu! Aku kena tolong dia. Mesti sakit kena sepak terajang, mana boleh nak jalan jauh. Lagipun dah malam ni sapa lagi nak tolong dia melainkan aku. Allah.. aku kena cari dia" teringat Dayyan seraya menghidupkan enjin keretanya secepat mungkin keluar dari kawasan perumah tersebut.

  "Apa benda pulak tu tengah-tengah jalan ni?"gumamnya apabila melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan di simpang jalan keluar dari kawasan perumahan itu.Dia memberhentikan kereta dan turun melihat.

  " Ya Allah! Ni perempuan yang kat rumah Heykal tadi." Dayyan cepat-cepat mengangkat wanita itu masuk ke dalam keretanya. Keretanya dipecut laju menuju ke hospital.

                                       3 December 2017

               ******************

Sedih kan??? Cian pompuan tu...apalah salah dia agaknya sampai kena halau mcm tu dgn suami sendiri...kena pukul lagi aduiii....tak suka2!!!

😢😢😢😢😢
To be continue.....

Sabo2😉😉😉😉

Bidadari Milik Aku!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang