-:BAB 4:-

121 1 0
                                    

"Aku tunggu kau dari petang tadi. Tengah malam baru kau balik?". Aku menjeling Nabil Asyfan. Dia mengekori aku dari belakang sehingga masuk rumah.

"Kenapa abang tak masuk sahaja dalam. Lagipun Wiq dah beritahu mereka yang Wiq balik lambat". Aku meletakkan kunci di meja berhampiran dengan pintu dan terus Duduk di sofa. Abang aku hanya mengikut dari belakang di ambil tempat duduk di sebelah aku sambil tangan di capai bantal kecil di sofa itu.

"Aku dah masuk 3,4 kali kau tahu. Siap makan lagi. Sempat pula aku round satu rumah kau ni". Bebel Nabil. Aku tutup kedua dua belah telinga aku. Datang sini kerjanya tahu membebel sahaja. Kalah pula mak jemah jiran rumah aku dekat malaysia itu. Eh pembetulan rumah papa dan mama.

"Haishh abang ni kan. Rimas lah Wiq. Lain kali telefon Wiq dulu ni tak main redah sahaja. Kalau tahu tadi abang datang rumah. Wiq sanggup tidur dekat hotel biar abang tunggu Wiq sampai esok pagi". Sempat aku jeling sambil tangan kiri mencapai remote TV. Tengok TV dari tengok muka abang aku ini. Sedang seronok tengah melayan cerita kartun Nabil mengambil remote di tangan kiri aku sambil mengubah siaran bola.

"Eh apa abang ini. Wiq yang buka TV dahulu sibuk nak tengok bola nanti balik hotel tengok lah puas-puas bola tu sampai lebam!". Sambil membebel tangan cuba di capai remote dari tangan abang aku. Di bawa larinya remote aku atas awah depan tepi lah macam-macam.

"Ishh jangan sibuk. Abang ni tetamu, layan tetamu boek molia kit". Entah bahasa jawa mana entah dia cakap. Aku mengambil keputusan untuk memuncungkan mulut sambil berpeluk tubuh. "Abang nak tanya ni". Aku menjuling mata ke atas. Malas nak melayan abang aku yang seorang ni. Nabil menolah bahu aku kuat sambil jatuh di pemegang sofa.

"Ishh. Cakap aja lah. Tahu tak sakit". Marah aku. Di jelingnya sekali lagi.

"Tadi petang, ada seorang lelaki datang nak jumpa dengan Wiq. Abang cakap lah tak ada. Bila tanya nak apa dia jawab nanti dia call adik tengah malam ini". Kata abang aku panjang. Aku termenung. Lelaki? Nak jumpa aku? Siapa pula? Mamat mana pula? "Kawan adik ka boyfriend adik?". Tanya abang aku sambil mata tetap memandang TV siaran bolanya. Aku memandang aku tak percaya. Wait. Boyfriend? Ni nak gelak besar ini.

"Nak gelak jap. Hahahahahahahahahahahaha. Are you kidding abang? Haha boyfriend? Adik ada boyfriend? Memang tak lah". Kata-kata terakhir terselit ketawa kecil.

"Haishh. Kau ini lah. Mana aku tahu kau ada boyfriend secara senyap-senyap ke? Kau ni jenis kuat rahsia". Kali ini Nabil menjeling meluat. Aku yang perasan perangai nya hanya ketawa kecil sambil di geleng geleng kepala.

"Tak ada lah abang. Cukup lah sekali. Itupun belum tentu sembuh 100%. Masih berbaki rasa sakit ini". Suara aku di perlahan. Tak ada mood nak bicara pasal ini. Aku terfikir semula siapa gelaran lelaki itu. "Abang tahu tak nama manusia petang tadi?". Kini posisi aku menghadap abang aku yang khusyuk menonton televisyen.

"Hurmm. Nama dia ek? Err nama dia Az Az ha Azy Heykal. Kenal?". Nabil turut pusing badannya menghadap aku. Macam kenal. Tapi di mana ya?

"Macam adik pernah dengar. Tapi tak ingat pula siapa gelaran orangnya". Aku menunduk sambil terfikir. Lama berfikir tapi tak ingat-ingat juga. Aku mengangkat kedua-dua bahu dua kali untuk menyampaikan 'entah lah'.

"Tak apa nanti dia call lah itu. Tunggu saja dulu". Aku mengangguk.

"Ouh ya. Abang nak air tak? Wiq buatkan?". Aku bangun di hadapan Nabil. Alang-alang aku pun hendak ambil air baik tanya dulu pondan ni mana tahu kot nak juga.

"Boleh juga. Buat kopi ya adik aku sayang". Di manjakan suaranya. Sambil di tolak badan aku segera ke dapur. Aku hanya akur. Malas mahu layan pondan itu.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now