-:BAB 18:-

85 0 0
                                    

"Be-betul ini awak?" Azy Heykal yang kelihatan terkejut apabila melihat wajah yang dah lama dia rindu. Rasa macam gadis di depan dia ini betul-betul wujud. Gadis itu senyum riang mendekati Azy Heykal yang seperti di gari.

"Lama tak jumpa Awak, sayang." Haniza mengelus lembut pipi Azy Heykal.

"Betulkah ini awak?" Matanya mula bertakung. Sekiranya gadis itu betul-betul berada di depan dia sekarang. Dia ingin peluk erat gadis itu, tapi... Tangannya di gari dan begitu juga kakinya. Seperti dia sedang di hukum.

"Iya. Saya... Tak akan awak tak kenal saya dah?" Air mata mula mengalir di pipi sebelah kanan.

"Tak. Saya cuma tak percaya. Bukan awak..."

"Mati?" Kata Haniza perlahan. Tangannya di genggam erat. Kepalanya di tunduk.

"Saya mati di sebabkan awak!" Tempikan kuat dari Haniza berdesing masuk dalam laluan lubang telinga Azy Heykal.

"Saya..."

"Awak tahu tak? Masa tu saya takut sangat. Saya takut apabila awak tak datang masa saya kena culik." Haniza berkata perlahan. Di pandang wajah Azy Heykal sedih.

"Awak tahu tak. Saya rasa masa tu, awak dah lupa saya." Air mata Haniza kini bertukar darah... Bukan air mata jenih lagi.

Azy Heykal terus menggeleng. Dia tak pernah lupa gadis kesayangannya. Dia cari merata tempat, tapi tetap tak jumpa. Yang dia tahu... Ada seorang mesejnya beri gambar Haniza sudah pun mati di bunuh dengan kejam sekali.

"Saya tak pernah lupa awak Ieza." Azy Heykal berkata perlahan. Dia menundukkan kepalanya apabila air mata itu bertukar menjadi merah.

"Baguslah begitu Zykal... Saya suka gadis tu... Awak jaga dia elok-elok... Dia gadis yang baik... Saya tahu dia boleh bahagiakan awak." Haniza mula mengundurkan diri. Azy Heykal menggeleng dan tangan dan kakinya mula bergerak melepaskan diri. Ingin kejar gadis itu.

Selepas bayang-bayang Haniza hilang dari pandangan. Dia mendengar suara seorang menjerit kuat. Suara itu semakin lama semakin kuat dan seseorang yang menakutkan berlari laju menghampirinya. Dengan wajah yang menakutkan.

"Allahuakbar!" Azy Heykal terjaga dari lenanya. Dia terduduk dengan mimpi gerinya. Dia beristighfar dalam hatinya. Di urut perlahan dadanya yang terasa ingin pecah. Peluh membasahi wajahnya dan badannya kelihatan baju yang di pakainya basah dengan peluh badan. Begitu dahsyatnya mimpi yang kali ini dia alami.

Dia terus beristighfar panjang sambil di raut wajahnya. Dalam beberapa saat... Azy Heykal bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sempat dia mengerling jam yang baru 2:30 pagi.











Tangan Awiqah bergeletar. Fail yang di pegangnya jatuh dari tanggannya. Pandangannya tak lepas memerhati wajah yang berada di hadapannya. Bertapa terkejutnya apabila melihat seorang lelaki yang sangat dia kenal tetiba muncul di hadapannya... Setelah beberapa tahun dia tidak nampak bayang lelaki ini. Yang mudanya setahun.

Tak lain tak bukan. Musuh ketat Hezry di sekolah menengah... Dan kini sedang berdiri di depan matanya dengan sengihan yang di tayangnya.

"Rindu kau Nana." Azie Hafief tersengeh lebar. Dia tidak sangka gadis ini betul-betul dah berubah. Dia tahu pun dari abangnya, Azy Heykal.

"Rindu? Hahaha sejak bila?" Awiqah menunduk mengambil semula failnya jatuh tadi.

"Sejak... Aku rindu gelak ketawa kau." Azie mengurut leher belakang yang tak rasa lenguh pun.

"Ceh... Kau tahu mana aku kerja sini?" Terkejut juga dia apabila lelaki itu yang menegurnya.

"Dari seseorang yang sudah menyinggah di hati kau." Azie senyum sambil di tunjukkan jarinya kepada Awiqah.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now