-:BAB 7:-

94 1 0
                                    

Awiqah jalan-jalan sekeliling mall itu dari bawah sampai setengah bangunan dia naik. Tak lenguh kaki ke cik Awiqah oiii. Dalam tangannya penuh dengan beg-beg kertas yang baru di belinya. Bermacam-macam jenama terdapat di luar beg itu. Dalam dua jam juga lah dia shopping. Baju, seluar, gelang jam lah. Tapi kebanyakan baju dan seluar lah. Setiap hari Rabu mesti dia keluar shopping. Seminggu hanya sekali dia keluar beli belah.

Seorang lelaki menegurnya dari belakang setelah dia menunggu lif tiba. Beg-beg kertas itu tak pernah lekang dalam genggamannya. Tak berat kah Wiq? Awiqah menoleh belakang. Muka yang ceria tadi terus jadi masam dia jeling lelaki yang tegurnya tadi.

"Kau ini kalau sehari tak muncul dalam hidup aku tak boleh ke? Rimas aku dengan kau ini. Dah lah kes semalam masih berbaki sakit hati tambah pula dengan kewujudan muka kau ini. Boleh sewel aku dengan kau ini lah." Awiqah bebel seorang diri. Orang yang berkerumun melihat dia pelik. Azy Heykal mengambil beg kertas di tangan kanan gadis itu.

"Ish apa ni? Nak rompak ka?" Awiqah menarik semula beg kertasnya itu tapi di halang dengan pandangan tajam Azy Heykal sebalik cermin mata gelapnya. Awiqah hanya menurut. Dalam hati.

'Eee aku nak lunyai-lunyai ja si Azy ni dengan kasut sport aku ini'.

"Banyak kau beli barang. Shopping sakan nampak. Boleh di katakan ke semua kedai kau nak borong." Azy Heykal menggeleng kecil.

"Biar lah. Duit aku. Aku tak minta pun duit kau nak beli semua barang ini." Awiqah menjeling geram sambil di kembung pipinya.

Ting.

Pintu lif terbuka. Semua orang dalam lif itu keluar dan ada yang masuk melulu sambil tertolak Awiqah ke dalam orang ramai itu. Azy Heykal yang perasan menarik lengan kanan Awiqah untuk tidak terpisah dengannya. Awiqah yang terkejut memandang geram dengan orang ramai itu. Mulutnya memaki hamun tanpa sebarang bunyi. Dia mengetap lengannya kasar tanda protes. Azy Heykal hanya memandangnya sambil menggeleng pelahan. Awiqah menekan butang naik lif itu banyak kali. Geram mungkin.

"Haish jom naik escalator senang sikit." Azy Heykal berjalan dengan membawa beg barang Awiqah. Awiqah perhati lelaki itu pergi tanpa menolehnya. Awiqah memandang perkiraan atas lif itu baru tingkat 2 lif sebelah kanan G dia memandang Azy Heykal yang sudah jauh berjalan mencari escalator. Awiqah berjalan lemah dia cuba berjalan laju untuk kejar lelaki di hadapannya.

Azy Heykal mencari Awiqah tiada di sebelahnya ataupun di hadapannya dia pusing ke belakang melihat Awiqah berjalan lemah dengan melangkah luas. Dia ketawa kecil melihat bibir gadis itu muncung panjang. Dia berdiri di situ sambil menunggu gadis itu tiba di sebelahnya. Semasa tunggu Azy Heykal keluar iPhone8nya untuk semak whatsapp yang masuk, sedang dia sibuk membaca chat yang di hantar oleh kawan-kawannya dan group dari pejabatnya. Awiqah merampas iPhone lelaki itu setelah berada di hadapan lelaki itu. Azy Heykal terkejut dengan tindakan Awiqah.

"Jom pergi makan. Aku lapar, dari tadi perut ini bunyi." Awiqah membuat muka simpati. Azy Heykal senyum lalu mengangguk perlahan kepalanya. Awiqah tersenyum puas sambil berjalan mencari restoran berhampiran, iPhone Azy Heykal dia meletak dalam beg silangnya. Azy Heykal menggeleng dan hanya ikut sahaja langkah gadis di hadapannya.

"Saya nak spageti prego cheese dan coffee latte 1." Awiqah memberi kad menu itu kepada pelayan itu sambil mengetuk meja dengan jari jemarinya dan memandang wajah Azy Heykal yang masih membelek makanan dalam kad menu itu.

"Ish lama lah kau ini. Pilih saja lah chicken chop ka nasi goreng ka apa. Itu pun nak fikir. Lain kali set dekat kepala semasa pelayan ini belum datang." Awiqah menjeling geram. Azy Heykal tersenyum.

"Kau lah tolong pilih." Azy Heykal meletakkan dagunya di tapak tangannya sambil memandang wajah Awiqah. Awiqah ketawa kecil.

"Kalau begitu, awak bagi dia salad saja dengan air kosong." Awiqah tersenyum puas. Azy Heykal menggeleng sambil senyum dengan kata-kata Awiqah. Pelayan itu mengerut dan buat muka tidak percaya.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now