-:BAB 14:-

93 0 0
                                    

Awiqah termenung di tepi tingkap sambil merenung lama bulan yang di sebalik awan. Awiqah meletakkan kepalanya di atas lengan di tingkap. Bulan mula muncul. Awiqah senyum.

"Cinta bulan." Awiqah tersenyum sendiri.

"Cinta? Betul ke aku suka Azy Heykal?" Awiqah memegang rantai di lehernya. Di pandang bulan yang masih bersinar malamnya. Angin menyapa wajahnya.

"Bulan. Oh bulan. Mengapa lah aku jatuh cinta dengan bos sendiri." Awiqah ketawa kecil. Awiqah pejamkan matanya. Wajah Azy Heykal terbayang di fikirannya. Awiqah membuka matanya. Di senyum kepada bulan.

"Nanti aku akan bencikan Azy Heykal ke? Tapi kalau di fikirkan semula. Azy Heykal kawan baik Hezry Zakwan kan? Tak mungkin lah perangai mereka tak sama kan?" Awiqah mencebik memandang bulan.

"Kan bagus kalau bulan bercakap dengan aku? Tak lah aku cakap sensorang kan bulan? Kesian aku." Awiqah pura-pura mengelap air matanya. Overnya kau ini Wiq.

"Selamat malam bulan. Sedih aku tak ada orang nak cakap dengan aku." Awiqah menutup tingkap dan terus menuju ke sangkar hamster yang baru di belanya.

"Hai hamster ku sayang. Apa khabar. Nah makan. Maaflah aku terlupa kau orang." Awiqah meletakkan lengannya di atas meja dan dagunya di atas lengannya. Tangan kirinya bermain dengan sangkar itu. Awiqah tersenyum melihat 4 ekor hamsternya sedang makan makanan yang di berinya. Dia teringat semasa dia melihat wajah terkejut Hezry melihat hamster mati tergantung.

"Esok kita bermain betul-betul tahu." Awiqah tersenyum puas melihat seekor hamster aneh yang sedang makan dengan kawannya.













"Qatiespearl masuk bilik saya sekarang." Azy Heykal yang baru sampai memanggil Awiqah yang sibuk menaip sesuatu di skrin laptop di atas mejanya. Tergesa-gesa mengambil buku peribadinya dan mengikut Azy Heykal dari belakang. Azy Heykal duduk di kerusi kerjanya sambil melihat Awiqah yang baru duduk di kerusi di hadapannya. Di buka buku dan mulakan percakapan.

"Sekejap jangan cakap apa-apa lagi." Azy Heykal memandang tepat di wajah Awiqah. Awiqah mengerutkan dahinya dan turut memandang tepat wajah Azy Heykal.

"Aku nak kau cancerkan semua meeting untuk hari ini." Azy Heykal mengalah dengan pandangan Awiqah terhadapnya. Dia memusingkan kerusinya menghadap tingkap. Awiqah mengangguk.

"Err bos tapi yang ini bos tak boleh cancerkan perjumpaan ini." Awiqah melihat satu perkataan yang sangat penting untuk Azy Heykal.

"Kan aku cakap cancerkan semuanya." Kata Azy Heykal tegas. Awiqah menelan air liur.

"Dengan Tan sri Azim Hamid juga ka bos?" Azy Heykal terkejut dengan nama yang di sebut oleh Awiqah.

"Dia ada call pejabat?" Awiqah mengangguk. Azy Heykal terus bangun dari kerusi. Di urut dahinya yang tidak pening itu.

"Bila Tan sri datang?" Azy Heykal meletakkan tangan kirinya di atas meja sambil memandang Awiqah yang sedang duduk di hadapannya.

"Selepas lunch." Azy Heykal tersenyum.

"Good." Awiqah terkejut sedikit dengan kata Azy Heykal.

"Baik lah bos. Saya keluar dulu ok." Awiqah senyum kepada Azy Heykal dan bangun dari kerusi dan tunduk sedikit sebelum jejak kaki keluar dari bilik Azy Heykal.

"Qatiespearl kejap." Awiqah pusingkan badannya semula dan kembali menuju ke arah Azy Heykal.

"Ye bos?" Awiqah mula membuka buku dan membuka penutup pen dengan giginya. Azy Heykal tersenyum dengan perangai PAnya itu.

"Aku bukan nak cakap pasal kerja." Awiqah mengerut dahinya. Penutup pen masih di mulutnya.

"Pastu?" Awiqah berkata sambil menggigit penutup pen itu supaya tidak jatuh dari mulutnya. Azy Heykal menggeleng.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now