-:BAB 19:-

51 0 0
                                    

Azie yang baru keluar dari syarikat bersama dengan Hezry dan Zackry sedang menuju ke arah kereta masing-masing. Sedang Azie hendak masuk ke dalam kereta toyota vios nya. Azie sempat kerling sebuah van warna kelabu yang tetiba berhenti di tengah laluan kereta Hezry dan Zackry. Azie hanya mampu mengerut dahinya. Matanya tercari-cari kelibat Zackry dan Hezry, tapi van itu melindung kedua kawannya.

Tak sampai lima minit... Van itu terus berjalan seperti biasa. Hezry senyum sinis kepada Zackry sambil tunjukkan sampul coklat bersaiz A4. Lama dia perhatikan perwatakan Zackry dan Hezry sampailah Zackry turut senyum sinis. Mungkin baru dengar penjelasan Hezry.

"Apa yang mereka borak? Seperti serius? Ada kaitan dengan Nana ka?" Semakin berlapis kerutan di dahi Azie.

"Apa yang Zackry sembunyikan selama ni?" Matanya kini memerhati Zackry tajam. Sehingga lah bayang-bayang Zackry dan Hezry hilang dari pandangannya.

Azie terus masuk ke dalam perut keretanya dan start enjin kereta. Terus dia menuju mengikut kereta Zackry dari belakang. Sampai di lampu isyarat Zackry mengerut dahi. Dia memandang kereta hitam toyita milik Azie ikut keretanya melalui cermin depan.

Zackry capai iPhone8 di tempat selalu dia letakkan iPhone8nya. Dia capai earphone bluetooth yang sedia ada di sebelah iPhone8nya. Nombor Azie di dailnya. Azie jawab panggilan hpnya yang berbunyi di poket baju kemejanya.

"Berhenti di tepi jalan. Ada benda aku nak tanya kau." Zackry berkerut dengar kata-kata Azie. Selepas hijau dia berhenti tepi jalan yang di arahkan Azie tadi. Dia lihat di cermin depan, Azie sudah berhenti kereta di belakangnya. Zackry terus keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta Azie sambil menunggu ketibaan Azie keluar dari keretanya.

"Apa yang kau nak cakap ni?" Zackry bersandar di tepi bonet kereta depan milik Azie Hafief. Lama Azie diam. Tak bersuara. Sedang susun ayat. Mungkin. Sepuluh saat baru Azie bersuara.

"Kau memang nak bantu Nana? Atau Hezry? Atau kau hanya ikut sahaja langkah dua orang itu?" Zackry berkerut dengan soalan Azie.

"Apa yang kau mengarut ni..."

Jeda...

Baru dia ingat. Rupa-rupanya Azie nampak ketibaan van tadi. Zackry senyum sinis.

"Tak mungkin depan Hezry aku nak tunjuk belang aku? Aku hanya ikut apa yang Wiq suruh." Zackry senyum sinis serentak menggelengkan kepalanya.

"Maksud kau?" Azie mula berkerutkan dahinya.

"Wiq lebih cepat berbanding Hezry, Azie. Kalau kau nak tahu... Tadi..."

::::

"Bos, ini." Seorang lelaki yang duduk di tempat duduk penumpang di hadapan sedang memberikan Hezry sampul surat bersaiz A4.

"Erm. Jangan beritahu Hainina, aku perlu siasat sesuatu dahulu." Balas Hezry kepada orang upahannya.

"Baik bos." Mereka terus bergerak tinggalkan Zackry dan Hezry yang sedang memandang sesama sendiri.

"Apa tu?" Zackry berkerut dahi.

"Gambar perjumpaan aku dengan Hainina di bilik kerja aku dan pendrive video yang di rakam oleh cctv." Hezry mengangkat sampul surat kepada Zackry.

"Erm?" Kening kanan Zackry di angkat. Tak faham lah bro.

"Haish. Perjumpaan aku dengan Hainina boleh terjejaskan aku dengan Syaza. Kau tahu kan Syaza macam mana? Suka masuk bilik security, dan dia akan tengok rakaman semula dalam bilik kerja aku. That's mean dia akan tengok siapa yang aku jumpa selama sebulan ni." Zackry mengangguk faham.

"Dan rakaman tu aku dah delete. Selagi pendrive ni ada pada aku. Akan selamat dari pengetahuan Syaza." Hezry senyum sinis kepada Zackry. Zackry turut senyum sinis seperti Hezry.

"Takut tunang lah kau ni." Zackry mula masuk ke dalam keretanya.

"Bukan takut tunang. Tapi jaga hati tunang." Hezry pun turut masuk ke dalam keretanya dengan terselit ketawa kecil.

::::

"Ceh." Azie menggeleng selepas dengar penjelasan Zackry.

"Ok lah. Aku cuma nak tahu itu saja. Takut kau tikam belakang Nana." Azie sengeh dan membuka pintu keretanya.

"Kau tak nak tahu apa-apa lagi?" Zackry mengangkat keningnya. Azie memikirkan sesuatu sebelum dia menggelengkan kepalanya.

"Aku tak nak tahu apa kena mengena Nana dengan rakaman tu. Sekurang-kurangnya kau jujur dengan Nana. Dia cuma harapkan kau daripada orang lain." Jelas Azie menjawab soalan Zackry. Zackry senyum sinis sambil mengangguk kecil.

"Dan... Dia hanya percayakan kau sahaja, Zack." Itu kata-kata terakhir sebelum Azie masuk ke dalam keretanya. Zackry memandang kereta Azie hilang dari pandangannya.

"Sebab... Wiq dah tak percayakan sesiapa lagi Azie. Dengan abang kau pun dia berwaspada, walaupun dia tidak pasti dengan hati dia." Zackry senyum di jalan besar yang baru di lalui oleh kereta toyota vios milik Azie Hafief.











Awiqah yang termenung dalam keretanya, terus fikirannya melayang entah ke mana. Tanpa dia sedar, dia tersenyum sendiri. Matanya memerhati sebuah kereta di kawasan rumah banglo itu.

"Na, kau biar betul? Sini? Rumah ni?" Suara lelaki yang duduk di tempat memandu memandang Awiqah pelik.

"Haah... Kenapa? Ada masalah?" Awiqah jeling Azie.

"Bukan apa, Wiq. Kami..." Tak sempat Zackry habiskan ayatnya. Haezril menolak kepala Zackry jauh dari duduk di tengah-tengah antara Awiqah dan Azie.

"Rumah Azie Hafief?!" Haezril menunjukkan rumah parents Azy Heykal dan Azie Hafief yang jauh dari Azie parking kereta Awiqah.

"Yes..." Awiqah terus buka pintu kereta.

"I not believed." Haezril menggeleng kepalanya sebelum keluar dari perut kereta. Kini tiga pasang mata memandang Awiqah yang berdiri di tepi pintu kereta.

"Sekarang?" Zackry yang berdiri di belakang Awiqah, mula berjalan untuk memandang wajah gadis di hadapannya.

"Sekarang... Kita tunggu?" Awiqah menyoal Zackry semula sambil di pamer wajah binggung.

"What's ?!" Haezril dah mula pening. Dia berjalan laju ke arah Awiqah.

"Aku tak tahu apa seterusnya." Awiqah mula menggaru dahinya.

"Apa plan kau sebenarnya ni, Na?" Azie pun pelik dengan plan tak masuk akal ni. Rumah dia pula itu.

"Aku... Aku..."

"Aku. Aku apa? Pelik lah kau ni." Haezril bersandar tenang di bonet kereta hadapan sambil di pandang rumah banglo milik ibubapa Azie Hafief.

"Ini plan Zybon lah..." Awiqah mencebik. Di pandang belakang Haezril geram.

"Plan... Sapa?..." Haezril menoleh belakang perlahan. Awiqah dah mula sengeh sumbing.

"Ermm jom lah..." Awiqah mula berjalan meninggalkan tiga lelaki di belakangnya. Awiqah sengeh setiap langkah dia menuju ke rumah banglo yang jarak 5km dari keretanya.

Haezril, Zackry dan Azie berpandangan sebelum melangkah ikut langkah Awiqah dari belakang. Berkerut dahi mereka mendengar kata-kata Awiqah tadi... Azy Heykal? Plan dia? Untuk?

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now