-:BAB 6:-

104 1 0
                                    

"Bukan kemain sweet kau dengan budak itu." Nabil mula menyakat Awiqah yang baru sahaja duduk di sebelah Natasha.

"Ish mana ada lah abang. Kami kawan ja." Awiqah mula mencebik.

"Iyer lah itu. Akak tengok berpegang bagai. Bukan kemain risau lagi budak itu tadi." Natasha cuba memancing adiknya lagi.

"Ish dia punya besar gajah kata dia budak. Rabun ke apa akak dengan abang ini." Awiqah protes dan berpeluk tubuh. Natasha dan Nabil hanya ketawa kecil melihat raut wajah adik mereka. Haziq hanya senyum kecil dan matanya tak lepas bertentang mata dengan Azy Heykal.

"Kau senyap sahaja kenapa?" Nabil bisik di telinga Haziq. Nabil yang baru sedar kawannya itu hanya membekukan diri. Haziq memandang wajah Awiqah yang masih murung dan di cuba pujuk oleh kakaknya. Dia senyum nipis.

"Kau cakap adik kau masih single?" Haziq mengerling wajah kawan baiknya itu.

"Ouh. Ini kes kau cemburu adik aku dengan Mamat itu?" Nabil memuncung mulutnya menunjukkan kearah Azy Heykal. Haziq jeling dan memandang wajah comel Awiqah. Hatinya tenang melihat wajah cantik Awiqah tapi senyuman dia tak lama apabila matanya beralih arah melihat Azy Heykal yang sembang mesra dengan seorang perempuan di hadapannya.

"Dah lama aku tunggu adik kau. Last-last dia beramah mesra dengan budak itu? Dengan aku langsung tidak di pandangnya." Haziq geram dan memandang wajah Awiqah semula. Nabil hanya menggeleng tahu sangat perangai kuat sentap. Baru tak layan kau bukannya palau kau lagi Haziq. Bersabar ok. Awiqah memandang abangnya yang berbisik dengan kawannya. Macam dia kenal.

"Er.. Ini siapa abang?" Awiqah senyum kepada kawan abangnya dan matanya beralih kepada abangnya semula.

"Laa. Kau tak ingat? Kawan abang Haziq anak dato' Ezman. Awiqah dengan muka terkejut plus muka terkejut ala kerbau memandang wajah Haziq tak percaya.

"Serius? Kenapa nampak lain? Haha. Sorry abang Ziq, Wiq tak perasan. Maklum lah jadi anak jati London sekejap. Hihi." Awiqah ketawa kecil. Haziq dengar kata-kata Awiqah terus senyum sampai ketelinga macam nak terkoyak pun ada.

"Eh. Patut lah Nana tak tegur aba.." Kata-kata Haziq berhenti seketika apabila dengar suara keras dari Awiqah.

"Wiq. Buka Nana!" Awiqah menunjukkan muka bengangnya. Haziq, Nabil dan Natasya terkejut sedikit dengan suara lantang dari Awiqah.

"Er. Sorry adik. Mungkin Haziq terlupa." Nabil menyiku perlahan lengan Haziq membuat Haziq mengangguk perlahan. Awiqah memandang wajah abangnya tajam.

"Tak ada mood nak borak. Wiq balik dulu." Awiqah segera bangun dan menuju kearah Azy Heykal yang sembang dengan kawannya. Azy Heykal yang terkejut dengan kehadiran Awiqah yang berdiri di tepi meja antara Hainina dan dirinya membuatkan dia tertanya-tanya.

"Kenapa ini Qatiespearl?" Awiqah yang malas dengan soalan Azy Heykal terus capai kunci kereta lelaki itu.

"Aku tunggu kau dalam kereta. 15 minit kau tak datang. Aku curi kereta kau." Azy Heykal hanya mengangguk perlahan. Awiqah bergerak keluar dari restoran tanpa memandang Nabil, Natasha dan Haziq pun.

Awiqah menunggu Azy Heykal dalam kereta sambil memejamkan matanya. Dia mendengar pintu kereta sebelah memandu ditutup dengan perlahan.

"Hantar aku dekat taman tadi. Kereta aku dekat sana." Awiqah langsung tidak membuka matanya dia perlukan ketenangan. Tanpa banyak cakap Azy Heykal hanya menurut kata-kata gadis kesayangannya itu. Di biarkan gadis itu berehat tidak mahu mengganggu gadis itu dengan moody hari ini.

Dalam perjalanan ke taman. Awiqah membuka matanya menghadap cermin tingkap. Dia hanya memerhati jalan, pokok, motor, kereta dengan anak matanya.

"Perlukah aku terus kan misi aku?" Tanpa Awiqah sedar. Azy Heykal mendengar soalan yang keluar dari mulutnya walaupun perlahan tetap boleh didengari oleh orang sekelilingnya. Azy Heykal mengerut dahi dia memandang Awiqah dengan anak matanya sahaja. Awiqah masih berkata perlahan dan semua persoalannya membuat Azy Heykal tertanya-tanya dengan soalan Awiqah.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now