-:BAB 34:-

82 0 0
                                    

Awiqah memandang Azy Heykal yang setia mendengar ceritanya. Azy Heykal termenung lama melihat langit gelap. Awiqah senyum kecil melihat Azy Heykal di sebelahnya.

"Saya minta maaf.. Kalau buat awak rasa bersalah.. Saya tak ada niat pun.. Tapi Bagus juga kalau awak rasa macam tu." Awiqah sengeh melihat wajah Azy Heykal memandang dia menyampah.

"Saya dah minta maafkan? Lagipun saya tak tahu uncle ada anak." Azy Heykal menjeling Awiqah geram.

"Kalau awak tak tahu.. Pakcik ada anak.. Apa salahnya awak tolong dia? Kalau awak tolong dia.. Ayah Afiq tak jadi mangsa.. Ex awak pun tak akan terlibat dalam kes bunuh pakcik.. Dan pakcik saya pun tak akan terlibat dalam kes pembunuhan dan dendam terhadap keluarga awak." Lembut sahaja Awiqah berkata.. Tapi pedih terasa dalam hatinya.

"Awak nak salahkan saya?" Azy Heykal menyoal.

"Kalau saya cakap ya? Awak akan rasa bersalah dan saya tak nak itu akan menjauhkan hubungan kita.. Lagipun pakcik dah terima hukuman mati." Jawab Awiqah lemah.

"Lagipun kita dah kahwin kan? Kita lupa lah kisah lalu. Sekarang.." Awiqah menyulam tangan kanan Azy Heykal dalam tangannya. Di pandang wajah suaminya.

"Kita kena fikir masa depan.. Tentang anak-anak kita.. Dugaan kita sepanjang menjadi suami isteri.. Dan.. Ketidakfahaman antara kita berdua. Itu mesti akan berlaku dalam rumahtangga kita kan?" Kata Awiqah sambil senyum manis kepada Azy Heykal. Azy Heykal senyum nakal.

"Anak eh?" Senyuman Awiqah mula mendung. Di pandang Azy Heykal atas bawah.

"Tumbuk nanti." Awiqah jeling geram. Tangan di lepas dari di pegang tangan Azy Heykal. Kakinya terus menuju ke pintu biliknya dan menghilangkan diri di sebalik pintu. Azy Heykal senyum dan matanya semula melihat langit gelap.

"Betul cakap awak, Ieza. Saya bahagia dengan dia.. Saya bahagia.. Saya bahagia, saya dapat terima kekurangan dia. Dan saya bahagia.. Saya dapat selamatkan dia dari pembunuh tu.. Saya cuma tak sangka.. Orang itu ialah pakcik dia. Saya janji.. Saya akan bahagiakan dia." Azy Heykal senyum. Matanya melihat Awiqah yang baru muncul di taman bunga ros, sambil di tolong kakak dan adiknya menghias pelamin.

Awiqah memandang atas. Dia nampak Azy Heykal senyum kepadanya. Dia membalas senyuman Azy Heykal. Matanya melihat Ziana dan Haezril yang tidak jauh darinya. Akhirnya.. Keluarga dia kembali seperti biasa. Dia senyum kepada Ziana dan begitu juga Ziana.

"Wiq!" Jeritan seseorang mengejutkan semua orang berada di kemah. Awiqah yang terkejut dengan ketibaan mereka bertiga. Berlari anak dia ke arah ketiga sahabatnya.

"Korang!" Awiqah berada dalam pelukan mereka.

"Rindunya..." Suara Anisya di tekannya.

"Aku pun rindu.. Hahaha.. Kau main cum cak dengan sepupu aku eh?" Awiqah mengangkat keningnya. Begitu juga dengan Aqila dan Anin.

"Wowowoo.. Aku tak boleh maafkan dia lagi eh." Anisya jeling manja sebelum di sengeh bibirnya.

"Alasan!" Kata Awiqah, Anin dan Aqila serentak sebelum mereka berempat ketawa besar. Rindunya dia pada zaman sekolah dahulu. Di mana mereka bertiga selalu berada di sampingnya. Sungguh dia rindu gelak ketawa kawan-kawannya.

"Assalamualaikum Nana." Suara seseorang yang sangat kenal oleh Awiqah. Awiqah memandang ke arah Hezry yang berada di sebelahnya. Matanya beralih melihat atas. Di mana biliknya berada. Azy Heykal sudah tiada di situ. Matanya memandang semula ke arah Hezry.

"Wa-waalaikumsalam Hez.." Awiqah senyum nipis.

"Seorang?" Tanya Awiqah lagi.

"Yes. Erm.. Selamat pengantin baru Na." Hezry memandang wajah Awiqah sayu.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now