-:BAB 5:-

144 1 0
                                    

Awiqah merenung lama bilik nya. 'Bilik aku dah berubah!!!!'. Katanya dalam hati. Awiqah berlari anak ke arah katil queen miliknya lompat-lompat atas katil tersebut. Warna dinding yang dulu warna kelabu kini merah cair. Langsir di pintu balkoni rumah warna maroon. Awiqah jalan ke arah pintu balkoni dan di buka perlahan. Awiqah tersenyum sendiri. Permandangan yang menarik minatnya ialah taman yang di hias oleh nya dari kecil ternyata di jaga dengan baik. Pokok bunga ros di penuhi sekeliling air pancut mini milik nya. Dan buaian yang dulu guna tayar kereta dan di gantikan dengan papan kayu yang di balut dengan kain warna merah jambu sampai meleret ke tanah. Pokok-pokok besar menutupi setiap ruang taman itu. Rumput yang di tanam oleh papa sekarang dan penuh mengelilingi taman tersebut.

Awiqah berlari keluar dari bilik. Makcik Esah dan pembantu yang lain memandang Awiqah sambil senyum. Dia menarik lengan anak makcik Esah, Ziana yang rapat dengan Awiqah dari kecil. Dia hanya mengikut pergerakan Awiqah dari belakang. Kami menurun tangga bersama walaupun tiga tingkat. Suara gelakan mereka bergema di ruang rumahnya sampai lah keluar rumah dan menuju ke taman kesayangan Awiqah. Kami terduduk di atas rumput.

"Lama tak jumpa kau Iyan". Ketawa kecil masih berbaki. Ziana mengambil nafas dan hanya mengangguk. Awiqah mula berdiri dan menuju di buaian tersebut. Ziana hanya memandang Awiqah sambil tersenyum. Awiqah menolak kaki nya depan dan belakang. Dia memejam mata lama sambil menghirup angin. Di buai laju untuk menenangkan diri. Ziana duduk di hadapan Awiqah hanya memerhati Awiqah dari tempat duduk tadi. Senyuman Ziana meleret. Dia tahu kawannya itu perlukan ketenangan.

"Kau betul-betul lain Nawa". Ziana berjalan anak ke arah Awiqah. Awiqah membuka matanya dan kakinya tak lepas di ayun. Dia memandang Ziana yang jalan kearahnya.

"Jangan panggil nama aku Nawa lagi Iyan". Walaupun perlahan suara milik Awiqah tapi kedengaran tegas di telinga Ziana. Ziana berhenti seketika kaki nya. Dia tunduk dan menggeleng sambil tersenyum lebar kakinya di mengorak langkah semula ke arah Awiqah.

"Kau tak jawab lagi soalan aku Wiq". Dia tahu kawannya itu tidak suka memanggil namanya Nawa selepas dia belajar di negara orang dia menukar nama panggilannya kepada Awiq atau Wiq.

"Maid aku jaga pemakanan aku. Itu yang aku nampak berlainan. Aku suka perubahan aku Iyan. Suka sangat". Awiqah senyum gembira. Dia tidak kisah orang memanggil dia gemuk sekali pun janji dia bahagia.

"Bagus lah. Kau tahu. Aku ingatkan mat salleh mana datang rumah ini. Rupanya engkau. Lawa kemain kau eh!". Ziana duduk di sebuah pokok yang bersebelahan dengan buaian yang di naik oleh Awiqah.

"Haha. Aku tahu sebab tengok wajah kau yang terkejut itupun aku tahu". Awiqah senyum memandang Ziana. Ziana membalas pandangan Awiqah. Awiqah mengayun laju buaiannya dan melompat. Ziana yang paham sangat perangai Awiqah hanya menggeleng.

"Tak ubah eh perangai kau Wiq". Ziana menghampiri Awiqah.

"Kau macam tak kenal aku Iyan". Awiqah cubit hidung Ziana setelah Ziana betul-betul berada di sisinya. Mereka duduk di tepi air pancut mini itu.

"Kalau kau nak tahu. Taman ini lah aku lepaskan rindu aku dekat kau. Aku lah yang jaga taman kau ini tau". Ziana mengangguk sendiri. Bangga dengan dirinya. Awiqah hanya ketawa kecil dia peluk leher gadis yang di hadapannya geram dengan kata-kata poyo gadis itu. Ketawa mereka mencetus. Sudah lama mereka tidak borak dan bermain sebegini.

'Hari ini memang bahagia dalam hidup aku. Seorang kawan yang tak pernah-pernah jemu dengan perangai aku. Nur Aziana binti Ahmad Zahid dan anak kepada Esah Jiha iaitu pembantu rumah aku yang sudah 23 tahun bersama keluarga aku. Walaupun Ziana tidak punya bapa dari kecil. Papa selalu bahasakan dirinya papa kepada Ziana. Ziana macam kakak kembar aku pula walaupun umur sama tapi hari jadinya lebih awal dari aku. Sebab itu aku paling rapat dengan Ziana'.








[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now