-:BAB 23:-

56 0 0
                                    

Awiqah menuju ke mejanya dengan perasaan sebak. Sebak dengan kata-katanya tadi. Dia sanggup tunggu Azy Heykal bertahun-tahun sekalipun. Asalkan Azy Heykal balik dengan janjinya. Tapi, dia dah janji dengan abang Ziq selepas dia balas dendam dekat Hezry. Dia akan bertunang dengan Haziq. Dia bukan seorang yang mungkir janji. Lagipun dia percaya, Haziq boleh bahagiakan dia. Sampai sanggup tunggunya bertahun-tahun. Orang macam itu kah dia patut mungkir janji?

Semasa Awiqah sibuk berbincang dengan hatinya. Tubuh Azy Heykal keluar dari bilik tanpa memandangnya langsung. Tanpa beritahu apa-apa pun kepadanya. Awiqah mengikut langkah Azy Heykal dengan anak matanya sehinggalah bayang Azy Heykal hilang dari pandangannya.

Awiqah senyum nipis sebelum di buka buku personalnya. Dia tulis sesuatu di surat last sekali sebelum di koyak dan dia capai satu sampul surat dalam beg tangannya dan masuk dalam bilik Azy Heykal tanpa mengetuk pintu, dia terus pulas tombol pintu. Kakinya di jalan sampai menuju ke meja Azy Heykal. Dia meletakkan sampul surat dan kertas yang di koyaknya tadi.

Awiqah senyum nipis sebelum matanya tertumpu satu frame di sebelah laptop. Awiqah terdiam sebelum di pejam matanya rapat.

"Sayonara Zybon." Awiqah senyum. Setitis air mata sebelah kiri mengalir di tubir matanya. Sedih apabila tinggal orang yang sayang.

"Maaf.. Aku tak tunggu kau balik.. Tapi.. Aku tak nak dengan aku masih kerja dengan kau.. Kita tak dapat lupa sama-sama sendiri." Awiqah melempar pandangan menghadap tingkap. Bukit yang jauh terasa dekat di depan mata.

"Zybon.. Dengar lah lagu ni.. Best.. Lagu ni masa kita umur 9 tahun" Awiqah meletakkan mp4 dan earphone khas dan letak di atas kertas yang di koyaknya.













"Aku.. Aku minta maaf Zykal. Aku tak dapat tolong kau. Aku lebih sayangkan nyawa Wiq." Haezril bangun dari kerusi dan terus keluar dari cafe yang dia berjumpa dengan Azy Heykal, Azie Hafief dan Zackry.

"Zykal.. Aku tahu kau sayangkan Wiq. Tapi.. Kami pun sayangkan dia.. Aku suka kau orang berdua.. Tapi hubungan kau orang di halang di sebabkan pembunuh itu.. Aku tak nak kehilangan kawan baik aku." Zackry pula sambung selepas Haezril menghilangkan diri. Azy Heykal hanya diam. Dia angguk faham. Azie simpati dengan abangnya.

"Zykal.. Boleh aku tanya sesuatu?"

"Tanya lah.."

"Kau nak pergi mana sebenarnya ni? Sampai suruh Wiq tunggu kau.. Macam jauh pula kau menghilang." Zackry mengucai sudu di dalam cawan kopinya.

"Tempat tu tak jauh.. Tapi masa yang lama untuk aku kembali semula di hadapan Nawina Awiqah." Azy Heykal berkata perlahan sambil senyum di sebalik tundukkannya.

"Tempat apa ni?" Zackry berhenti dari terus mengacau sudunya. Azy Heykal memberitahu kesemua kepada Zackry. Zackry terkejut sambil di pandang Azie Hafief untuk kepastian. Selepas Azie mengangguk lemah. Zackry turut lemah memandang wajah tenang Azy Heykal.










Azy Heykal masuk dalam pejabatnya. Matanya terarah di meja Awiqah. Tiada. Barang gadis itu pun tak ada di atas meja. Azy Heykal memanggil nama kak Ain. Dengan tergesa-gesa Ain berlari menuju ke meja Awiqah di mana Azy Heykal berdiri.

"Mana Wiq?" Azy Heykal menanya setelah Ain betul-betul berdiri di hadapannya sambil dia membelek jam di tangannya. Bukan waktu lunch lagi. Baru pukul 9 pagi.

"Wiq. Keluar dari pejabat dengan semua barangnya. Saya pun tak sempat nak tanya dia bos. Maaf bos." Kecut perut Ain setelah suara Azy Lantang walaupun perlahan. Azy Heykal mengetap bibir. Di pandang meja Awiqah yang sudah kosong.

"Pergi buat kerja. Terima kasih." Azy Heykal masuk dalam biliknya semula. Azy Heykal duduk di kerusi kerjanya sambil di sandar lemah badannya di kerusi. Dia mengurut dahinya yang terasa pening sedikit. Mata Azy Heykal terbuka setelah dia baru perasan sesuatu. Azy Heykal capai mp4 kertas yang susun kemas di hadapannya.

"Mp4?" Tanpa tunggu. Azy Heykal memakai earphone di telinganya dan buka suis. Terus keluar  video.

"Eleh dah la tinggai aku.. Lepas itu tinggai lagu ni.." Azy Heykal menggeleng sambil di layan lagu itu. Azy Heykal senyum. Mp4 dia letak di atas ribanya. Tangannya pula capai satu surat yang di koyak di tepi. Azy Heykal buka lipatan itu. Senyum yang tadi mula mengendur. Dengan lagu di pasang di telinganya.

Kepada Zybon,

     Terima kasih beri aku kerja dengan kau.. Walaupun hanya sebulan lebih.. Aku bahagia sangat.. Zybon, terima kasih hadir dalam hidup aku. Dan terima kasih juga selalu ada di samping aku. Terima kasih jaga aku demam hari itu. Aku tak tahu balas dengan apa. Moga kau terima, Terima kasih aku ni. Kalau tak ada kau, mesti kita tak terlibat dalam rancangan sendiri kan? Aku pergi ni bukan aku nak jauh dengan kau. Tapi.. Aku pergi.. Sebab aku sayangkan kau.. Lagipun aku takut.. Selagi aku dengan kau.. Aku tak dapat lupa kau. Maaf apabila aku pergi tanpa tunggu keputusan kau.. Aku sudah tinggal surat berhenti kerja. Assalamualaikum bos...

Azy Heykal capai pula surat berhenti kerja yang di dalam sampul surat. Dia hanya baca sekilas. Di letak semula surat itu di atas meja kerjanya. Dia mengambil nafas panjang. Azy Heykal senyum sambil matanya di tutup.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now