"Cantik bakal menantu mak Azie, Zykal." Puan Sri Safiya Aina sedang senyum kepada kedua anaknya di hadapannya.
"Memanglah cantik... Tengoklah siapa pilih." Azy Heykal kenyit mata kepada Awiqah. Awiqah yang melihat Azy Heykal... Menjeling geram dengan Azy Heykal. Apa yang dia tidak puas hati.. Apabila dia masuk dalam rumah Azy Heykal, wajah musuhnya juga yang di pandangnya dulu. Kenapa Hezry pun ada sekali!
"Itu lah... Pandai abang pilih... Cantik dari AWEKs abang yang sebelum ni." Sengaja Azima tekan perkataan awek dengan kuat. Azima Hanani jeling menyampah abangnya. Azy Heykal yang mendengar suara adik bongsunya itu terus di juling matanya ke atas.
Hezry yang sudah panas punggung melihat wajah Awiqah yang dah mula merah dengan pujian keluarga Azy Heykal. Lagi panas hatinya apabila Zackry pun datang sekali dengan Awiqah. Bila di tanya... Jawapannya senang sahaja.
"Aku datang dengan Azie... Tak tahu pula kena naik kereta Wiq. Jangan marah ha?"
Sempat lagi Zackry mengusiknya. Di pandang lama wajah Haezril yang pandangnya geram. Ini pun seorang. Kaitan apa Haezril dengan Wiq? Bukan dia sepupu Nana? Pelik bin ajaib. Satu lagi kerja dia perlu tahu...
"Hez, Zack... Jom pergi kolam ikan kejap.. Ada benda aku perlu bincang dengan kau orang.." Azy Heykal dah mula bangun dari sofa. Kakinya melangkah keluar dari rumah. Zackry dan Hezry pun turut melangkah keluar ikut langkah Azy Heykal.
"Aezz... Borak lah dengan kawan kamu itu.. Mak, Zey dengan bakal menantu mak masuk dapur nak masak untuk tengahari ni tahu." Puan Sri Safiya Aina dan kedua anak dara ikut Puan Sri Safiya Aina masuk dapur.. Awiqah yang terakhir di belakang berhenti seketika sebelum memandang dua lelaki di sofa yang pandangnya tanpa riak. Awiqah separuh berbisik kepada dua lelaki itu...
"Hezry buat apa dekat sini?" Matanya lebih tertumpu kepada Azie Hafief.
"Mana lah aku tahu... Ini kan plan abang aku, dia tak beritahu kau ka?" Azie turut berbisik seperti Awiqah.
"Dia ada rancang benda lain ni... Tak pasal-pasal aku terjebak dengan rancangan bodoh dia.. Jadi kakak ipar kau pula itu... Eee stress!" Nada suaranya masih sama. Awiqah mengusut rambut panjangnya sedikit sambil kakinya di langkah menuju ke dapur.
Azie dan Haezril berpandangan sebelum mereka serentak mengangkat bahu.. Sekarang mata mereka tumpu pula ke satu tingkap yang boleh nampak ketiga jejaka di luar sedang rancak berborak.. Sekali, mereka berdua ada nampak bibir Azy Heykal senyum dalam diam. Mungkin baru lepas tengok wajah bengang Awiqah.
"Apa tujuan sebenar kau ni, Zykal?" Zackry mula menanya selepas mereka borak pasal business.
"tujuan apa?"Azy Heykal mula sengeh sebelum matanya beralih ke kolam ikan.
"Kalau kau nak kenalkan Wiq dengan mak dan abah kau... Kenapa perlu 'heret' kami sekali? Pasal kerja kita sembang dekat office aku pun boleh kan?" Ada nada cemburu di sebalik kata-katanya. Azy Heykal senyum sinis dalam diam. Dia pandang wajah Hezry tanpa riak.
"Sengaja nak buat kau cemburu.. Eleh macam lah kau tak pernah buat macam itu dekat aku." Jeling Azy Heykal geram. Kini dia nak balas dendam balik!
"Ceh.. Kisah lama janganlah kau ungkit. Parah nanti." Bela Zackry kepada sepupunya yang sudah mencebik bibir.
"Aku nak tanya lagi.." Nada suara Hezry serius.
"Apa?" Serentak Azy Heykal dan Zackry bersuara.
"Kenapa Haezril ada sekali? Dia ada kena mengena apa dengan kau atau adik kau?" Zackry sudah diam. Di pandang wajah Azy Heykal yang masih tenang mendengar soalan Hezry. Jangan kau salah cakap sudah Zykal oii.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...