"Aku minta maaf abang.. Aku tak tahu benda ni akan berlaku." Azie yang berdiri di sebelah Azy Heykal yang memimpin lengan adiknya.
"Bukan salah kau. Kau pun tak tahu apa yang pembunuh tu fikirkan." Azy Heykal membawa adiknya di tempat duduk belakang.
"Macam mana kalau masa kita sampai nanti, pembunuh tu tak muncul?" Azie masih tidak lepaskan tangan Azy Heykal walaupun dia sudah duduk. Dia rasa tak sedap hati untuk pergi ke sana.
"Kita ikut sahaja rentak dia dulu Aezz." Azy Heykal senyum nipis dan tutup pintu perlahan. Dia melangkah semula ke kereta Zackry, Haezril dan Nazif.
"Haezril. Aku nak tengok kertas tu." Azy Heykal berdiri di sebelah Zackry meminta kertas yang sentiasa bawa oleh Haezril.
"Nah. Kau boleh bau eh? Tahu-tahu sahaja aku bawa ni." Haezril menunjukkan kertas itu kepada Azy Heykal. Azy Heykal senyum nipis.
"Can? Kau siapa sebenarnya ni? Can? Can? Can?" Azy Heykal menyebut nama itu berulang kali sambil tangannya memetik jari. Cuba mengingat sesuatu. Tapi malangnya, dia tak dapat ingat apa-apa.
"Can bukan maksud boleh ke?" Nazif sengaja jadi lembab. Haezril menyepak perlahan betih Nazif.
"Aku gurau saja lah." Nazif menggeleng dan terus masuk dalam kereta.
"Kau abaikan abang kau tu.. Dia kan tak suka hal-hal serius sangat." Zackry menggeleng. Kenal benar perangai kawannya itu. Haezril hanya mengangguk sambil matanya sesekali mengerling abangnya yang masih tersengih seorang diri.
"Sekarang macam mana?" Haezril kembali seriuskan situasi tadi.
"Kita pergi zoo dulu. Nanti baru kita fikir lain." Azy Heykal terus tinggalkan Zackry dan Haezril. Dia terus masuk tempat pemandu dan membuka enjin kereta. Bagitu juga kereta Zackry. Mereka terus meninggalkan tempat Balai polis.
Hezry yang baru muncul dalam biliknya terus menuju di meja kerjanya. Katilnya yang masih berselerak dengan pakaiannya tidak di pedulinya. Dia membuka laptop dan televisyen khas dalam biliknya. Matanya kembali fokus hal kerjanya. Kertas-kertas yang susun dalam fail di keluarkannya.
Sedang dia sibuk membelek kertas-kertas itu dia terhenti setelah nama seseorang masuk dalam telinganya. Jantungnya terus mengepam laju darahnya. Matanya meliar gambar yang di papar dalam televisyen. Gambar yang sangat dia kenal. Wajah seorang gadis yang baru beberapa hari tidak jumpa dan.. Nama yang dia rindu itu jelas dan sebiji seperti nama yang selalu dia sebut sebelum ni.
NANA? NAWINA AWIQAH? CU-CULIK?
"Tak.. Tak mungkin ini dia?"
"Selama ni.. Selama ni gadis yang aku cari.. Rupa-rupanya ada depan mata aku? Ini bermakna.. Wiq tu.. Ialah Nana?" Hezry masih fokus di wajah Awiqah yang masih di siaran berita.
Encik Azy Heykal sudah di bebaskan. Dan kami berjaya merakam ketiga sahabat Encik Azy Heykal. Kami tak sempat dapat bertemu dengan Encik Azy Heykal. Kami akan cuba hubungi Encik Azy Heykal.
Hezry berkerut dahinya.
"Zykal dah keluar penjara? Kejap.. Ni bermaksud.. Nana memang kekasih Zykal selama ni?" Matanya meliar di kaca TV.
"Aezz.. Off kan hp.. Wartawan sedang hubungi.. Beritahu yang lain. Dan kalau boleh beritahu dekat Zack. Suruh dia call Ziana off semua telefon dalam rumah Datuk Azrhon. Aku takut. Dengan cara ni.. Pembunuh tu akan guna cara lain." Matanya masih di jalan raya. Sambil memberi iPhone8 kepada adiknya. Azie hanya mengangguk faham.
"Haezril.. Nanti kau beritahu Ziana suruh dia off semua talian telefon dekat rumah tu termasuk lah telefon bimbit juga, sebab sekarang wartawan sedang hubungi kita. Takut nanti mereka pergi jumpa mama papa Nana."
"Ok. Aku call dia sekarang."
"Kau orang pun off hp sekali."
"Erm."
Terus panggilan antara Haezril dan Azie putus.
"Dah beritahu." Azie melempar jauh-jauh hpnya di sebelah tempat duduk kosong dan dia memeluk tubuh. Azy Heykal yang perasan perangai adiknya. Berkerut dahi seribu.
"Kau dah kenapa?" Azy Heykal kembali fokus jalan raya.
"Haezril.. Celaka dia. Mentang-mentang lah sebut nama awek dia. Terus putuskan panggilan." Azie menjeling abangnya di cermin hadapan.
'Amboi kau.. Marah nampak. Memang lah Haezril putuskan panggilan kau. Dia kan sayang kekasih dia tu. Kau tak perasan eh. Asyik nak berkepit sahaja dengan Nana sebab nak korek rahsia Ziana.' Hati Azie bermonolog. Azie menjuling matanya ke atas apabila mendengar kata-kata hatinya.
"Dah awek dia. Mestilah dia sanggup putuskan panggilan kau. Kau bukan penting pun dalam hidup Haezril." Azy Heykal menggeleng kepala dengan senyumannya di bibir. Lawak pula adiknya ini. Gay ka apa sampai nak merajuk macam tu. Azy Heykal menggeleng kepalanya banyak kali.
"Aku pelik.. Apa yang Best sangat sampai pembantu rumah pun nak." Azie berkerut dahinya memandang tingkap luar.
"Kau tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tu. Kau tak tahu Ziana tu lah yang paling rapat dengan keluarga Wiq. Dan Ziana tu lah penasihat Wiq apabila sedang marah. Dan Ziana tu lah Wiq paling sayang. Walaupun Ziana sedar dia anak pembantu.. Tapi papa Wiq anggap Ziana tu anaknya sendiri. Kalau kau nak tahu lebih lanjut. Ciri-ciri Ziana semua ada pada Wiq yang dulu. Betul kan? Aku tak tahu perangai Nana yang kau panggil sebelum ni sebab aku hanya tahu perangai Wiq yang sekarang ni."
"Sebab itu kalau mereka rindukan Wiq yang dulu. Mereka suka lihat perangai Ziana. Perangai mereka tak ada kurang sedikit. Sebab itu aku cakap dekat kau. Walaupun Ziana anak pembantu.. Tapi perangai Ziana lah yang membuatkan mereka anggap Ziana itu ahli keluarga sendiri. Apabila Awiqah tiada mood. Semua orang akan gunakan Ziana untuk menjadi peneman. Kecuali Haezril sahaja yang tidak guna Ziana, sebab dia dah masak dengan perangai baharu Wiq."
"Sebab itu tak hairan lah kenapa Haezril boleh suka dekat Ziana." Azy Heykal senyum kepada adiknya.
"Aku tak rasa Haezril tu suka Ziana sebab perangai Ziana sama dengan Nana."
"Itu kau kena tanya Haezril sendiri. Setiap lelaki suka ada sebabnya. Mungkin Ziana tu ada ciri-ciri gadis idaman dia sebelum ini. Mana kita tahu kan?" Sekali lagi Azy Heykal senyum kepada adiknya. Dia pun tidak tahu sebab apa Azie tidak punyai peneman. Alasannya tunggu Azy Heykal kahwin dulu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Krótkie OpowiadaniaSeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...