-:BAB 28:-

67 0 0
                                    

Awiqah yang berada dalam gelap menakutkan dirinya. Dia melihat sekeliling di ruang kawasan berdekatan dengannya. Seperti dia berada dalam rumah besar. Tapi dia tidak jelas dia di mana sekarang ni. Apa yang dia yakin, dia berada di ruang tamu.

Dia cuba melepaskan dirinya dari di ikat dekat kerusi. Seseorang membuka pintu, cahaya luar menerangi ruang rumah itu. Awiqah terpejam matanya setelah cahaya itu menerang ruang sekitarnya. Dia cuba membuka matanya perlahan, dua orang sedang berjalan ke arahnya.

"Tutup pintu. Buka lampu." Arah seorang perempuan. Pintu yang tadi di tutup dan lampu di pasang. Terang.

Awiqah melihat kawasan ruang tamu itu. Dia seperti pernah datang ke sini. Matanya pula melihat dua orang tadi dan beberapa orang di belakang mereka. Alangkah terkejutnya Awiqah apabila dia melihat seorang perempuan yang sangat dia kenal dan begitu juga lelaki yang dia anggap seperti abangnya. Matanya ingin mengalir. Apa semua ni?

"Bangun juga kau eh, Wiq. Sekarang kau dah jumpa kekasih hati kau kan? Pergi buat kerja sana. Jangan risau.. Selagi kau tak bereskan kerja kau.. Dia tak akan aku apa-apa kan." Seorang perempuan mengarah lelaki di sebelahnya.

"Wiq.. Tunggu tahu.. Nanti abang datang bawa Wiq balik erm?" Haziq senyum manis kepada Awiqah yang sudah mengalir air matanya. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali. Katakan ini semua mimpi.

"Shhh... Jangan nangis sayang.. Abang ada.." Haziq memeluk kepala Awiqah sambil di tepuk perlahan. Awiqah semakin galak menangis. Dia tak tahu kenapa dia menangis. Dia tak percaya Haziq yang buat kerja ni selama ni?

"Dah-dah, jangan kau nak berdrama sangat. Dia kita beres lain. Mereka sedang tunggu kita." Ain yang di belakang Haziq senyum sinis kepada Awiqah.

"Sayang duduk sini baik-baik tahu.. Nanti abang balik kita makan sama-sama erm? Abang pergi dulu. Tunggu abang sekejap ja. Abang nak jumpa... Azy Heykal." Haziq senyum sinis sambil di usap air mata Awiqah.

"Jom. Kau orang jaga dia elok-elok.. Selagi kami tak balik jangan siapa-siapa keluar dari sini. Ingat.." Sambungan seterusnya Ain menyambung.

"Keluarga kau orang yang akan jadi mangsa." Ain dan Haziq terus keluar dari rumah. Awiqah masih lagi menangis. Sungguh.. Sungguh dia tak sangka.. Ora-orang yang dia percaya selama ni. Orang yang dia rapat selama ni.

"Zybon.. Tolong aku.." Awiqah berkata perlahan sambil air matanya mengalir. Walaupun mulutnya di tutup dengan kain. Biarlah dia seorang yang faham.











Azy Heykal dan empat penemannya berada di luar zoo. Dengan keadaan Azie yang kakinya masih cedera, mereka mengambil keputusan menunggu mesej pembunuh itu seterusnya.

"Betulkah dia akan datang?" Haezril mula tidak sabar menunggu. Matanya asyik meliar ke arah sana dan sini. Tiada tanda-tanda siapa yang datang. Zoo ini pun macam sengaja di tutup.

"Tu.. Kenapa tetiba ramai yang datang?" Nazif menunjukkan hujung dengan ibu jarinya. Sekumpulan manusia berjalan ke arah mereka.

"Apa yang berlaku ni?" Zackry pula hairan. Ada beberapa pelajar dan kanak-kanak yang datang bersama ibubapa mereka. Berseronok sakan menyembang. Sedikit sahaja lagi mereka hendak sampai ke arah kereta Azy Heykal dan kereta Zackry. Satu tembakan lepas di atas udara.

Bang.

Sekumpulan itu terus melarikan diri. Azy Heykal, Zackry, Haezril, Azie dan Nazif melihat di mana arah bunyi itu. Pelajar perempuan berlari ke arah mereka sambil di pegang pisau dan pelajar lelaki memegang pistol. Mereka terkejut dengan situasi ini. Satu lagi tembakan di udara.

Bang.

Sekumpulan itu berhenti. Ada antara mereka yang mengalirkan air mata. Ada yang menggenggam pisau dan pistol takut. Bergetar tangan mereka.

"Bagus.. Kerja yang baik." Seseorang yang baru keluar dari belakang pokok besar. Wajahnya di tutup dengan topeng muka poker dan seorang lagi pakai topi dan mask.

"Bertemu juga kita kan? Encik Azy Heykal?" Suara seorang gadis menegurnya. Rasanya yang pakai mask.

"Sudah 10 tahun kita main permainan begini kan Encik Zykal?" Seorang pakai topeng muka pula bersuara.

"Apa yang kau orang nak? Lepaskan pelajar-pelajar ni." Azie keluar dari kereta.

"Wah-wah. Encik Azie Hafief.. Masih boleh berdiri nampaknya. Kejap? Lepaskan budak-budak ni? Maaflah Encik-Encik sekalian. Budak-budak ni perlukan duit. Jadi.. Kerja mereka dengar arahan kami." Seorang gadis berkata sambil bermain dengan pistol.

"Mana Wiq?" Haezril pula bersuara. Kisah pula dia budak itu mangsa ke tak. Dia hanya risaukan sepupunya.

"Ouh lupa pula.. Cik Nana kan?" Gadis itu meletak pistol di kepala lelaki pakai topeng muka.

"Sabar dulu.. Encik Haezril.. Tak seronok lah kita bercakap pasal Nawina Awiqah kan? Apa kata kita borak-borak kosong dulu? Betul tak Encik Azy Heykal?" Lelaki pakai topeng itu pula bersuara. Gadis di sebelahnya ketawa kecil.

"Aku tak ada masa untuk bersembang dengan kau lah." Azy Heykal membantah.

"Ok kalau begitu.." Gadis itu menepuk tangannya dua kali. Beberapa sekumpulan lelaki yang berpakaian ke semua datang ke arah belakang pelajar-pelajar dan meletakkan pistol di kepala sekumpulan lelaki dan pisau di leher sekumpulan perempuan. Ada beberapa yang sedang menangis.

"Le-lepaskan dia orang!" Azie menghalang.

"Kami boleh lepaskan.. Tapi.. Kita borak-borak dulu macam mana?" Lelaki membuka topengnya perlahan. Tapi dia sudah memakai mask di wajahnya.

"Siapa kau orang ini sebenarnya?" Azy Heykal berkata perlahan.

"Ok.." Azie tak teragak-agak menjawab.

"Dan kita main satu permainan nak?" Haezril pula menambah. Zackry, Azie, Nazif dan Azy Heykal mengalih mata melihat Haezril.

"Apa yang kau buat ni, Aez?" Nazif menarik lengan kanan Haezril. Haezril tidak pedulikan pertanyaan abangnya. Matanya hanya fokus kepada dua orang yang jauh dari mereka.

"Baiklah. Kalau itu yang Encik Haezril nak. Kami memang suka dengan permainan." Gadis itu ketawa. Haezril senyum sinis.

"Permainan ha? Ok juga. Permainan macm mana ya Encik Haezril?" Lelaki itu memandang tepat wajah Haezril.

'Heh.. Kau guna cara ni eh Haezril.' Haziq senyum di sebalik masknya.

"Truth or dare." Nazif menyampuk. Semua mata alih kepada Nazif yang sedang senyum.

"Hahaha. Aku tak salah dengar ka?" Ain ketawa. Haziq hanya senyum. Haezril senyum dan mengangguk.

"Ok. Kita akan main permainan ni." Haziq bersuara. Ketawa Ain mengendur. Apa kejadahnya lelaki ini.

"Good. Kau orang nak ikut sekali?" Haezril tersenyum kepada Zackry, Azy Heykal dan Azie.

"Baik kau orang jangan ikut. Biar kami berdua sahaja." Nazif mula berjalan ke depan. Haezril mengangguk dan ikut langkah abangnya. Haziq turut berjalan ke depan. Ain yang masih tak tahu apa-apa hanya ikut langkah Haziq.

'Orang yang tahu ini sahaja yang akan bercakap terbalik. Dan orang itu semestinya memang kenal dengan keluarga Awiqah. Orang yang rapat dengan Awiqah. Lelaki itu atau perempuan itu yang akan cakap benar.. Bermakna dia hanya pengikut pembunuh siri itu.' Haezril berkata dalam hati. Matanya memandang langkah dua orang misteri.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now