Awiqah parking kereta di satu rumah besar. Awiqah buka pintu keretanya di letakkan lengannya di pintu kereta sambil meneliti setiap hiasan rumah itu dan dia mula menutup pintu kereta perlahan.
Awiqah berjalan sampai di depan pintu pagar rumah. Di lihat dua kereta yang di parking di halaman luar rumah itu. Awiqah melihat tiang di sebelah kiri dia menuju ke arah tiang tersebut dan menekan sekali punat loceng. Di renung sekeliling rumah itu.
"Tak ada orang kah?" Awiqah mengerut sedikit dahinya. Di tekan banyak kali punat loceng itu sampailah seorang wanita muda yang berpakaian apron di badannya sambil berlari anak ke pintu pagar.
"Ya buk ada apa sih. Jangan di tekan banyak kali dong loceng itu. Nanti nyonya marah. Lagi lagian tuan muda buk." Kata Minah Indon sambil sesekali melihat di dalam rumah. Awiqah yang memerhati wanita Indon di hadapannya hanya tersenyum kecil.
"Err maaf cik. Boleh saya tahu betulkah ini rumah cik Hainina?" Awiqah menunjukkan gambar gadis yang di sebutnya kepada wanita muda itu.
"Ouh betullah ini buk. Mau saya panggiin buk Hainina?" Awiqah tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
"Kejap ya buk. Bentar buk Hainina keluar." Wanita itu terus masuk dalam rumahnya. Awiqah menuju keretanya sambil memeluk tubuh. Di duduk di hadapan bonet kereta sambil memandang rumah itu. Dalam beberapa minit pintu pagar kecil terbuka dan seorang gadis yang berdiri di hadapan pintu pagar kecil sambil memandang Awiqah pelik.
"Ada apa nak jumpa saya?" Awiqah tersenyum kecil. Di pandang gadis itu atas dan bawah.
"Saya Nawina Awiqah. Rasanya cik pernah dengar nama saya dan cik kenal siapa saya kan?" Awiqah membuka cermin mata gelapnya dan di letak di atas kepala. Anak matanya sudah di letak kanta berwarna kelabu.
"Kejap. Awak bukan kawan Azy Heykal?" Awiqah mengangguk perlahan sambil di hulurkan tangan untuk bersalam. Gadis itu menyambut tangan Awiqah.
"Susah benar nak cari rumah cik." Awiqah melangkah setapak ke hadapan sambil memegang bahu Hainina.
Hainina merenungnya pelik dan menurunkan tangan Awiqah dari menyinggah di bahunya.
"Jangan risau cik Hainina. Saya cuma nak beritahu fasal ini sahaja." Awiqah menunjukkan video di depan Hainina. Wajahnya menunjukkan dia terkejut dengan rakaman video di depannya kini. Di cuba rampas dari tangan Awiqah tapi di halang.
"Maaf lah cik Hainina. Saya rasa cik boleh tolong saya satu perkara." Awiqah memeluk tubuh sambil tersenyum sinis kepada gadis yang berdiri di hadapannya.
"Apa?" Jawabnya takut.
"Beritahu kepada Hezry yang cik tak mahu masuk campur selagi Nana tidak muncul di hadapan Hezry dan membuktikan Nana betul-betul sudah kembali." Awiqah pusingkan badannya menghadap ke keretanya. Hainina memandang Awiqah pelik.
"Awak ini siapa sebenarnya?" Awiqah ketawa sinis kepada soalan Hainina. Dia membuka pintu kereta penumpang dan ambil kotak yang sudah di balut kemas olehnya.
"Siapa saya cik tak perlu tahu. Ini.." Kotak sebesar tapak tangan di hulur kepada Hainina. Hainina teragak-agak ambil kotak itu di tangan Awiqah.
"Jangan risau. Ini bukan bom dan ini bukan senjata berbahaya tapi hadiah khas untuk Hezry Zakwan. Boleh sampaikan hadiah ini kepada Encik Hezry?" Hainina mengambil juga di tangan Awiqah dan mengangguk laju.
"Dan jangan sebut nama saya ataupun Nana. Encik Hezry boleh cam tulisan di kad itu. Sekiranya saya dengar cik sebut nama saya ataupun Nana. Ingat video ini boleh bawa cik dalam pergaduhan terbesar dengan cik Shazana." Awiqah tersenyum gembira, di pandang wajah takut Hainina.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Historia CortaSeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...