"Abang!" Awiqah menjerit memanggil abangnya, Nabil.
"Ish.. Kau ni kenapa? Bising lah." Nabil menjeling adiknya.
"Kau tak nampak ka Azif tengah tidur?" Awiqah menepuk perlahan Azif yang berada di sofa bersebelahan dengannya.
"Dah tu?" Nabil menjeling.
"Ish.. Perlahan lah suara tu." Awiqah kata perlahan tapi sedikit keras.
"Bawa lah Azif tidur dalam bilik." Nabil menghalau. Awiqah yang bengang dengan abangnya, mengangkat juga tubuh kecil Azif supaya tidak terjaga dari tidur. Di bawa Azif Hakiem masuk biliknya. Apabila tiba dalam biliknya, Narisha Ayien pula terjaga dari tidurnya. Sebabnya? Sebabnya Azy Heykal menganggu ketenteraman tidur Ayien.
"Bie! Awat buat lagu tu? Penat lah saya.." Awiqah menuju ke arah katil khas untuk anaknya Azif.
"Alaa. Nak ajak Ayien main. Dia keja tidur sahaja. Bie bosan lah.. Sayang jaga anak.. Bie nak main dengan siapa?" Azy Heykal memuncung mulut melihat katilnya.
"Ish. Pergi kerja tak nak.. Keja nak kacau Ayien saja. Budak tu baru nak lelap mata dia, bie dah kacau. Macam mana dia tak keja tidur?" Awiqah menepuk badan Azif perlahan.
"Ayien.. Oii." Panggil Azy Heykal kepada anaknya yang sambung semula tidurnya.
"Apa papa ni.. Gagu je lah. Gi lah tido cana." Halau Ayien yang berusia tiga tahun.
"Main lah dengan papa.. Papa bosan ni." Awiqah sudah menggeleng kepala. Ayien menggeleng kepalanya.
"Ayien nak tido.. Nati lah pa.. Bagi Ayien ima mini." Ayien mula tidur semula.
"Dah lah bie.. Kesian budak tu.. Jom teman sayang masak nak?" Awiqah berada di sisi suaminya. Azy Heykal mengangkat keningnya.
"Jom." Perlahan sahaja suaranya. Awiqah senyum. Macam-macam suaminya ini.
Awiqah dan Azy Heykal turun bawah. Mata Azy Heykal melihat susuk tubuh seseorang.
"Eh! Abang? Buat apa dekat sini?" Azy Heykal duduk di sofa panjang. Awiqah hanya berjalan terus menuju ke dapur. Malas nak bersambung borak dengan abangnya itu.
"Sayang? Kenapa tak beritahu yang abang datang?" Azy Heykal melihat tubuh isterinya pergi tanpa menjawab soalannya.
"Kenapa tu?" Azy Heykal bertanya kepada Nabil. Kalau Awiqah tidak menjawab soalannya itu. Mesti baru bergaduh dengan Nabil.
"Biasalah.. Bergaduh adik-beradik." Jawab Nabil sambil matanya di kaca TV. Azy Heykal hanya mengangguk kepalanya.
"Abang datang ni mesti ada sebabkan?" Awiqah yang baru datang dari dapur membawa dulang minuman. Marah-marah dia pun.. Dia masih ingat, itu abangnya.
"Biasalah.. Macam kau tak tahu aku.. Aku kempunan nasi tomato. Kau tolong buat boleh?" Nabil memegang perutnya.
"Isteri abang mana? Abang jangan cakap.. Abang gaduh lagi dengan kak Ira." Nabil memandang kaca TV. Angguk tak.. Ngeleng pun tak.. Ini maksud.. Ya lah tu..
"Dah kau tahu tanya lagi.." Nabil menjeling televisyen dan matanya memandang tingkap di sebelah TV.
"Apa pula kali ni?" Azy Heykal menyoal setelah melihat wajah isterinya yang mencaci Nabil dalam hati. Tahu sangat perangai isterinya itu.. Kalau renung macam tu.. Tengah mencaci lah tu.
"Entah.. Aku tak faham dia. Apa yang dia nak.. Aku bagi.. Kalau gaduh.. Dia ungkit semua sebelum dan selepas kami kahwin." Nabil menggenggam penumbuknya.
"Abang tanya lah kak Ira elok-elok." Azy Heykal memandang isterinya. Dia tak tahu sangat pasal rumahtangga orang ni. Rumahtangga dia tak jadi lagi macam ni.. Isterinya baik. Haha. Awiqah yang faham pandangan mata suaminya terhadapnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...