Awiqah berada di balkoni sedang melihat kemah pelamin di taman bunga rosnya. Esok majlis perkahwinan mereka berempat. Awiqah melihat tangannya yang penuh dengan inai yang di hias oleh Nalili tadi. Awiqah termenung lama melihat langit gelap. Dia teringat cerita Haezril dan Ziana selepas kejadian pakciknya.
::::
Mereka sudah tiba di rumah Awiqah. Ziana keluar dahulu dari yang lain. Dia menuju ke arah kereta Azy Heykal. Nazif yang nampak ketibaan Ziana mula menyoal gadis itu.
"Iyan, awak dah tahu siapa pembunuh tu kan?" Ziana senyum manis kepada Nazif.
"Tahu. Saya hantar text ni dalam hp awak semua. Saya takut pembunuh tu ada berdekatan dengan kita." Ziana menghantar text yang sudah dia rangka dalam kereta tadi.
Ting. Ting. Ting. Ting.
Semua yang berada di situ memandang hp masing-masing. Pelik juga mereka. Macam mana Ziana boleh tahu nombor Azy Heykal dan Azie juga.
Dia tahu saya dah dapat nombor dia dan lokasi dia. Tapi dia minta saya diam, kalau tidak dia sanggup bunuh Wiq kalau dia terdesak. Dia nak tengok Azy Heykal terseksa dahulu sebelum dia benar-benar hantar semula Wiq kepada kita.. Tapi saya tak sanggup biarkan Wiq terus dalam seksaan dia.. Pada mulanya saya tak percaya. Tapi bila di fikir semula.. Apa yang Wiq pernah ceritakan kepada saya dulu.. Saya terpaksa report polis tentang lokasi pembunuh tu. Saya minta maaf kalau saya cakap ni melukakan hati Haezril, Nazif, Nalili dan Nazrin.. Tapi saya nampak dengan mata saya sendiri pembunuh tu. Saya minta.. Awak semua percaya saya. Dia ialah Haziq dan Exzhel.
Semua mata memandang Ziana tidak percaya. Mereka tak buta hurufkan baca nama yang jelas di tulis oleh Ziana. Zackry baru perasan sesuatu..
"Kalau fikir balik.. Ada betul juga. Kau orang ingat tak.. Lelaki hari itu dengan perempuan ni. Di zoo hari itu." Mereka berempat mengangguk.
"Dan Afiq ada cakap.." Mata Zackry memandang tepat kepada Haezril.
"Orang yang rapat dengan Wiq.." Haezril mengangguk.
"Tapi.." Azie pula hairan.
"Masa di zoo haritu ada dua orang kan? Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kalau Ziana cakap uncle Exzhel dan Haziq yang pembunuh tu.. Siapa pula gadis tu? Dan di mana uncle Exzhel masa tu?" Ziana senyum.
"Gadis tu yang guna nama singkatan dia.. Can.. Iaitu pekerja Encik Azy Heykal ataupun bekas kekasih Encik Azy Heykal yang pertama. Azy Heykal terdiam seketika. Begitu juga dengan Azie Hafief.
"Che Asyira Nazman!" Mata Azy Heykal bertembung dengan Mata Azie.
"Ain!" Sekali lagi mereka sebut nama itu bersama.
"Tapi.." Nazrin pula bersuara.
"Kenapa pakcik juga nak balas dendam dekat abang? Kalau Haziq kami tahu lah. Ex abang tunang dia. Tapi kenapa Exzhel?" Empat belas mata memandang Azy Heykal. Azy Heykal mengerutkan dahinya. Dia tak tahu apa yang dia sudah buat dekat Exzhel sebelum ni.
::::
"Sayang.." Azy Heykal peluk pinggang Awiqah dari belakang. Hilang terus mengelamun dia tadi.
"Erm.." Jawab Awiqah perlahan. Matanya masih melihat langit malam.
"Sayang fikir apa?" Azy Heykal meletakkan dagunya di bahu kiri Awiqah.
"Tak.." Awiqah mengambil nafas perlahan.
"Tak fikir apa-apa. Cuma tengok Nazrin, Nalili dengan Natasya hias pelamin kita." Awiqah senyum nipis. Azy Heykal merenung lama wajah sisi isterinya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
NouvellesSeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...