-:BAB 31:-

75 0 0
                                    

"Kau jangan nak sentuh anak saudara aku.. Hanya aku seorang yang akan pukul dia. Kalau tak.. Kau yang aku bunuh." Exzhel pandang wajah Haziq geram. Dia menuju pula kepada Awiqah.

"Nana ok?" Exzhel usap perlahan rambut Awiqah.

"Mama papa macam mana? Sihat? Papa makan ubat tak?" Awiqah tidak perdulikan pertanyaan Exzhel. Dia risaukan keluarganya. Dia tahu. Exzhel mesti balik rumahnya tadi.

"Sihat. Semua sihat. Cuma sepupu kamu tu.. Keras kepala tak mahu makan. Sebaik ada kekasih hati dia kan? Itulah.. Kesian Ziana. Baru.. Beberapa hari gelak ketawa dengan kawan baiknya tetiba.. Kena culik.." Exzhel menggeleng. Awiqah senyum sinis.

"Tak sangka pula kan? Papa kamu benarkan Azy Heykal dan Azie Hafief tinggal dalam rumah kamu.. Bakal menantu dia tak balik jenguk dia lagi.. Itulah Na.. Lain kali jangan rapat dengan Azy Heykal kan keluarga kamu hilang kamu sekali lagi." Exzhel ketawa kuat. Awiqah turut ketawa seperti Exzhel. Exzhel memandang Awiqah pelik. Begitu juga, Haziq, Ain dan Afiq memandang Awiqah yang ketawa.

"Kamu kenapa?"

"Pakcik... Pakcik lupa? Ziana?" Awiqah senyum sinis.

"Kenapa dengan dia?" Exzhel pelik.

"Nazrin?" Awiqah masih tidak jawab soalan Exzhel.

"Kenapa dengan mereka?"

"Dan Nalili?" Awiqah senyum sinis.

"Tahu kenapa dengan mereka?" Awiqah masih senyum sinis. Di pandang wajah Exzhel lama.

"Ziana ambil jurusan penggodaman, Nazrin ambil bidang psikologi, Nalili juga ambil bidang psikologi. Pakcik jangan lupa.. Mereka bertiga ada bakat tersendiri.. Dan paling parah.. Haezril." Awiqah senyum sinis.

"Haezril dah main permainan truth or dare right?" Awiqah bertanya kepada Haziq dan Ain. Mereka memandang sesama sendiri.

"Kalau Haezril sudah beritahu keluarga Wiq pasal orang yang ada kaitan dengan Wiq.. Nazrin dan Nalili dah boleh tahu jawapan dengan.. Melihat.. Riak wajah.. Dan kelakuan seseorang.." Awiqah berkata selamba. Exzhel senyum sinis.

"Mereka tak akan syak apa-apa."

"Ziana boleh menggodam nombor-nombor yang di hantar oleh pakcik dalam hp mereka." Balas Awiqah pantas.

"Atau mungkin.. Ziana tak Menggodam nombor-nombor. Mungkin dia menggodam nama samaran pakcik hantar kepada mereka." Awiqah senyum sekali lagi. Sekali lagi Exzhel ketawa. Pantas Awiqah mematikan ketawa Exzhel.

"Dan nama itu ialah Ain. Che Aina binti Che Nazman. Ataupun.." Awiqah sengeh gembira.

"Che Asyira binti Che Nazman. Kakak kepada Ain. Yang sudah meninggal lima tahun lalu." Awiqah memandang Ain sinis.

"Dengan nama Che Asyira.. Mereka boleh Agak.. Ain ada terlibat dalam hal ini. Mungkin mereka tak tahu Ain orang suruhan pakcik. Tapi.. Mereka boleh siasat tentang Ain pasal kakak dia. Haezril pandai putar belit soalan. Nazrin dan Nalili bijak menganalisa tingkah laku seseorang dan punca sebab mengapa Ain terlibat dalam kes pembunuhan ni." Awiqah mencebik bibir kepada Ain yang mula mengigit bibirnya.

"Pakcik nak tahu apa-apa lagi pasal keluarga Wiq? Pakcik tak tahu semua pasal mereka sebab pakcik tidak ambil peduli pasal keluarga Wiq. Pakcik bukan kisah pun kan? Tapi pakcik balik jenguk keluarga Wiq sebab nak tahu pengembangan siasatan Azy Heykal kan? Pakcik buat benda yang sama selama lima tahun ni kan? Sebab itu Azy Heykal tidak tahu.. Pakcik sendiri pembunuh bersiri kekasih Zykal." Awiqah mengambil nafasnya perlahan. Penat juga dia bersuara tanpa minum air. Exzhel memandang Awiqah lama. Lama dan lama. Awiqah hanya dengan senyumannya.

"Kamu nak tahu.. Kenapa pakcik berdendam dengan Zykal?" Terus senyuman Awiqah mengendur.. Dia mengangguk perlahan. Exzhel senyum dan tarik kerusi berhampiran dengannya dan dia labuhkan punggungnya di kerusi sambil memandang wajah Awiqah.


















Recording. Jangan! Tolong jangan.. Lepaskan Afiq. Please.. Please.. Aku merayu..

Azy Heykal mengigit bibirnya kuat. Suara tanggisan Datin Naziera, Nalili dan Natasya di ruang tamu apabila mendengar suara Awiqah yang merayu. Seseorang menghantar chat record kepada Haezril, Azie, Nazif, Zackry dan Azy Heykal.

"Pembunuh ni dah melampau!" Haezril menjerit kecil.

Ting..

Masuk lagi chat di whatsapp Azy Heykal. Azy Heykal membuka volume suara sampai habis.

Zy-Zybon.. Aezril.. Naim.. Zack.. Azie.. Stop!

Awiqah menjerit tetiba..

Ak-aku cakap.. Please lepaskan Afiq..

Awiqah menangis seketika.

Datang ke London.. Dan tinggal dalam rumah aku di sana.. Bawa Nazrin, Nalili dan Ziana sekali. Yang selebihnya kau orang berusaha sendiri.

Awiqah diam.

Sudah ke cik Wiq?

Suara seseorang menjerit kecil.

Aku akan cakap.. Kalau korang lepaskan Afiq!

Awiqah mengeras.

Ok. Dah.. Cepat cakap.

Diam seminit.

Jumpa mereka di tempat mereka senaraikan. Dalam masa tiga hari.. Kau orang tak berjaya sampai ke tempat mereka beri. Af-Afiq akan benar-benar mati.. Please.. Dalam kau orang ke sana.. Jangan berpisah langsung.. Paling penting Iyan.. Dia suspek ketiga. Ak-aku akan tunggu kau orang di tempat terakhir.

Ziana mengalir air mata. Semua memandang Ziana. Haezril mengempal penumbuknya erat. Satu lagi mesej masuk dalam hp Azie, Azy Heykal, Haezril, Zackry dan Nazif serentak.

Nama tempat:-

-London Eye
-Hyde Park
-Trafalgar Square
-River Thames
-St Paul's Cathedral
-Regent's Park
-The London Bright Experience

Mereka melihat wajah masing-masing sebelum mata mereka terarah kepada Nazrin, Nalili dan Ziana. Ziana paling lama mereka perhati.

"Iyan.." Haezril menghampiri Ziana yang asyik lihat hpnya. Haezril mengerut lama melihat tanggisan Ziana yang sembunyi.

"Awak tengok apa?" Ziana terkejut dengan suara Haezril yang sudah dekat dengannya. Pada mulanya Ziana menggeleng. Tapi bila di paksa oleh Haezril dia tunjuk juga gambar seseorang dalam hpnya.

"Wiq!" Terbeliak mata Haezril melihat gambar yang di siar di skrin hp Ziana. Awiqah yang di ikat di kerusi, sedang tidur dan mulutnya di ikat dengan kain hitam.

"Bila awak dapat gambar ni?" Zackry yang di belakang Haezril bertanya.

"Hari.. Hari yang sama Wiq kena culik." Takut-takut Ziana menjawab.

"Kenapa tak beritahu!" Haezril mula menengking.

"Aezril! Sabar.." Nazif menolak bahu Haezril geram.

"Dia ada sini.. Saya tak boleh beritahu." Perlahan Ziana menjawab. Hanya mereka yang berkerumun di hadapan dia sahaja yang dengar. Terkebil-kebil mata mereka mendengar kata-kata Ziana.

"Saya tak boleh beritahu!" Ziana berpura-pura meninggikan suaranya. Haezril menelan air liurnya apabila melihat mata Ziana terhadapnya. Mata Ziana tajam menikam anak mata Haezril. Siap jeling lagi. Padan muka kau Haezril. Tengking tak tentu pasal kan dah kena jelingan maut.

"Kita kena bertolak sekarang." Azy Heykal mematikan kebisuan antara Ziana dan Haezril. Ziana berjalan mengikut langkah Nalili dan sempat lagi dia jeling Haezril. Double jeling dia bagi kau Haezril. Kesian kau..

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now