-:BAB 30:-

72 0 0
                                    

"Pakcik sayang kamu Na. Pakcik tak sangka kamu lebih pantas dari Zykal dan gadis-gadis yang pakcik bunuh dulu." Exzhel senyum manis kepada anak saudaranya.

"Pakcik tahu.. Kamu tak akan senang percaya orang seratus peratus kan? Selepas kejadian kamu dengan Hezry kan." Exzhel berjalan tenang ke arah Awiqah. Awiqah masih dengan air matanya. Dia masih belum percaya.

"Kena-kenapa pak-cik? Kenapa?" Awiqah yang separuh sedar dari air matanya cuba juga tanya kepada Exzhel walaupun dia masih sedih dengan ketibaan pakcik dia yang di katakan pembunuh kekasih-kekasih Azy Heykal dan dia perlu tahu lebih lanjut pasal kisah dendam pakcik kepada Azy Heykal. Exzhel masih senyum kepada anak saudaranya.

"Pakcik... Beritahu Wiq.. Tak, beritahu Na, apa yang keluarga Zykal buat dekat pakcik? Nanti Na boleh tolong?" Awiqah mula beranikan dirinya.

"Pakcik tahu kamu akan tolong pakcik.. Tapi.. Bukan lepaskan kamu.." Exzhel senyum sinis. Dia tundukkan badannya sedikit.

"Pakcik nak.. Kamu baca ni sampai habis.. Nanti pakcik send suara ni kepada... Sepupu kamu.. Haezril. Pakcik dah janji dengan dia.. Pakcik nak beritahu keadaan kamu." Exzhel menunjukkan kertas kecil dan penuh dengan tulisannya. Exzhel membuka peti suara di whatsapp. Awiqah memandang lama wajah Exzhel.

"Pakcik suka dengan pandangan kamu, Na." Bisik.

"Arghhh." Awiqah menjerit setelah Exzhel menggengam rambut Awiqah ke belakang.
















"Arghhh.. Haez-haezril.. To-tolong aku.. Aku takut.. Cepatlah datang.. Kalau kau lambat. Di-dia akan cuba bunuh yang lain. Aezril.. Cepatlah cari tempat ni.. Ak-aku dah tahu siapa. Paangg. Kurang ajar kau. Ingat Encik Haezril. Kami bagi tempoh selama empat minggu.. Kalau lambat.. Jumpa mayat lah jawabnya. Haezril. Pakci.."

"Siapa Wiq.. Siapa?" Haezril menggenggam erat hpnya.

"Sabarlah Aezril.. Kita usaha sama-sama." Azie cuba menenangkan Haezril yang sudah banyak kali dengar voice yang di hantar semalam.

"Siapa sebenarnya lelaki tu." Haezril pandang wajah Azie geram. Dia masih ulang suara yang di hantar khas untuknya.

"Arghhh.. Haez-haezril.. To-tolong aku.. Aku takut.. Cepatlah datang.. Kalau kau lambat. Di-dia akan cuba bunuh yang lain. Aezril.. Cepatlah cari tempat ni.. Ak-aku dah tahu siapa. Paangg. Kurang ajar kau. Ingat Encik Haezril. Kami bagi tempoh selama empat minggu.. Kalau lambat.. Jumpa mayat lah jawabnya. Haezril. Pakci.."

Dan masih ulang..

Dan ulang..

Ulang..

Ulang..

"Cukup lah itu Haezril. Mari makan. Kamu tak makan dari semalam." Exzhel cuba memujuk.

"Tak, Pakcik. Haezril perlu tahu siapa pembunuh tu." Haezril masih mengeras.

"Kau jangan nak keras kepala sangat. Kalau kau tak makan macam mana nak ada tenaga." Nazif geram.

"Entah. Kalau awak tak nak makan sekalipun. Minum air pun dah cukup. Jangan nak ikut sangat keras kepala awak tu. Wiq tengah tunggu awak.. Kalau awak sakit? Siapa nak selamatkan Wiq?" Ziana meletak dulang minuman geram di hadapan Haezril. Haezril pandang lama Ziana, Ziana jeling geram dengan perangai Haezril. Dia terus menuju ke dapur.

"Ziana yang paling rapat dengan Wiq pun makan. Dia lagi sedih, kawannya baru balik jumpa dia bermesra, ketawa bersama-sama. Tetiba dapat berita Wiq kena culik. Kau tu orang kedua yang rapat dengan Wiq tak akan faham perasaan kesedihan. Tolong ubah perangai kau Aez." Natasya pula bangun meninggalkan meja makan. Begitu juga Nalili. Mungkin cuba memujuk Ziana.

"Aez. Mari makan. Nanti kita bincang macam mana nak cari Wiq." Exzhel cuba sekali lagi memujuk Haezril. Begitu juga dengan Azie. Semenjak Awiqah hilang. Azie, Azy Heykal dan Zackry tinggal di rumah Awiqah.

Nak tak nak. Haezril makan juga pujukan Exzhel dan Azie. Azy Heykal dan Zackry sudah lama berhenti makan. Mereka cuba mencari sesuatu di dalam bilik Awiqah. Tapi kunci.

"Nah kunci. Sorry saya lupa bilik Wiq berkunci." Ziana yang entah dari mana datang memberi kunci kepada Azy Heykal. Azy Heykal senyum manis kepada Ziana.

"Terima kasih Iyan. Awak dah makan? Haezril dah makan?" Zackry bertanya setelah kunci di tangan Ziana di tukar tangan. Ziana hanya diam dan matanya tumpu pada kunci di tangan Azy Heykal.

"Biarlah dia. Saya tolong boleh?" Ziana tanya kembali kepada Azy Heykal dan Zackry. Azy Heykal dan Zackry berpandangan sebelum mengangguk kecil kepada Ziana.

"Boleh." Azy Heykal senyum manis kepada Ziana. Ziana turut senyum seperti Azy Heykal.

Pintu bilik Awiqah. Azy Heykal buka dan masuk dalam bilik gadis yang sudah hilang dua hari. Inilah kali pertama dia masuk dalam bilik Awiqah. Kemas, bersih, tersusun.

"Mochii.." Mata Zackry dan Azy Heykal terarah kepada Ziana yang memanggil nama seseorang dan langkah Ziana yang bergerak di tempat khas.

Amboi bukan main cantik lagi bilik hamster tu.  Akuarium hamster yang di hias dengan rumput dan tempat permainan. Bukan main seronok hamster hamster tu pusing roda dan mengelungsur. Dan ada juga beberapa hamster panjat gunung menggunakan tangga. Ziana senyum melihat hamster hamster tu.

"Mari makan." Jemput Ziana. Ziana memberi makan hamster dalam lubang paip yang di letak khas untuk memberi hamster yang bernama mochii makan.

"Comelnya hamster ni." Azy Heykal kagum. Tidak tahu pula Awiqah ada bela hamster. Ingatkan asyik bela pokok-pokok ros dia sahaja.

"Erm. Masih hidup lagi kan hamster ni. Ingatkan dia bagi betul hamster mati dekat Hezry haritu." Zackry menunjukkan hamster yang bulunya sedikit aneh dari hamster lain.

"Erm. Hamster tu paling Wiq sayang." Ziana balas dengan senyuman. Azy Heykal masih berkerut.

"Panjang cerita Zykal. Nanti lah kita cakap lain pasal ni. Jom 'punggah' apa-apa yang patut." Zackry yang faham dengan kebisuan kawannya itu cuba mengembalikan suara Azy Heykal.

"Erm. Ziana tahu kan menggodam?" Azy Heykal mengalih mukanya menghadap wajah Ziana. Ziana diam seketika sebelum mengangguk kecil.

"Good. Tolong? Nanti beritahu kalau ada-ada yang pelik." Azy Heykal senyum dan berlalu mencari dalam laci meja Awiqah. Ziana hanya mengangguk.

















Awiqah yang terjaga dari tidurnya, terkejut dengan Afiq yang kuis kerusinya.

"Af-Afiq? Awak buat apa dekat sini?" Awiqah bisik setelah Afiq berhenti menguis kerusinya. Seperti dirinya Afiq juga di ikat.

"Seperti awak.." Afiq senyum sumbing.

"Kaitan apa awak dengan pakcik?" Awiqah bertanya sambil di perhati setiap luka di wajah lelaki di hadapannya.

"Panjang ceritanya Na." Awiqah terkejut dengan panggilan baru keluar dari bibir Afiq.

"Macam mana awak?"

"Wah-wah.. Jumpa kawan eh? Borak tentang apa? Macam mana nak lepas diri?" Ain ketawa selepas melihat wajah Awiqah yang bengang melihat ketibaannya.

"Mana pakcik aku?" Awiqah mencari tubuh Exzhel.

"Tengah buat kerja dia lah.." Haziq jawab soalan Awiqah. Tangannya membawa dulang.

"Come.. Abang bersihkan luka Nana." Haziq tarik kerusi dan duduk di hadapan Awiqah. Ain yang lihat menjeling Awiqah geram. Awiqah sengeh sinis kepada Ain.

"Tak payah.. Aku tak perlukan jasa kau Ziq. Aku nak jumpa pakcik. Panggil dia." Awiqah jeling pula kepada Haziq dan jauh mukanya dari tangan Haziq.

"Nanti dia balik lah.. Sabar kejap eh.. Meh abang bersih luka tu.." Haziq masih berlembut dengan Awiqah.

"Ish.. Aku tak mau lah!" Awiqah meneking. Haziq mengetap bibirnya geram. Dia bangun dan cengkam kuat rambut Awiqah. Awiqah terjerit kecil.

"Kau memang degillah." Haziq mula mengangkat tangan hendak tampar Awiqah.

"HAZIQ!" Satu tempikan kuat menggema ruang rumah yang sunyi itu. Awiqah senyum sinis kepada Haziq.

'Sejahat pakcik.. Dia tak akan pukul aku tanpa sebab.' Kata Awiqah dalam hati.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now