Hezry merenung lama di tingkap besarnya. Setiap persoalannya belum di jawab. Baru-baru ini dia dapat berita Nawina Awiqah baru balik Malaysia. Matanya redup memandang menara berkembar klcc. Rindunya terhadap Awiqah semakin menjadi-jadi. Dia ingin jumpa Awiqah tapi pada masa yang sama dia takut dengan perubahan Nawina Awiqah. Dia pusing kerusinya menghadap dinding.
Kepalanya pusing kiri dia menatap lama gambar dia dan Nawina Awiqah. Dia ambil gambar itu dan mengelap wajah gadis itu dengan menggunakan ibu jari kanannya. Dia tersenyum melihat senyuman riang Awiqah dalam gambar itu dengan anak mata aneh gadis itu. Sungguh dia rindu gadis dalam gambar itu. Dia tahu dia banyak bersalah dengan gadis di gambarnya. Dia tahu dia berdosa dengan gadis itu. Dia ingin minta maaf kepada gadis itu.
Nawina Awiqah seorang gadis aneh yang membuatkan setiap hari dia gembira dengan senyuman, kata-kata, suara, ketawa, dan mimik muka gadis itu. Cuma Nawina Awiqah yang berjaya membuatkan hati lelakinya jatuh cinta dengan setiap sifat gadis itu dan dia yakin, gadis itu akan jatuhkan dia sedikit demi sedikit sebab dia kenal siapa Nawina Awiqah. Dia tahu siapa yang beri dia hadiah-hadiah itu. Cuma sekarang dia tidak tahu gadis itu tinggal di mana.
Keluarganya sudah pindah rumah dari 10 tahun lepas semasa Nawina Awiqah menghilangkan diri. Dia tidak tahu untuk pergi ke rumah Awiqah atau hanya menunggu masa untuk bersua muka dengan keluarga Awiqah. Dia pun tidak tahu Awiqah masih tinggal dengan keluarganya atau tinggal sendirian. Baru-baru ini dia mendapat hadiah pelik-pelik semasa dia masuk pejabat. Setiap kali dia datang ada sahaja hadiah yang aneh akan berada di atas mejanya. Dia ada juga tengok cctv tapi tiada tanda-tanda orang masuk pejabatnya waktu awal pagi ataupun lewat malam. Dia memandang lama wajah Awiqah dalam gambar itu.
"Nana, awakkah yang hantar hadiah-hadiah pelik dekat saya? Tapi macam mana awak lakukan? Awak, saya rindukan awak. Awak rindu saya tak? Mesti awak tak maafkan saya kan? Saya tahu awak mesti ada rancangan lain selain menghantar hadiah ini kan? Awak tak pernah berubah Nawina Awiqah. Awak tahu kan saya tak suka permainan dan awak tahu kan saya benci hadiah pelik-pelik ini." Hezry meletakkan frame itu dekat dadanya. Dia pejam matanya lama. Dia kejam, dia kejam dengan gadis yang mencintainya. Dia kejam dengan Nawina Awiqah.
Azy Heykal keluar dari biliknya. Dia melihat di meja Awiqah. Gadis itu sedang kemaskan mejanya. Awiqah bangun kerusi dan terus jalan keluar dari tempat itu. Azy Heykal ikut gadis itu dari belakang. Sementara di tempat lif gadis itu tidak berhenti dia terus masuk ke satu pintu.
"Tangga? Kenapa tak naik lif?" Kata Azy Heykal sendiri. Dia turut turun menggunakan tangga. Semua staf yang berada di depan lif hanya memerhati Azy Heykal membuka pintu untuk menuju ke tangga. Azy Heykal hanya turun seperti biasa. Gadis itu sibuk menekan di skrin iPhone7nya. Tidak di toleh kebelakang langsung. Awiqah mendail uber. Azy Heykal hanya mendengar gadis itu cakap dengan hpnya. Dia mendengar nama syarikatnya di sebut oleh gadis itu. Dia berkerut dahinya sedikit.
Sampai sahaja di luar syarikatnya. Gadis itu berdiri di pintu masuk. Azy Heykal terus tinggalkan gadis itu yang berdiri di situ. Dia menuju ke keretanya. Pintu perodua baddyz sedan di bukanya. Ada satu kereta warna hitam menuju ke arah Awiqah. Dia melihat Awiqah masuk dalam kereta itu.
"Ouh. Kau naik uber ye. Berlagak. Dengan aku tak mahu naik. Apa salahnya kau naik dengan aku? Marah aku lah itu. Cium nanti baru kau tahu. Eee sebaik lah anak dara orang. Kalau isteri aku. Dah lama aku tarik kau masuk dalam kereta aku ini." Azy heykal memandang kereta hitam itu tajam. Dia mengikut kereta hitam itu dari belakang.
Kereta hitam itu berhenti di sebuah restoran. Azy Heykal memerhati sekeliling restoran itu, matanya terpandang sesusuk tubuh yang sangat dia kenal. Matanya terarah kepada Awiqah yang baru keluar dari kereta hitam itu. Awiqah masuk dalam restoran itu dan duduk di hadapan lelaki itu. Dia memandang Awiqah dan Zackry lama.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...