"Truth or dare ha? Kalau kami pilih dare?" Ain bertanya.
"Kita guna pistol tu." Haziq dan Nazif memandang wajah tenang Haezril. Azie, Zackry dan Azy Heykal terbeliak mata mendengar kata Haezril tadi.
"Kita buat seperti filem tu.. Pakai peluru satu sahaja. Kalau kita pilih dare. Deal?" Haezril masih bersuara. Ain memerhati lama pistolnya sebelum memandang wajah Haezril semula.
::::
"Haezril akan guna apa sahaja untuk perangkap kita. Terutama game." Haziq bersuara sambil matanya sekilas melihat wajah Ain.
"Game? Heh.. Permainan apa yang dia akan guna? Haha." Ain ketawa.
"Truth or dare." Jawab Haziq acuh tak acuh.
"What? Truth or dare? Ahha.. Tak ada game lain dia nak main?" Ain masih ketawa.
"Ini bukan game yang kita main selama ni. Haezril seperti Nana. Suka mainkan pasal diri kita. Soalannya tak akan sama dengan jawapan." Haziq masih bersuara seperti tadi.
"Maksud kau?"
"Aku dah lama kenal dengan keluarga Nana. Dua sepupu ini suka perkataan terbalik. Mereka akan bercakap terbalik dan nak orang lain faham sendiri maksud soalan sebenar di sebalik terbalikan itu. Terutama Haezril.. Dia paling susah kita nak memahami soalan berlawan dia. Dan dia boleh tahu yang mana yang bercakap benar itu tak tahu truth or dare yang di maksudkan mereka." Haziq berkata panjang lebar. Ain sampai berkerut dahinya.
"Maksud kau.. Kalau kita ikut rentak game mereka.. Dia boleh tahu antara kita ini ada kaitan dengan keluarga dia?"
"Yes. Sebab hanya mereka sahaja yang tahu truth or dare tu. Game yang tak masuk akal." Haziq menggeleng. Tak faham dengan permainan gadis unik itu. Ain mengangguk faham.
"Maknanya kita kena bercakap benar?" Ain melihat kepala Haziq mengangguk.
"Dare pula?"
"Yang ada berdekatan dengan kita."
::::
"Deal." Ain mengelip matanya perlahan.
"Kita oh sem?" Nazif bertanya. Serentak Haziq, Haezril dan Ain mengangguk.
"O sem."
"Abang rasa apa yang Haezril dan Nazif fikirkan? Mereka bahayakan diri mereka." Azie memerhatikan kembar di hadapannya.
"Mereka cuma nak tahu, kaitan apa pembunuh itu dengan Wiq." Zackry bersuara.
"Apa maksud kau Zack?" Azy Heykal pula bersuara.
"Hanya keluarga Wiq sahaja yang tahu permainan yang mereka main sekarang ni."
"Truth or dare.. Semua orang tahu lah." Azie pelik. Apa yang tak tahunya.
"Dia bukan truth or dare yang kita main selama ni. Mereka sahaja yang tahu permainan pelik mereka. Permainan yang di reka oleh Wiq sendiri, bagi kelirukan orang lain. Aku dah banyak kali tak faham dengan permainan mereka ni. Kau orang tengok sahaja lah." Zackry kembali fokus kepada kembar dan dua manusia misteri itu. Paling dia takut pasal pistol tu.
"Nice." Haezril berkata perlahan. Dia mula dulu. Haziq gigit bibirnya.
"Truth or Dare?" Haziq bertanya.
"Dare." Haezril senyum sinis. Matanya melihat pistol yang di pegang oleh Ain.
"Haez. Apa yang kau fikir?" Azie tidak senang duduk. Ain senyum. Dia menghalakan pistol ke arah Haezril tapi di halang oleh Haziq.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...