Awiqah mengambil seekor ikan keli, sambal belacan, ikan puyu pekasam. Cuma sayur-sayuran sahaja dia tidak ambil. Tengoklah nanti jawapannya apabila ditanya dengan Azy Heykal.
"Amboi banyaknya?" Azy Heykal yang baru duduk di hadapan Awiqah memandang pinggan gadis itu penuh dengan lauk kampung. Jawapannya di jawab dengan jari telunjuk Awiqah di letak di bibir lelaki itu supaya diam.
"Ceh." Azy Heykal menjeling dan menepis jari gadis itu perlahan supaya jauh dari mulutnya.
Azy Heykal meletak salad di pinggan gadis itu. Di ingatnya salad gadis itu habis. Di sebabkan dia terambil lebih, dia beri beberapa keping salad dalam pinggannya kepada gadis di hadapannya. Awiqah yang sedap makan tetiba dia berhenti sambil memandang Azy Heykal geram.
"Weyy apa nii letak sayur ni dekat pinggan aku." Awiqah meletak kembali salad dalam pinggan Azy Heykal semula.
"La.. Bagi kau makan lah.. Aku ambil lebih ini. Aku tengok dalam pinggan kau tak ada sayur. Aku letak saja lah. Tak kan tak nak kot?" Kening kanannya di angkat. Awiqah menggeleng.
"Aku tak makan sayur lah. Ee..." Awiqah menarik pinggannya apabila Azy Heykal nak meletak salad itu di pinggannya. Azy Heykal terdiam.
"Kau tak makan sayur?" Azy Heykal tak percaya. Serius?
"Iye lah." Awiqah sambung makan.
"Kenapa tak makan? Sedap lah. Sihat untuk badan." Awiqah menggeleng.
"Eyak tak sedap lah. Paip." Badan Awiqah seumpama terkena elektrik bila sebut paip.
"Paip lah ubat sayang oii." Azy Heykal turut menyuap makanan dalam mulutnya.
"Eee. Tak sedap." Kata Awiqah lagi. Azy Heykal tergelak kecil mendengar kata-kata Awiqah. Macam budak-budak kecil yang tak suka makan sayur. Ini kali pertama dia jumpa orang yang tak suka makan sayur. Sepanjang masa mereka makan. Azy Heykal cuba mengusik Awiqah dengan meletak salad itu di pinggan gadis itu. Sampai ada yang tertumpah sayur itu di atas meja. Di marah-marah Awiqah sebab bagi tumpah sayur itu. Padahal dia yang sibuk kenakan gadis itu. Sepasang mata memerhati mereka tidak puas hati. Seorang lelaki yang berpakaian kemeja dengan perasaan sakit hati dia masuk dalam keretanya semula dengan geram. Tanpa lelaki itu sedar. Seorang lelaki tua yang memakai topi jerami di meja makan bersebelahan dengan Azy Heykal dan Awiqah hanya senyum. Di lihat kemesraan Azy Heykal dan Awiqah membuatkan senyumannya semakin lebar.
Selesai makan Azy Heykal bangun untuk bayar makanan mereka itu tapi di halang oleh Awiqah.
"Biar aku bayar." Awiqah bangun dan hendak pergi ke kaunter tapi terhenti di sebabkan lengan kirinya di pegang oleh Azy Heykal.
"Ini duit. Bayar guna duit aku. Jangan nak guna duit kau pula. Aku yang ajak kau makan, aku lah yang kena belanja kau." Awiqah memandang duit ringgit sebanyak rm50. Dia ambil duit di tangan Azy Heykal dan terus pergi ke kaunter. Azy Heykal mengambil keputusan untuk tunggu Awiqah di keretanya.
Awiqah memerhati Azy Heykal yang berlalu pergi kearah kereta perodua buddyz sedannya.
"Kau ingat. Aku akan guna duit kau? Memang lah kau ajak aku.. Tak semestinya kau yang belanja aku. Hahaha." Awiqah ketawa di hadapan kaunter. Ketawanya berhenti setelah mendengar seseorang berdehem di sebelahnya.
"Err. Hihi." Dia ketawa kecil. Tak senonoh lah perangai.
"Berapa ya kak? Yang duduk meja di situ?" Awiqah menanya setelah lelaki tua itu asyik memandangnya.
"Ouh 23 ringgit sahaja cik." Awiqah mengangguk. Duit Azy Heykal dia letak di tangan kiri. Dia keluarkan pursenya di beg tangan merah. Lelaki tua itu menegurnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
NouvellesSeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...