-:BAB 21:-

61 0 0
                                    

Di meja makan hanya sudu, garpu dan pinggan sahaja berbunyi. Begitu juga dengan kipas angin. Diam.. Sunyi..

"Wiq.. Auntie nak tanya sikit boleh?" Awiqah yang duduk di sebelah adik bongsu Azy Heykal, Azima. Hanya menganggukkan kepalanya.

"Kamu suka anak Auntie?" Puan Sri Safiya Aina senyum dengan soalannya.

Spurrr..

Makanan yang masih berbaki dalam mulut terus tersembur. Bukan seorang tapi empat. Awiqah, Haezril, Zackry dan Azie sama-sama tersembur makanan apabila dengar soalan dari Puan Sri Safiya Aina.

"Eh. Auntie salah cakap ka tadi?" Mata Puan Sri Safiya Aina memerhati empat remaja yang secara serentak tersembur makanan dengan soalannya.

"Eh tak.." Awiqah dan Haezril sama-sama bersuara. Empat sekawan itu minum air limau dengan perlahan. Mata mereka sama-sama mengeliar mencari punca 'macam mana boleh sama-sama tersembur'.

"Kau orang ok?" Azy Heykal yang menahan ketawa mengurut perlahan belakang adik keduanya. Azie mengangguk tanda ok. Mata Hezry memandang setiap wajah empat sekawan itu. Berkerut dahinya melihat empat orang tadi.

"Erm.. Puan Sri... Saya suka anak Tan Sri dan Puan Sri." Awiqah senyum manis kepada kedua orang tua Azy Heykal. Azy Heykal senyum herot dengan kata-kata gadis di hadapannya.

"Maksud kamu.. Suka lebih dari bos?" Teruja Puan Sri Safiya Aina apabila dengar sendiri perkataan suka dari mulut gadis itu.

"Erm.. Kami baru berkenalan tak sampai tiga bulan lagi... Perasaan suka saya terhadap anak Tan Sri dan Puan Sri tak lebih dari saya menganggap dia bos saya.. Puan Sri, Tan Sri.." Perlahan-lahan mengendur senyuman di bibir Azy Heykal. Puan Sri dan Tan Sri sama-sama memandang Azy Heykal.

"Maaf kalau saya menyinggung perasaan Tan Sri dan Puan Sri." Mata Awiqah memandang kedua orang tua Azy Heykal sebelum memandang Azy Heykal.

"Tak apa.. Kami faham." Tan Sri Azim Hamid senyum kepada gadis yang duduk di sebelah anaknya.

"Saya.. Er.. Aku.." Mata Awiqah memandang wajah Azy Heykal yang sedang menguis nasi dalam pinggannya.

"It's okey Qatiespearl." Azy Heykal senyum kepada Awiqah yang turut memandang wajahnya.

"Kalau kau nak.. Juga.. Kau kena lah tawan hati aku." Awiqah tersenyum gembira sambil jari telunjuknya di hala kepada Azy Heykal. Tapi matanya memandang Hezry yang mengerut.

'Ayat.. Ayat tu..' Matanya berbalas dengan pandangan mata Awiqah.

Azy Heykal dan tiga lelaki di meja yang perasan dengan isyarat Awiqah. Turut senyum seperti Awiqah.

"Ok.. Aku akan tawan hati kau... Sampai kau menyampah!" Awiqah terkedu dengan balasan dari Azy Heykal. Semua mata memandang wajah sinis Azy Heykal. Awiqah perlahan-lahan membalas senyuman Azy Heykal.

"Okeh!" Awiqah ketawa kecil. Ketawanya menawan semua orang di meja makan itu. Mereka hanya mengangguk dan senyum dengan dua orang remaja itu. Hanya Hezry yang masih berkerut sejuta.










Awiqah dah mula keluar dari rumahnya. Kedua tangannya membawa dulang berisi tiga cawan dan piring berisi biskut. Awiqah berjalan menghampiri taman bunga rosnya dan terus menuju ke meja yang sudah di sedia di taman nya.

"Kau serius ke tak dengan Zykal?" Haezril menanya setelah gadis itu duduk di sebelahnya.

"Erm." Awiqah senyum dan beri cawan yang sudah berisi air teh kepada Haezril dan Zackry. Zackry yang di hadapan kedua sepupu itu hanya senyum.

"Abang Ziq? Macam mana?" Soalan Haezril menyentuh perasaan Awiqah dan Zackry. Mata Haezril dan Zackry memandang Awiqah yang sudah terdiam.

"Ak-aku. Aku. Ya.. Aku lupa.. Aku kena kahwin dengan Haziq." Perlahan sahaja suaranya. Pasrah.

"Aku rasa.. Baik kau dengan abang Ziq dari kau dengan Azy Heykal." Haezril masih berkata-kata tanpa memikirkan perasaan Awiqah. Dia minum air di cawannya dengan tenang. Awiqah perlahan-lahan menggenggam kedua penumbuknya sambil di ketap bibirnya kuat.

"Aku taknak kau hilang dari pandangan aku Wiq. Cukup sekali dan kali ini aku tak nak kau hilang terus buat selama-lamanya." Keras sekali kata-kata Haezril. Zackry hanya diam. Dia turut minum air dan teguk perlahan. Dia setuju dengan kata-kata Haezril.

"Cukup sekali keluarga kau hilang kau dulu.. Cukup sekali aku hilang sepupu yang aku sayang." Mata Haezril memandang Awiqah yang menunduk.

"Cukup sekali mama kau sedih dengan kehilangan kau dulu..." Setitis air mata jatuh di pipi Awiqah.

"Aku pun suka kau dengan Zykla, Wiq. Tapi.. Untuk terima kehilangan kau di sebabkan Zykal.. Aku rasa tak, Wiq." Sebak. Tak dapat dia bayangkan macam mana Awiqah betul-betul tiada nanti. Kau lupa Haezril. Mati itu pasti..

"Tak cukup lagi aku nak berseronok dengan kau, Wiq. Tak puas lagi.. Aku nak ketawa dan buli kau macam dulu, Wiq. Tak puas lagi aku nak dengar suara ketawa, marah, nangisan kau sebabkan aku. Tak puas lagi.. Aku gembira dengan muka cemberut kau.. Tak puas.."

"Aezril.. Aku takut.. Aku takut kehilangan Zybon." Mata Awiqah bertentang dengan mata Haezril. Matanya sudah bertakung dan perlahan-lahan mengalir membasahi kedua pipinya.

"Wiq.. Mulai sekarang kau kena belajar melupakan Azy Heykal dalam hati kau dan kepala kau." Haezril menunjukkan dahi Awiqah. Tak jadi pula nak menangis selepas lihat air mata sepupunya itu.

"Dia dah buat macam-macam dekat aku, Aezril.. Dia temankan aku, masa aku demam, masa aku sedih, masa aku perlukan seseorang.. Kalau kau nak tahu... Dia selalu perhatikan aku dari jauh masa aku nangis di pantai. Aku tahu dia ada masa tu." Awiqah mengelap perlahan air matanya.

"Dia selalu muncul apabila aku perlukan seseorang. Dan dia pandai pujuk aku apabila aku tengah sakit hati dengan dia." Awiqah mula mencebik apabila teringat dia dengan Azy Heykal dulu.

"Wiq. Itu tak cukup buktikan yang kau akan selamat dengan dia." Awiqah terdiam.

"Kau sanggup tengok aku meroyan dengan abang Ziq?" Matanya di kecilkan memandang Haezril. Menahan rasa marahnya.

"Abang Ziq.. Dia sayangkan kau, Wiq.. Dia sanggup tunggu kau sampai sekarang. Dia tak kisah dengan masa silam kau.. Dia tak kisah dengan dendaman kau terhadap Hezry.. Dia sanggup tunggu. Kau tak rasa dia dah banyak berkorban untuk kau?" Haezril mengangguk dengan kata-kata Zackry yang sudah mula buka mulutnya selepas berdiam diri. Dia pun tak sanggup kehilangan kawannya itu.

"Zack.. Ka-kau pun?" Awiqah tak tahu nak kata apa. Tak sangka Zackry pun setuju dia dengan Haziq.

"Wiq.. Aku faham perasaan kau orang berdua.. Tapi untuk keselamatan kau dengan Zykal.. Aku tak nak kau orang berdua.. Kau mati.. Zykal masuk penjara. Aku tak nak kedua kawan aku hadapi masalah tak masuk akal penjenayah tu." Zackry memandang wajah Awiqah. Berharap Awiqah dapat menerima jawapannya.

"Tapi..."

"Wiq. Abang Ziq mampu jaga kau.. Dia sudah sedia jadi suami kau.. Dia sudah sedia jadi ayah pada anak-anak kau nanti." Haezril senyum. Menenangkan hati si sepupu. Awiqah mengeluh perlahan. Dengan perlahan-lahan Awiqah senyum semanis yang mungkin di hadapan sepupu dan kawannya.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now