Awiqah yang dengar cerita dari Azie Hafief hanya senyum setelah Azie habis cerita tentang Azy Heykal.
"Patutlah dia suruh aku tunggu." Awiqah senyum sinis. Mereka semua diam seketika sebelum Awiqah membuka mulutnya semula.
"Kita main taman nak?" Awiqah tarik lengan Haezril sambil mata di pandang empat lelaki silih berganti.
"Aaa?"keempat lelaki itu memandang Awiqah tidak percaya.
"Alahh.. Jangan nak aaa.. Sangat. Jom." Awiqah mula turun dari pondok dan berjalan perlahan ke arah taman. Buaian tempat dia pilih dahulu. Dia duduk perlahan sambil di pegang kedua belah rantai besi buaian.
Awiqah menoleh ke arah buaian kosong di sebelahnya sebelum dia senyum pahit. Air matanya di tahan dari jatuh di tubir matanya. Awiqah mengambil nafas berat dan matanya melihat langit yang cerah.
"Ak-aku tak tahu nak cakap apa Azy Heykal.." Awiqah berkata perlahan. Sesaat. Dia bangun dari terus duduk di buaian. Dia berjalan ke arah jongkang-jongkit. Dia hanya pandang jongkang-jongkit itu dari jauh.
"Tempat tu.. Tempat tu kau letak nama aneh dekat aku. Dan tempat tu juga.. Kau baru perasan mata aneh aku." Awiqah senyum sinis sebelum di pusing badannya melihat empat kawannya yang berdiri tidak jauh dari belakangnya. Dia senyum lebar sambil matanya di tutup. Tetiba air mata setitis jatuh sebelah kiri dan semakin lama semakin lebat jatuh dari kedua kelopak matanya. Dia terduduk di situ sambil melayan air matanya. Murah betul air mata jatuh di hadapan lelaki. Air mata yang tak dapat dia tahan dia membiar matanya puas menangis.
Awiqah minum latte yang masih panas di hirupnya perlahan. Zackry, Nazif, Azie dengan Haezril hanya melihat mata sembam Awiqah. Awiqah yang sedar dengan lapan mata memandangnya.
"Janganlah pandang macam tu..." Awiqah menundukkan kepalanya melihat lantai. Zackry dengan Haezril tersenyum apabila lihat wajah Awiqah sudah memerah. Nazif dan Azie hanya diam tanpa sebarang riak di tunjuk mereka.
"Puas nangis?" Haezril menyakat Awiqah. Zackry senyum dengan sakat Haezril.
"Mana ada.."Awiqah mula mencebik. Di hirup lattenya tanpa pedulikan sindir Haezril. Dia melihat orang dalam cafe. Ada sekumpulan lelaki yang lihat ke arah mejanya. Di senyum nipis sebelum di jeling sekumpulan itu.
"Wiq. Kau ok?" Mata Awiqah mencari suara yang panggilnya tadi.
"Erm. Okey." Awiqah senyum lebar kepada Nazif.
"Lepas ni kita nak pergi mana pula?" Haezril meletakkan tapak tangan kanan di pipinya sambil di pandang wajah sisi Awiqah. Awiqah memandang Haezril lama sebelum dia kenyit matanya ke arah Haezril. Haezril terkejut dengan tindakan sepupunya itu. Boleh tercabut jantungnya dari badannya apabila dengar kata-kata gadis di sebelahnya.
"Pergi salon.. Mekap kau. Nak?" Awiqah ketawa kecil mendengar kata-katanya sendiri.
"Gila. Tak mahu aku." Haezril menolak bahu Awiqah kuat. Geram dengan sepupunya itu. Tapi lama kelamaan dia tersenyum sendiri dengan perangai sepupunya yang mula berubah.
"Hahaha.. Ok apa salon. Letak rambut panjang palsu warna perang lepas tu tacap la sikit bedak ka eye shadow ka kan? Haha mesti lawa." Awiqah ketawa puas apabila di bayang Haezril menjadi perempuan. Lari nanti Ziana lihat perubahan pakwe dia. Hahaha. Awiqah ketawa dalam hati.
Zackry, Azie dengan Zarif tersenyum dengan dua orang sepupu itu. Haezril mencebik geram. Setiap kali Awiqah ketawa dia memberi jelingan maut dekat orang yang melihat ke arahnya. Sampai terdiam dan ada yang ketawa kecil dengan wajah Haezril yang memerah.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...