-:BAB 12:-

72 1 0
                                    

30 minit sebelum Awiqah mendengar perbualan dari Nazrin dan Azy Heykal.

Awiqah menyusun pinggan mangkuk yang berada di meja makan tadi. Azy Heykal turut menolongnya. Sudah banyak kali dia melarang lelaki itu membantunya kerana dia tuan rumah lelaki di sebelahnya pula tetamu.

"Ish kau ini degil lah Zybon." Awiqah menarik pinggan yang disusun oleh Azy Heykal. Azy Heykal menahan pinggan itu dari terus-menerus di tarik oleh Awiqah.

"Ish. Aku nak tolong biar lah. Datin, Datuk dan keluarga kau tak melarang pun. Yang kau sibuk-sibuk nak halang aku tolong kau buat apa? Bukannya aku nak curi pinggan kau ini pun. Dekat rumah aku pun banyak pinggan lah!" Azy Heykal memberi pandangan maut kepada Awiqah. Awiqah mengetap bibirnya. Datin Naziera yang di hadapan mereka yang sedang mengelap meja hanya senyum dengan perangai Awiqah.

Dia kenal anaknya itu. Tak suka orang lelaki membantu kerja orang perempuan. Awiqah membiar Azy Heykal berlalu dengan membawa pinggan ke sinki. Dia mengikut Azy Heykal dari belakang. Datin Naziera, Nalili, Natasha, Ziana, Esah, Leha, Bibah dan Fira melihat Awiqah yang mengikut Azy Heykal dari belakang. Azy Heykal meletak pinggan itu ke dalam sinki.

Dia membuka butang lengan dari lubang butang. Di lipat kemas lengan bajunya sampai ke siku begitu juga dengan lengan baju sebelah kiri di bukanya butang lengan dan lipat sampai ke siku. Azy Heykal membuka pili air dan mula untuk membasuh pinggan itu tapi di halang oleh Awiqah. Awiqah menutup pili air dan memandang tepat ke wajah lelaki itu sambil tangan kiri mencekak pinggang, tangan kanan di letak di atas sinki. Azy Heykal mengeluh dua belah tangannya di dalam sinki sambil memandang wajah Awiqah yang penat nak melayan kerenah gadis itu.

"Apa lagi Qatiespearl?" Awiqah senyum kepada Azy Heykal dan dia menolak Azy Heykal jauh dari sinki membuatkan Azy Heykal mengundur ke belakang.

"Dah tolong angkat pinggan kan? Pergi depan sembang lah benda tipu di ruang tamu sana. Wahai Encik Azy Heykal dapur tempat perempuan. Lelaki di sana berborak kosong sambil menunggu gadis-gadis tiba sekejap lagi. Pergi sana ye bos ku oii." Awiqah memalingkan wajah ke sinki semula. Dia membasuh pinggan kotor dengan bermacam jenis lauk di makan mereka semua tadi.

Azy Heykal hanya senyum kepada Datin Naziera dan yang lain. Azy Heykal bersandar di sinki bersebelahan dengan Awiqah. Dia senyum dengan perangai gadis itu.

"Tak pernah tahu orang melarang aku dari terus niat aku untuk menolong orang. Kau orang pertama yang tegas melarang aku dari buat kerja senang macam ini." Dia melihat wajah bersih gadis itu. Dia perasan gadis itu memakai contact lens warna hijau muda. Dari jauh dia tergoda dengan anak mata gadis itu semasa gadis itu turun dari tangga.

"Aku tak melarang kau untuk menolong. Tapi kau lelaki. Kerja senang macam ini biar lah wanita yang di dapur ini yang settle kan. Kau nak tolong? Tolong aku cari idea untuk lari dari si psycho dekat depan sana itu." Kata Awiqah tanpa memandang Azy Heykal. Azy Heykal senyum.

"Aku tak nak nanti family kau cakap aku musnahkan kebahagiaan kau. Aku tak nak benda ini berlaku lagi. So kalau jodoh kau dengan si psycho yang kau cakapkan itu cari idea sendiri. Aku tak nak nanti Datin dan Datuk menuduh aku merancang melarikan anak dara diorang dan aku tak nak mereka anggap aku ini pembunuh." Kata-kata Azy Heykal membuatkan Awiqah berhenti dari membasuh pinggan terakhir. Pinggan yang di pegangnya di letak semula di dalam sinki dan dia memandang wajah sisi Azy Heykal.

"Maksud kau?" Azy Heykal senyum kepada Awiqah.

"Aku tak nak benda ini berulang lagi. Tapi aku terpaksa Wiq. Aku terpaksa." Azy Heykal senyum sedikit kepada Awiqah. Matanya tidak memandang wajah Awiqah. Dia keluar ikut pintu belakang dan menuju ke taman Awiqah. Awiqah mengekori Azy Heykal dengan anak matanya.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now