"Memang aku bodoh dulu. Bodoh dengan senyuman kau Hezry. Bodoh dengan kata-kata kau Hezry. Bodoh dengan cinta palsu kau Hezry." Awiqah terduduk di tepi kolam renang itu. Air matanya menitis laju. Dan hari ini dia baru perasan. Hari pertama dia kenal dengan Hezry Zakwan di taman bunga rosnya semasa mereka berumur 11 tahun. Tak di sangka dia masih ingat tarikh pertama mereka bertemu.
Dia mengetap bibirnya kuat tahan suara tanggisannya. Sementara dia tidak tahan dengan air matanya yang terus mengalir. Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya.
Sakit hatinya bila terus memikirkan Hezry. Sakit yang tak pernah dia rasa selama ini. Sakit yang membuatkan dia tak mampu untuk berdiri lama. Dia mengalah mengawal perasaannya. Dia mengalah dengan hatinya. Dia bersuara setelah air matanya berkurang. Dia tidak mampu menangis lagi. Hanya kedengaran sedu sedan.
"kenapa Wiq? Susah sangatkah kau nak menerima semua ini? Orang dah perbodohkan kau tapi kau tetap masih sayangkan dia lagi? Special sangatkah Hezry Zakwan sampai kau mengalah dengan perasaan kau sendiri Wiq? Sedar lah diri kau itu. Hezry Zakwan dah bertunang lah bodoh!" Awiqah menjerit kecil. Di tumbuk tumbuk dadanya kuat. Dia menahan air matanya dari mengalir.
"Bertunang? Shazana? Hezry Zakwan?" Awiqah ketawa sendiri.
"Kau memang stupid Nawina Awiqah. Berhenti mencintai Hezry. Kau pun nanti akan bertunang kan?" Awiqah memandang lama kolam renang itu. Matanya sayu. Dia mengambil nafas berat.
Azy Heykal dan Nazrin melihat Awiqah lemah. Mereka terkejut dengan suara tanggisan seseorang semasa mereka hendak masuk ke dalam rumah. Di ingatkan suara tangisan hantu tadi. Ingin terus masuk dalam rumah tapi bila dengar satu suara yang sangat mereka kenal. Mereka pergi jenguk di belakang rumah. Melihat Awiqah yang terduduk di tepi kolam renang.
Tak lupa juga. Orang di dalam rumah. Melihat Awiqah di sebalik tingkap. Nalili, Natasya dan Datin Naziera turut menangis melihat Awiqah yang menahan tanggisannya. Exzhel memandang Datuk Azrhon yang hanya duduk di sofa sambil minum air yang di buat oleh isterinya. Wajah tenang Datuk Azrhon membuatkan Exzhel adik kepada Datuk Azrhon tertanya-tanya. Nabil hanya melihat adiknya dan Datin Naziera dari belakang mereka.
Awiqah termenung lama di kolam renang. Dia memeluk kakinya dan matanya melihat kolam renang air yang tenang. Dia membuka getah rambutnya dan letak di tepinya. Dia berdiri lama sambil matanya masih melihat air tenang. Dia pusing belakang di pejam matanya tangannya di buka. Dia biarkan badannya bergerak sendiri ke belakang. Terasa dia sedang jatuh dari bangunan. Tetiba tangannya di pegang erat oleh seseorang. Awiqah membuka matanya melihat wajah seorang lelaki yang tiga tahun lebih muda padanya. Wajah takut Nazrin di pamernya di wajahnya. Awiqah tersenyum. Dia turut menarik tangan adiknya jatuh ke dalam kolam renang.
Nazrin terkejut dengan tindakan Awiqah. Mereka terus masuk ke dalam air kolam itu. Awiqah menyelam lama ke dalam air kolam membuatkan Azy Heykal tidak duduk senyap. Dia berjalan laju menghampiri tepi kolam. Azy Heykal hanya melihat Nazrin melihat jamnya. Kedengaran suara Nazrin berkata dan Azy Heykal turut melihat jamnya.
"2 minit." Kata Nazrin sambil melihat jamnya.
3 minit.
4 minit.
5 minit.
Awiqah masih belum keluar dari airnya. Azy Heykal dan Nazrin memandang sesama sendiri. Di lihat jam semula.
6 minit.
7 minit.
Masih Awiqah tidak keluar dari air kolam itu. Nazrin menyelam dan melihat Awiqah yang pejam rapat matanya sambil tangannya di tekan kuat dadanya. Nazrin keluar dari air dan terus menuju ke tepi kolam.
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
KurzgeschichtenSeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...