-:BAB 32:-

73 0 0
                                    

Haezril, Azie, Zackry, Nazif dan Azy Heykal duduk satu barisan. Ziana, Nalili dan Nazrin satu barisan. Dua orang pasangan cina duduk di sebelah Nazrin. Nazrin senyum kepada pasangan cina itu. Ziana dengan Nalili borak-borak tentang cerita korea yang mereka tengok dalam kapal terbang. Haezril memerhati sahaja Ziana dari belakang.

"Sudah-sudah lah kau usya Iyan tu." Zackry bisik di sebelah Haezril. Azie, Nazif dan Azy Heykal memandang Haezril dan Zackry silih ganti.

"Aku usya dia bukan apa.. Cuma aku nak tahu siapa yang Iyan maksudkan." Haezril mengecilkan matanya. Seolah-olah dia boleh nampak gadis itu di sebalik kerusi.

"Aku tak yakin yang Iyan tahu pembunuh tu.. Tapi mungkin.. Iyan syak pembunuh tu ada di kalangan kita. Macam kau syak lelaki haritu." Zackry juga turut pandang kerusi yang di duduk oleh Ziana.

"Atau.. Iyan dah tahu siapa pemilik nombor telefon pembunuh tu?" Nazif dan yang lain terus pandang kerusi Ziana lama.

'Kalau betul Ziana dah tahu siapa pembunuh tu.. Mungkin pembunuh tu ada jumpa dengan Ziana tadi.' Azy Heykal berkata dalam hati sambil matanya tak lepas dari kerusi Ziana.













Awiqah dan Afiq merenung sesama sendiri. Mata Awiqah kini memandang tajam Haziq yang dari jauh sudah tersengeh kepadanya.

"Ishh.. Jangan pandang macam tu sayang.. Takut abang.. Ini.. Abang nak beritahu sayang sesuatu.." Haziq duduk di atas meja yang bersebelahan Ain makan mee goreng. Awiqah hanya jeling.

"Amboi.. Jeling pula bakal isteri abang ni." Awiqah senyum mengejek.

"Azy Heykal dan yang lain dah bertolak semalam.. Esok kita pula bertolak ye sayang." Haziq mengusap pipi Awiqah lembut. Awiqah pandang anak mata Haziq tajam. Haziq membalas pandangan Awiqah.

"Apa kata..." Haziq melihat mata dan bibir Awiqah bersilih ganti. Awiqah mengerutkan dahinya.

"Kita berseronok dulu sebelum pergi?" Haziq sengeh. Awiqah menggeleng dan cuba jauh dari Haziq.

"Hey.. Hey.. Macam lah kau tak biasakan? Lagipun.. Pakcik kau tak ada ni.. Jom sayang." Haziq menarik dagu Awiqah kasar. Afiq turut cuba melepaskan dirinya dan menjerit. Tapi kain yang tutup mulutnya tak dapat dia jerit sekuat hati. Awiqah dah mula menangis.

"Shh.. Hahaha.." Haziq ketawa gembira. Dia melepaskan tali dari kerusi dan bawa Awiqah ke dalam bilik kosong. Awiqah jerit sekuat hati sambil menangis.

"Lepaskan aku.." Awiqah tolak Haziq jauh darinya tapi tidak beranjak. Ain mengetuk pintu kuat dari luar.

"Diam lah kau!" Haziq jerit kepada Ain.

"Haziq. Kau nak mati ke ha? Kalau Exzhel tahu. Mati kau dia kerjakan. Berhenti Haziq." Ain masih mengetuk kuat pintu. Dia takut kalau Exzhel balik.. Lelaki itu bukannya beritahu apa-apa kalau dia bergerak balik sini.

"Arghh.. Kalau dia balik kau beritahu lah."

"Kau gila!" Ain menempik.

"Sayang.. Sini.. Jangan takut.." Haziq mula berjalan perlahan kepada Awiqah yang jauh darinya.

"Aku tak nak.. Please jangan buat aku macam ni.." Awiqah berlari pula masuk dalam bilik air yang ada dalam bilik itu. Di tutup rapat pintu bilik air.

"Na! Buka pintu ni!" Awiqah mengundur dirinya dari pintu sambil tutup kedua telinganya.

"Pergi.. Pergi.. Pergi.." Awiqah berkata perlahan sambil teresak-esak menangis. Tetiba.

Bang..

Bunyi tembakan dari luar bilik air. Dan suara seseorang.

"Kami polis! Letakkan pistol!" Awiqah dalam bilik air masih menangis. Takut-takut dia hendak buka pintu.

"Wiq.. Buka pintu ni.." Selepas dia dengar suara seseorang. Dia terus buka pintu cepat. Ya! Dia kenal suara tu. Terus dia peluk Haezril laju sambil menangis sebab ketakutan tadi. Haezril membalas pelukan Awiqah.

"Shh.. Kau dah selamat. Aku ada.." Haezril mengusap perlahan belakang Awiqah.

Azy Heykal senyum kepada Haezril dan Awiqah. Azy Heykal memandang Exzhel lemah. Exzhel yang di bawa oleh dua orang polis lalu di sebelahnya. Exzhel sengeh gembira kepada Azy Heykal.

"Kau dah selamatkan anak saudara aku." Exzhel sempat senyum kepada Haezril dan Awiqah sebelum polis itu mendesaknya berjalan. Haziq yang kakinya tercedera sebab di tembak dengan Exzhel juga di bawa oleh dua pasukan polis.

"Arghh.. Lepaskan aku!" Haziq menjerit geram. Azie, Zackry, Nazif dan Afiq berada di belakang Azy Heykal.

"Wiq.." Panggil Nazif. Awiqah memandang Haezril lama sebelum matanya di pandang sekumpulan lelaki yang tidak jauh darinya. Matanya tepat-tepat memandang Azy Heykal. Awiqah senyum nipis sebelum mengelap air matanya. Kemudian dia mencebik kepada sekumpulan itu.

"Kenapa lambat.." Awiqah mencebik geram. Haezril senyum. Di peluk erat tubuh Awiqah. Awiqah tolak perlahan tubuh Haezril.

"Eee.. Aku rimaslah." Awiqah pura-pura marah. Matanya pula terarah kepada Afiq.

"Afiq.. Awak ok?" Awiqah melangkah setapak ke hadapan. Afiq senyum dan mengangguk kecil.

"Azie? Kaki kau ok?" Awiqah tanya, risau.

"Aku ok." Awiqah senyum.

"Zack.. Nazif.." Panggil Awiqah.

"Anin, Aqila dengan Anisya ok kan?" Awiqah tanya tentang kawannya. Zackry dan Nazif menganggukkan kepala mereka. Awiqah toleh semula kepada Haezril.

"Aezril.. Iyan?"

"Dia ok. Kau jangan risau." Haezril jawab soalan Awiqah cepat.

"Tak.. Kau tak marah dia kan masa aku tak ada?" Wajah Awiqah berubah. Haezril sengeh dan menggaru perlahan tengkuknya.

"Ish.. Kau ni kan? Aku tak benarkan kau kahwin dengan Iyan." Awiqah mencekak pinggang.

"Wiq.." Panggil Azy Heykal perlahan. Awiqah diam.

"Haez.." Panggil Zackry. Haezril memandang Zackry dan mengangguk faham. Haezril berjalan menuju ke arah Azy Heykal.

"Aku benarkan." Kata Haezril sebelum keluar dari bilik. Azy Heykal senyum dan matanya hanya tumpu pada tubuh belakang Awiqah.

"Wiq.." Panggil Azy Heykal sekali lagi. Awiqah masih tidak menoleh.

"Hurm.. Qatiespearl?" Panggil Azy Heykal sekali lagi.

"Ya.." Sahut Awiqah perlahan. Perlahan-lahan dia pusingkan badannya menghadap Azy Heykal. Azy Heykal sengeh.

"Ingat tak aku pernah minta kau janji dengan aku.." Azy Heykal senyum.

"Janji? Janji apa eh? Tak ingatlah.. Tolong beritahu lain janji tu." Awiqah pura-pura tidak ingat. Kelima-lima lelaki yang sembunyi di sebalik dinding lagi rapatkan telinga mereka ke dinding.

"Aku minta kau janji.. Tunggu aku." Kata Azy Heykal malas.

"Ouh.. Tunggu untuk apa eh?" Awiqah mula sengeh sendiri. Azy Heykal melihat wajah Awiqah geram.

"Tunggu aku sampai aku jumpa family kau untuk meminang kau. Aku nak kahwin dengan kau." Azy Heykal melangkah kaki setampak.

"Ouh ye? Tapi aku dah.." Azy Heykal terus menghalang percakapan Awiqah.

"Aku.. Aku terima. Aku tak kisah tentang kisah lalu kau. Aku cuma nak bina kebahagiaan kita. Aku nak bersama dengan kau sampai nafas terakhir kita." Selangkah Azy Heykal melangkah kaki ke depan. Awiqah mengundur selangkah.

"Tapi.."

"Qatiespearl.. Aku nak bersama dengan kau."

"Bukan.." Awiqah sengeh. Azy Heykal mengerut dahinya.

"Tapi, aku nak naik pelamin sama-sama dengan Iyan. Dan kami nak buat perkahwinan sekali." Azy Heykal senyum mendengar kata-kata Awiqah.

"Aku tak kisah.. Janji aku kahwin dengan kau.. Ingatkan kau minta aku kahwin dengan Ziana juga." Azy Heykal sengeh.

"Woi.. Melampau kau." Haezril menuju ke arah Azy Heykal sambil menekan penumbuknya. Azy Heykal ketawa kuat. Begitu juga dengan Awiqah.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now