-:BAB 16:-

67 0 0
                                    

"Ye mama. Wiq balik malam ni. Jangan risau ok". Awiqah senyum sendiri sambil mengambil angin di luar bilik Anisya. Ya sekarang dia lepak dengan kawan-kawannya di rumah Anisya.

"Surprise? Haziq? Apa mama ini? Kenapa tak bincang dulu dengan Wiq?". Awiqah mula mengurut dahinya yang terasa sudah mula pening. Pening dengan rancangan yang tak masuk akal oleh keluarganya.

"Apa mama? Apa hal dengan lelaki itu? Dia tak faham bahasa kah? Ke dia pekak? Wiq cakap Wiq tak mahu bincang pasal kahwin buat masa ni kan?". Awiqah mula mengurut dadanya. Supaya mengawal amarahnya.

Kawan-kawannya yang sedang berborak di dalam menjenguk Awiqah yang tetiba panas hati.

"Maaf lah nak. Mama dengan papa pun tak tahu sebenarnya. Ini pun dia datang rumah tetiba. Harap Wiq faham. Kami tak dapat tolak sebab dia hanya dengar cakap kamu sahaja Wiq". Dengar penjelasan dari Datin Naziera Awiqah hanya terdiam.

"Tak apa lah nanti Wiq balik ok. Assalamualaikum mama". Awiqah terus menekan warna merah di skrin iPhone7 miliknya. Awiqah melihat langit. Di pejam matanya rapat-rapat.

"Apa yang kau tengah fikir tu Wiq". Satu suara menegurnya. Awiqah melihat Anisya yang berada di sebelah kanannya. Sebelah kirinya pula Anin dan Aqila.

"Aku tengah fikir macam mana nak elak dari berjumpa dengan Haziq tu". Awiqah mengigit bibirnya.

"Kenapa?". Aqila mengerut dahi dan memandang ke tiga kawannya.

"Dia.. " Awiqah mengerut dahinya dan menggegam erat iPhonenya.









"Lamanya Wiq nak balik mama?". Nabil yang berada di dapur sedang duduk di meja makan dengan Puan Naziera, Nalili dan Natasya.

"Haishh.. Jangan kak Wiq tak jadi balik sudah. Tak pasal-pasal mengamuk pula abang Ziq tu". Nalili memandang di ruang tamu yang berada Haziq, Datuk Azrhon, Exzhel dan yang lain-lain.

"Musnah kalau Wiq tak balik dan boleh Zie tanya satu soalan tak abang?". Natasya memandang Nabil pelik dan matanya sesekali memandang di ruang tamu.

"Apa?". Nabil mengerut dahi dan turut memandang di ruang tamu.

"Kenapa perlu ada tu". Natasya menunjukkan jari telunjuk ke arah seseorang. Nabil tidak jawab soalan Natasya dia hanya melihat seorang yang sedang duduk di sebelah Exzhel.

"Assalamualaikum". Awiqah membuka pintu utama dan senyum kepada orang yang berada di ruang tamu.

"Waalaikumsalam". Serentak mereka menjawab salam Awiqah.

Awiqah yang menutup pintu semula dan memandang mereka seorang demi seorang tetiba matanya terpaku. Di lihat dua orang lelaki yang sangat dia kenal.

"Wiq lama tak jumpa kau". Zackry berdiri dan menghampiri Awiqah yang terkaku di situ. Nalili, Natasha, Nabil dan Datin Naziera yang baru tiba di ruang tamu melihat Awiqah yang beku di situ.

Awiqah cepat-cepat menghapuskan pandangannya terhadap Azy Heykal yang langsung tidak peduli dengan ketibaannya di situ.

"Ouh ha. Err kau buat apa dekat sini?". Awiqah beralih pandangannya kepada Zackry yang sudah berdiri di hadapannya.

"Haziq yang ajak aku dengan Azy Heykal datang sini. Katanya ada majlis dekat rumah kau". Awiqah yang mendengar penjelasan Zackry memandang tepat Haziq yang sedang tersenyum kepada dirinya.

"Hebat permainan kau Ziq". Awiqah berkata perlahan. Zackry yang mendengar hanya diam.

"Err Wiq. Kau balik dari mana ini? Dengan pakaian macam ini? Baru lepas mengali kubur kah?". Zackry cuba mengusik Awiqah. Awiqah hanya ketawa dengan soalan Zackry.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now