-:BAB 22:-

55 0 0
                                    

Azy Heykal senyum sendiri sambil di lihat langit gelap yang di temani Bintang-bintang.

"Di sini rupanya abang ni." Azie duduk di kerusi sebelah dengan Azy Heykal.

"Dekat mana lagi.. Bukan dalam rumah atau di tepi kolam ikan. Dekat kolam renang lah aku duduk." Azy Heykal senyum herot dan di pandang wajah adiknya sekilas.

"Heh." Azie turut senyum seperti abangnya.

"Abang. Aku nak tanya sikit." Azie turut lihat langit gelap.

"Tanya lah.. Macam lah kau tak pernah tanya sebelum ini." Sinis sekali kata-kata itu Azy Heykal.

"Abang.. Abang dah fikir masak-masak pasal Nana?" Kini mata Azie terarah kepada Azy Heykal. Perlahan-lahan kepala Azy Heykal memandang kolam renang di sebelahnya.

"Erm." Serentak dengan anggukkan kepalanya.

"Maksud abang.. Abang masih dengan rancangan abang?" Azie resah. Takut itu sebenarnya tujuan abangnya dekat dengan Awiqah.

"Itu yang aku rancang selama ni dengan uncle dia kan?" Azy Heykal jeling.

"Abang.. Kalau.. Kalau Nana betul-betul Ma.."

"Mati." Potong Azy Heykal pantas. Azie hanya mengangguk. Diam sejenak.

"Aezz.."

"Hurm?" Azie Hafief memandang wajah sayu abangnya.

"Kau rasa.. Betul ke tindakan aku ni?" Azy Heykal tetiba rasa bersalah. Azie diam. Tak tahu perlu angguk ataupun balas kata-kata abangnya itu.

"Kau tahu tak.. Siapa penjahat tu?" Sayu suara Azy Heykal. Azie menggeleng kepala. Azy Heykal senyum nipis sebelum dia melepaskan nafas berat.

"Aku tak nak kehilangan Qatiespearl pula, Aezz." Tunduk. Azie memandang Azy Heykal simpati.

"Abang.. Satu cara sahaja abang ada sekarang kan?" Azy Heykal terus mendongak pandang wajah tampan adiknya.

"Cara apa?" Azy Heykal berkerut perlahan.

"Serah diri.." Empat mata menikam anak mata masing-masing.

"Nana akan selamat kalau abang yang serah diri kepada polis." Azie melarikan matanya dari terus melawan anak mata abangnya.

"Kalau dengan cara tu... Qatiespearl se-selamat.. Ak-aku sanggup." Tergagap-gagap Azy Heykal membalas. Azie ketap giginya.

"Kau janji dengan aku.. Kau akan jaga Qatiespearl masa aku dalam penjara." Azy Heykal serabutkan rambut Azie sebelum dia berlalu masuk dalam rumah. Azie Hafief menghantar langkah abangnya dengan ekoran matanya. Perlahan-lahan dia memandang kolam renang yang tenang.

"Kalau dengan cara itu juga Nana masih dalam pantauan pembunuh itu, macam mana Aezz?" Azie terdiam setelah dia menyoal untuk dirinya sendiri?















"Aku nak jumpa kau kejap, Qatiespearl." Azy Heykal terus masuk dalam bilik kerjanya. Awiqah angguk dan seperti biasa. Di bawa buku personalnya masuk sekali dalam bilik Azy Heykal.

"Ya bos?" Seperti biasa. Awiqah akan buka muka surat baru.

"Wiq, tak Qatiespearl. Aku nak cakap sikit boleh?" Awiqah hanya mengangguk. Dia melangkah menuju ke kerusi yang letak di hadapan Azy Heykal. Kalau Azy Heykal guna nama samarannya, itu tanda lelaki itu serius.

"Kau nak cakap apa, Zybon?" Awiqah turut serius dengan percakapan mereka. Dia pun ingin beritahu lelaki itu sesuatu. Azy Heykal mengambil nafas berat sebelum di pandang wajah bersih gadis di hadapannya.

"Aku betul-betul sayang kau, Qatiespearl. Boleh tunggu aku nanti?" Azy Heykal senyum kepada Awiqah. Awiqah mengerut dahinya nipis.

"Apa maksud kau, Zybon? Kau nak pergi mana?" Awiqah tidak membalas senyuman lelaki itu. Dia risau sekarang ni.

"Tempat di mana kau akan selamat." Azy Heykal masih lagi senyum seperti tadi.

"Apa yang kau merapu ni?" Terasa matanya pedih.

"Qatiespearl.. Boleh tunggu aku? Selepas aku balik nanti.. Kita kahwin ok?" Azy Heykal mencapai kedua tangan Awiqah sambil tersenyum gembira.

"Kita berdua tak boleh bersama Zybon!" Awiqah mengundur tangannya dari pegangan Azy Heykal. Dia letak tangannya di pehanya.

"Kenapa pula? Kita sama-sama suka kan? Kenapa tak boleh bersama pula?" Azy Heykal pelik dengan tindakan tetiba Awiqah.

"Sebab aku bukannya anak dara lagi. Aku dah tak suci Azy Heykal. Walaupun aku tak cintakan Haziq tapi dia terima kekurangan aku." Awiqah berkata perlahan. Dia perlu kuat menerima kata-kata keji yang akan keluar dari bibir lelaki di hadapannya. Azy Heykal terdiam. Perlahan-lahan tangannya mengundur jatuh di ribanya. Dia genggam geram penumbuknya. Di tarik nafas berat dan memandang Awiqah yang sudah tertunduk.

"Aku tahu kau tak macam perempuan suci yang lain. Tapi kau masih suci depan Allah dan.. Kau tahu mana aku tak terima kekurangan kau?" Awiqah memandang wajah lelaki itu. Azy Heykal perlahan-lahan senyum. Sebak juga dadanya untuk terima kata-kata gadis itu, tapi di sebabkan dia terlalu sayangkan gadis itu.. Dia terima kekurangan yang di kata oleh gadis itu.

"Qatiespearl.. Tunggu aku.. Jangan kahwin dengan Haziq. Kan aku pernah cakap hari itu. Kau hutang dengan aku.. Selagi kau tak bayar hutang aku.. Kau tak boleh bersama dengan orang lain." Azy Heykal senyum tawar kepada Awiqah. Awiqah mencari anak mata Azy Heykal yang tersembunyi di bulatan mata hitam.

"Zy-Zy-Zybon.. Aku hanya ada sebulan sahaja lagi Zybon.. Kalau kau lambat.. Aku ter-terpaksa tunang dengan abang Ziq." Terketar-ketar suaranya bertutur. Azy Heykal mengeluh perlahan.

"Please janji dengan aku.. Kau akan tunggu aku sampai aku muncul semula depan kau. Please Qatiespearl." Awiqah menggigit bibir bawahnya perlahan. Dia tertunduk sambil di pejam rapat matanya. Tanggisannya pecah. Azy Heykal diam. Di biarkan tangisan gadis itu reda sendiri.

Dalam sepuluh minit. Tanggisan Awiqah mula hilang. Awiqah menggelap sisa air matanya. Di pandang wajah Azy Heykal yang sememangnya melihatnya dari tadi.

"Aku minta maaf.. Kalau kau lambat.. Aku terpaksa kahwin dengan Haziq. Aku yakin dia boleh bahagiakan aku.. Dan aku yakin Zybon.. Kau akan dapat gadis yang lebih baik dari aku.. Aku akan tunggu kau muncul di hadapan aku.. Tapi.. Bersama dengan gadis yang kau cinta." Awiqah bangun perlahan dari kerusi. Tanpa menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibir Azy Heykal. Awiqah sudah keluar dari bilik Azy Heykal. Azy Heykal mengeluh perlahan.

"Kau seorang yang akan aku bawa bersama nanti, Qatiespearl. Kau seorang.. Tunggu aku Qatiespearl. Aku janji.. Aku tak akan hampakan perasaan kau. Aku janji." Azy Heykal berkata perlahan. Di lepaskan pandangannya mengahadap tingkap. Di renung bukit itu lama.

[COMPLETED] REVENGEWhere stories live. Discover now