Awiqah turun dari keretanya dan berjalan menjejak pasir. Senyumannya terukir melihat ombak kecil. Teringat dia di London dulu.
"Kini.. Aku kembali." Awiqah senyum melihat ombak kecil membasahi pasir. Dia berjalan perlahan di tengah pasir. Di tulis sesuatu dengan tangannya.
Qatiespearl : Nawina Awiqah
Zybon: Azy Heykal( 25-12-16 - 25-2-17 )
Awiqah capai iPhone7 dalam poket seluarnya dan snap gambar. Di hantar gambar itu kepada Azy Heykal. Sempat di tulis caption.
Stkat ini shja kita brsma Zybon.. Bye.. See u next time - smiley-
Awiqah mengeluh perlahan sambil terukir senyuman kepada laut. Kakinya mula melangkah menuju ke keretanya semula. Tanpa lengahkan masa, Awiqah terus tekan minyak meninggalkan pantai. Corak yang dia ukir di pasir. Air laut perlahan-lahan memadam perkataan itu.
Azy Heykal yang masih layan video yang di tinggal oleh Awiqah, di capai iPhone8nya. Chat yang di hantar oleh Awiqah di bacanya. Dengan perlahan-lahan senyumannya dilebarkan. Azy Heykal membalas chat Awiqah.
Nice.. Ok.. See u next time.. Bye² too -smiley and rose-
"Ok.. Bye Qatiespearl." Azy Heykal tersenyum kepada chatnya dengan Awiqah untuk kali terakhir.
Awiqah yang baca chat Azy Heykal hanya mampu senyum. Biar lah setakat itu mereka chat bersama.
Awiqah yang duduk bersembang dengan Ziana di dapur semakin meriah suasana dapur dengan keceriaannya.
Mama dan papa Awiqah pun turut berada di situ. Hanya melayan kerenah dua orang sahabat itu. Nalili dan Nazrin sedang siapkan sarapan untuk kakaknya. Awiqah yang suruh mereka berdua hidangkan sarapan paginya. Katanya dia nak luang masa dengan Ziana untuk selama dia belum tunang ni.
Pada mulanya mereka pun terkejut apabila Awiqah mengatakan dia tidak kerja lagi di pejabat Azy Heykal. Bila di tanya sebab apa, dia hanya senyum manis dan tukar topik. Seharian dia di rumah dan sedikit demi sedikit suasana rumah mereka semakin meriah dengan gelak ketawa Awiqah dan adik-adiknya. Apatah lagi apabila Awiqah dengan Nalili bergaduh, lagi riuh ruang dapur mereka.
"Wiq.. Aku nak tanya sikit." Awiqah yang sedang duduk di buaiannya memandang Ziana yang duduk di rumput dengan pegang novel yang sudah buka surat tengah.
"Tanya lah.. Aku dengar." Awiqah senyum sambil hujung jari kakinya mengayun perlahan buaian.
"Betul keputusan kau ni?" Kini mata Ziana tidak lagi menghadap buku. Matanya terarah di wajah bersih kawan baiknya itu. Awiqah berhenti ayun buaian. Sesaat Awiqah senyum kepada Ziana sambil di angguk kepalanya beberapa kali.
"Kau yakin?" Mata Ziana terarah pula di rantai yang di pakai oleh Awiqah. Sekali lagi Awiqah mengangguk dan kini semakin lebar senyumannya.
"Aku yakin.. Selagi rantai ni masih ada dengan aku." Awiqah menunjukkan rantainya kepada Ziana. Ziana senyum.
"Ok." Ziana kembali membaca novelnya tadi. Tak sempat beberapa saat Ziana ketawa kecil. Mungkin part yang di bacanya itu kelakar. Awiqah senyum sambil di geleng kepalanya. Dia sambung ayun buaiannya tapi semakin laju dia buai. Ziana yang perasan hanya memandang ke arah Awiqah sekilas sambil senyum seperti senyuman Awiqah.
Haezril yang baru sampai di rumahnya terus menuju ke ruang tamu dan baring di sofa. Entah apa yang letih sangat sampai terasa badannya sakit. Nazif yang baru duduk di sofa berhadapan dengan Haezril.
"Kau tahu sesuatu Aezril." Nazif meletak hpnya di atas meja. Haezril hanya berdeham membalas kata-kata abangnya.
"Zykal serah diri pada polis." Melopong mendengar kata-kata abangnya itu terus dia bangun dari baring sambil menilik wajah itu.
"Aezril tak salah dengar kan?" Nazif mengeluh perlahan.
"Zykal.. Serah diri. Dekat. Polis. Jelas?" Satu persatu Nazif bertutur. Haezril melarikan anak matanya melihat sana dan sini.
"Wiq tahu?" Kini matanya kembali di wajah abangnya.
"Wiq tak tahu.. Zack tak tahu nak beritahu macam mana dekat Wiq." Suara Nazif mula perlahan.
"Biar Aezril beritahu Wiq."
"Tak. Biar aku beritahu Nana." Suara seseorang yang baru muncul di hadapan pintu rumah Haezril dan Nazif mengejutkan mereka berdua.
"Azie?!" Serentak kembar itu menyebut nama Azie Hafief. Azie mengambil nafas dalam sebelum di hembus perlahan.
"Zack kau tolong ajak Wiq keluar?" Nazif bercakap perlahan dalam talian.
"Ok. Nanti beri nama tempat. Aku dengan Wiq datang sana." Zackry yang berada dalam pejabat mula bergerak meninggalkan bilik kerjanya.
"Ok. Aku hantar dalam ws." Nazif bersuara sebelum di tutup panggilan mereka berdua. Haezril dan Azie memandang perbualan Nazif dengan Zackry.
"Jom." Ajakan Nazif di balas dengan anggukan Haezril dan Azie Hafief. Mereka mengekori langkah Nazif dari belakang sehingga lah masuk dalam kereta Azie Hafief.
"Wiq.. Kita keluar jom. Haezril, Nazif dengan Azie tengah tunggu kita." Zackry yang sedang memandu kereta menuju ke rumah Awiqah bersuara setelah gadis itu mengangkat panggilannya.
"Ok. Tapi kau ambik aku boleh?" Awiqah yang sedang borak kosong dengan hamsternya membalas kata-kata kawannya itu.
"Ok. Aku tengah bergerak ke rumah kau lah ni. Siap tau. Aku tunggu dalam kereta." Zackry memberi signal untuk pusing ke simpang lain.
"Erm ok. Sampai chat tau. Bye. Assalamualaikum." Awiqah mengangguk selepas Zackry membalas salamnya. Dia terus bangun menuju ke almari pakaiannya.
30 minit.
Zackry yang baru sampai di rumah Awiqah mula ambil hpnya di tempat letak hp.
Z
Ak smpai dh.Awiqah terus bangun dari sofa dan menuju ke pintu utama. Selesai sarung kasut adidas di kakinya. Dia mengorak langkah menuju ke pintu pagar kecil.
"Lama sampai?" Awiqah senyum sebelum masuk dalam perut kereta.
"Baru ja." Zackry senyum sebelum enjin kereta di hidupnya semula.
"Kita nak pergi mana ni?" Awiqah mula menarik tali pinggang untuk di ikat di badannya.
"Taman. Taman permainan." Zackry senyum dan matanya hanya di tumpu arah jalan.
"Taman? Kau nak ajak aku main jongkang-jongkit kah?" Awiqah ketawa kecil sebelum dia terdiam secara tiba-tiba. Zackry yang hairan gadis di sebelahnya itu diam. Berkerut dahinya.
"Kau ok? Tetiba senyap ja ni kenapa?" Anak mata Zackry di curi-curi lihat Awiqah.
"Aku ok. Cuma teringat sesuatu." Awiqah bersandar badannya di sofa dan matanya meliar lihat kenderaan lain melalui tingkap kereta Zackry.
"Err.. O.. Ok." Sepanjang perjalanan mereka menuju ke taman yang di katakan oleh Zackry. Awiqah dan Zackry hanya berdiam diri dan hanya bermonolog dalam hati.
"Erm. Sampai. Jom." Tiga patah perkataan di sebut oleh Zackry. Zackry menutup enjin kereta dan keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan Awiqah. Selepas Zackry mengunci keretanya. Mereka berdua berjalan sampai menuju di sebuah pondok yang sudah ada tiga lelaki yang setia menanti sahabat itu.
Wajah Awiqah yang muram tadi menjadi ceria selepas melihat wajah sepupu kembarnya.
"Naim! Aezril!" Awiqah berlari anak menuju ke arah adik beradik kembar itu. Haezril dan Nazif senyum melihat wajah ceria gadis yang berlari ke arah mereka. Rindunya mereka dengan wajah ceria itu. Sanggupkah mereka melihat wajah muram daripada gadis itu sekejap lagi?
YOU ARE READING
[COMPLETED] REVENGE
Short StorySeorang gadis yang mengalami tekanan masa lalunya, mula merancang untuk jatuhkan kerjaya kekasihnya. Gadis itu berjanji dengan dirinya apabila tiba hari jadinya yang ke-28. -Saya akan musnahkan hidup awak. Seperti mana awak dah hancurkan kehidupan...