Farish Hijjaz POV
AKU diberitahu tentang kepulangan adik kepada Adha, Hanara Aisha. Nama yang mampu meragut pergi jantungku. Acewaahhh. Dah lama aku menaruh hati sebenarnya terhadap si empunya nama. Tapi aku masih mendiamkan diri disebabkan aku masih belum mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan pada gadis itu.
Tambahan pula aku dengan si dia mana pernah berkenal rapat. Belum pernah bersua muka. Hanya melihat seraut wajah itu dari rumah Adha apabila gadis itu berada di tingkatan 5. Dengan hanya menatap potret wajah Aisha di rumah Adha dan tuppp, aku dah terjatuh hati dan ternyata pemilik nama itu mampu buat aku bergolek-golek melayan perasaan.
Dari itu aku mula merapatkan diri dengan Adha. Lagi-lagi kami sebaya dan berkerja dibawah syarikat yang sama. Bukan niat untuk ambil kesempatan. Tapi ye lah, kalau jodoh tak kemana kannnnn. Lagipula tak salah kan kalau nak rapat dengan bakal abang ipar. Biar terbit chemistry antara keluarga terlebih dahulu sebelum pujaan hati.
Jarak umur Adha dengan Aisha tak lah jauh. Cuma lima tahun. Pada mulanya, aku tak tahu banyak tentang Aisha. Cumanya, sejak pemerigian Aisha banyak benda yang aku tahu tentangnnya tentang kejadian dua tahun yang lepas. Tumpah simpatiku pada Aisha kerana mencintai orang yang salah.
Sejak dari itu, aku mula meluahkan rasa hatiku kepada Adha. Dia faham. Dan dia support . Bagus bakal abang ipar aku ni. Bukan saja Adha je yang tahu, malahan seisi keluarganya juga tahu. Cumanya sekarang tuan punya badan je yang tak tahu bahawa dirinya dicintai oleh seseorang; akulah orangnya.
Teringat aku ketika Adha memaklumkan tentang kepulangan Aisha. Kelakar pula rasanya bila teringatkan hal itu.
"Weh, Jaz." Panggilnya selepas menerima panggilan telefon.
"Hmm, apa?" Mataku masih menyelak helaian kertas diatas meja. Masih fokus.
"Aisha balik harini. Jom teman aku." Ajaknya.
"Malas aku." balas ku. Seketika kemudian, dahiku sudah bekerut. Apa dia cakap tadi? Siapa yang balik harini? Aisha, crush aku tu kan?
"Okay. Tak apa lah kalau macam tu. Aku gerak dulu..." Adha bangun dari kerusinya. Telefon di atas meja diambil. Baru selangkah, aku memanggil kembali.
"Aisha balik harini? Kau serius la, bro?" kataku kurang percaya. Maklumlah, kaki penipu juga Hakim Adha ni.
"Kau nak ikut aku ke tak nak?" soalnya tanpa menjawab. Haihh, geram pulak hati kita nihh.
"Aku malu lah bro." Mahu aku tak rasa segan, si dia mana pernah kenal aku.
"Gila! Malu apa? Kata nak adik aku. So, this is the perfect time untuk kau introduce diri kau. Ke... kau nak dia dengan orang lain?"
"Apa ni bro. Doalah aku dapat jadi adik ipar kau." Cepat-cepat aku mengemas apa yang patut.
Lamunanku terganggu dek suara adik-beradik itu masuk ke dalam kereta. Adha memberi senyuman padaku agak jengkel. Saja nak test aku la tu. Adha dengan cepat memperkenalkan ku kepada si cantik manis
"Hai Hanara Aisha. Nice to meet you." aku membalas sambil tanganku melambai kepadanya.
Dia hanya diam menikus. Nampak sedikit keliru. Ohh, i know...
"Berkerut betul dahi tu. Jangan risau, panggil saya Hijjaz je. Tak payah panggil abang. Terasa tua pula. Abang tu sesuai untuk Adha je. Kalau untuk Hijjaz boleh simpan untuk lain masa." simpan untuk guna lepas akad kita dua nanti. Aku ketawa dalam hati. Suka aku melihat wajahnya yang putih bersih itu .
"Jaz, kau jangan lebih. Adik aku tu. Adik aku. Jaga-jaga ehh. Abang dia masih hidup lagi sebelah kau ni." Amaran Adha memberikan jelingan mata. Adha ni saja je tau.
"Ye abang. Jaz tahu tu adik abang." balasku ketawa girang. Dan juga senyuman keji.
"Haii. Nice to meet you too Hijjaz. Saya panggil Hijjaz, okay je kan?" balasnya lembut.
Aku memandangnya dengan senyuman dan anggukan.
Personally pada aku, silap besar Idlan melepaskan wanita seperti Hanara Aisha. Terserlah kematangan pada wajah itu. Kuat sungguh hatinya menerima takdir yang bagiku agak menyakitkan. Kalau wanita lain ditempatnya, aku rasa, pasti sudah lama timbul isu orang ketiga dalam perhubungan Idlan dan isterinya
Tapi bila difikirkan balik, mungkin Aisha tak mahu mengganggu rumah tangga Idlan atas dasar persahabatan. Dan atas sebab itu jugalah, dia pergi membawa diri. Baiknya awak Hanara Aisha.
Syukur jugaklah Aisha bukan untuk Idlan. Kalau tak cuba bayangkan hidup aku lepas tu? Huhhuu, meranalah aku. Dari dulu lagi kot aku suka dia. Bukan satu masa yang singkat aku pupuk perasaan ni. Dah lama. Dan kalau nak dibuang, pastinya ambil masa yang begitu lama. Seperti Aisha sendiri, aku pasti dalam hatinya masih ada sisa-sisa Idlan Fahrin disitu.
Cumanya tugas aku sekarang, singkirkan sepenuhnya Idlan Fahri dalam hidup Hanara Aisha.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...