27 - Anak kita❤

5.4K 181 5
                                    


HANARA AISHA POV

HIJJAZ bawa aku duduk di laman rumah kami. Entah apa tiba-tiba dia kata nak luangkan masa bersama. Macam tak pernah bersama pulak sebelum ni. I mean, macam kami tak ada masa untuk bersama pula. Laman rumah yang menghijau dengan tanaman hiasan aku sendiri tanam dan ada setengah daripadanya pekebun rumah yang tanam.

Itu pun Hijjaz culik pekebun rumah umi dan abahnya setiap minggu. Dia punya malas nak cari orang lain tu buat aku rasa nak cepuk kepala dia. Hanya hujung minggu kami sama-sama berpanas menanam pokok bunga baru. Di tengah laman ini pulak terletak sebuah gazebo. Hijjaz beli minggu lepas.

Salad buah yang ada di atas meja aku suapkan ke dalam mulut Hijjaz dengan mata mengadap tablet ditangan. Sikit pun tak pandang aku. Kemudian aku suap masuk mulut aku sendiri. Sedapla kalau Hijjaz yang buat. Haish, laki siapa lah ni.

Hijjaz elok bersandar di pengahadang sesekali tergelak perlahan. Sekejap tergeleng-gelng. Macam macam encik suami ni.

Tadi dia sendiri menggedik ajak nak duduk berdua lah, ni dah lain pulak. Sibuk sangat dengan tablet dia tu.

"Abang ni, kata nak duduk berdua je. Ni kenapa ada ketiga pulak?" aku merengus melihat dia langsung tak layan aku.

"Erm? Apa pulak ketiga? Kita berdua je kan ni. Datang mana pulak lagi sorang?" berkerut dahinya melihat skrin tablet.

"Kalau nak main sangat tablet tu, baik kahwin je dengan tablet tu dulu!" tanganku sudah memeluk tubuh. Ni rasa nak menangis ni. Nak merajuk la.

Kelapap! Mataku melihat bagaimana dia melemparkan tablet itu di atas lantai papan gazebo. Tubuhnya mendekat dengan tubuhku, sekejap terasa pelukannya membelit diri dari belakang. Membawa rasa tenang dalam hati.

"Sorry sayang. Abang tengah sembang dengan kawan abang tadi. Tu yang khusyuk semacam tu." tangannya mengusap kedua belah lenganku.

"Anak-anak kawan abang tu comel sangat. Ni pun baru tadi dia bagi tahu abang yang dia baru dapat anak perempuan. Suka dia abang tengok dia seronok macam tu."

"Abang rasa bila kita nak ada anak? Dah dekat lima bulan kita kahwin, tapi sampai sekarang..." rajukku sudah hilang kemana bila isu anak disentuh. Sedih

"Sayang... semua ni kan kerja Allah. Kita dah usaha. Mungkin Aisha tak bersedia lagi jadi seorang mama, ataupun abang masih belum bersedia. Takpun kita sama-sama belum bersedia nak jadi mama abah." Aku tunduk memandang tangan yang memeluk tubuhku dari belakang. Perlahan air mataku jatuh diatas tangannya.

Terasa tak lengkap diri aku tanpa kehadiran anak. Memang benar usia perkahwinan kami masih awal tapi perasaan cemburu itu ada bila aku melihat orang sekeliling aku gembira membawa anak mereka berjalan. Aku tahu, aku masih muda, tapi aku merasai pengalaman itu seperti yang lain rasa. Lagipun makcik-makcik bawang sibuk sangat dengan hal aku yang kononnya aku merancang. Mereka tak tahu betapa usahanya kami untuk menimang cahaya mata.

"Sayang, listen... kata kan dengan usia kita sekarang yang baru nak meningkat naik dengan kerjaya kita, mungkin kita akan abaikan anak kita. Sebab tu Allah tak bagi lagi anak untuk kita. Atau mungkin abang akan abaikan sayang bila sayang mengandung nanti. Tambah- tambah projek abang tengah banyak sekarang ni. Mungkin jugak, nanti kerja sayang tak terurus dengan morning sickness lagi." Pujukan HIjjaz meresap masuk dalam hatiku. Terangguk-angguk aku menerimanya

Ada betulnya juga kata-kata Hijjaz itu. Aku sendiri masih belum bersedia. Aku ingin memiliki kerana hanya mulut-mulut jahat diluar sana. Membuktikan aku juga mampu. Bukan kerana aku benar-benar mahu.

Perlahan-lahan aku berpaling duduk berhadapan dengan HIjjaz. Merenung anak mata hitamnya merayu memujuk aku tanpa kata. Tanganku berpaut menggenggam erat tanganya.

"Terima kasih abang sebab memahami. Terima kasih kerana selalu ada bila Aisha perlukan abang. Terima kasih atas semua nasihat abang. Terima kasih untuk..."

"Sayang abang, memang itu tanggungjawab abang. Membimbing sayang menuju jalan yang diredhai. Menasihati untuk semuanya. Mamahami Aisha atas semua kelebihan dan kekurangan Aisha. Itu semua tugas abang sebagai seorang suami Hanara Aisha." Tubir matanya bergenang. Aku tahu, sikit masa pasti jatuh juga air mata itu.

Tanpa kata, aku rebahkan kepala diatas dada bidangnya. Mendengar irama jantung yang berdegup kuat.

"Aisha tak tahu apa yang akan jadi kalau suatu hari nanti abang tak ada disisi Aisha."

"Abang takkan pergi. Abang akan selalu ada disini." Tanganya menyentuh dadaku . Menandakan dia selalu ada dihati aku. Selalu ada disitu.

"Dan Aisha akan selalu ada si sini. Di setiap degup jantung abang akan ada nama Aisha. Di dalam hati abang dan lama tertulis nama Aisha. Insya allah takkan ada yang lain kecuali nama anak-anak kita."

Aku tergelak dan tangisan.

"Abang jangan tingalkan Aisha eh... janji sehidup semati dengan Aisha. Hanya ajal yang pisahkan kita"

HIjjaz mengangguk kepala.

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Rasa akan kehilangan kasih Hijjaz

Ya Allah, jika ini hanya permainan hatiku, Engkau hilangkan perasaan gusar ini. Kerana sungguh aku takut kehilangan lelaki yang dipinjamkan oleh-Mu kepadaku ini.

"Kalau sayang, nak anak berapa orang?" soal Hijjaz. Tangannya kembali membalikkan tubuhku. Dagunya singgah berehat diatas bahuku. Sekajap bibirnya menyapa pipiku buat aku tersenyum. Lantas aku pandang melihatnya.

"Kalau abang?" soalku kembali. Berkerut dahinya melihat aku.

"Abang tanya sayang dulu!.Mana boleh macam ni..."

"Sayang nak tengok jugak kesesuaian, kot Aisha boleh ke tak dengan permintaan tu. Cepatlaaa, abang nak berapa orang?"

"Seramai yang boleh abang buat lah. Tak baik membazir sayang." Kuat dia ketawa ditepi telingaku. Sumpah rasa panas je muka aku. Sembang kotor pulak laki aku ni. Man always be man!

"Sayang tak jawab lagi soalan abang tadi. Sayang nak berapa orang?"

"Ermmm.. semampu yang Aisha boleh."

"Haaa! Kalau macam tu kena sekarang la sayang. Kot lekat dua terus. Jom kita sayang."

"Abang! Tengah hari rembang macam ni?" Seriusla laki aku ni. Kejung dah aku

"Pagi petang siang malam boleh bercinta sayang. Dan halal kan. Masa bukan penghalang!" Sinis dia senyum mamandang aku.

Allahu, gatalnya laki aku ni!



SHI

[C] Yang TerindahWhere stories live. Discover now