4 - Lunch Date

6.7K 338 15
                                        

HANARA AISHA POV

IBU menggangguk. Abang support. Ayah?

"Ikutlah nak" itu kata ayah. Ringkas dan bagi aku kurang membantu. Bapa-bapa memang macam tu. Kalau dah mem besar buat keputusan, mereka akan menjurus kepada arah neutral. Tak mahu terlibat dalam apa-apa perbahasan. Tak mahu ambil risiko.

Aku pula masih belum pasti dengan diri sendiri. Rasa tak yakin dengan kebolehan yang ada.

"Siapa lagi yang ibu nak harapkan untuk sambung business ibu, Sha. Sha je ibu ada. Nak harapkan abang, mestilah dia tak minat dengan fesyen." Aku bungkam. Bukan aku taknak. Tapi kalau boleh aku nak bermula dari bawah.

"Betul tu Sha. Satu masa nanti aku akan take over office ayah. Memang bukan taste aku la nak jadi pereka fesyen." Abang tayang muka tak lalu. Ceh! Memang tergelak habis. Bukan aku tak tahu dah nak kering air liur ayah suruh abang berhenti kerja untuk ambik alih syarikat kecil ayah.

"Ye lah tu, Hakim Adha. Dari dulu sampai sekarang ayah tunggu kamu jejak kaki kat office. Jangan katakan kaki, tapak kasut pun ayah tak nampak lagi." kata ayah. Surat khabar diatas meja diambil dan dibaca.

Aku tahan ketawa. Sekali ayah bagi, memang sakit!

"Ayah tak payah tunggu Adha. Nanti Adha datang sendiri." Abang tayang muka cemberut. Lagi masam mukanya bila aku simpul ibu jari kebawah. LOSER BOO!

"Sudah-sudahlah tu ayahnya. Kita sekarang ni nak pujuk Sha kerja kat butik ibu." Alih ibu ke topik utama yang kami bincangkan tadi.

"Aduiii. Sha ingatkan dah habis topik tadi tu." pahaku tampar perlahan. Sumpah aku ingat topik tu dah lari tadi! Menyesal pulak rasa ambik bidang fesyen!

"Sha, ibu dah penat. Biarlah ibu kat rumah uruskan hal rumah pula."

Dan aku?

"Ibu, bagi Sha masa okay? I just need some time to get some rest and sort everything yang Sha nak dalam hidup Sha." Ujarku lalu memeluk lengannya dan memejamkan mata. The best place ever.


RASA mengantuk masih tersisa. Aku lajukan langkah membuka pintu bilki. Terpampang muka abang disitu. Aih, pagi-pagi dah sakitkan hati aku.

"Abang nak apa?" soalaku dengan tangan memisat mata. Pukul berapa eh sekarang?

"Anak dara sorang ni, sedar lah wei. Dah pukul 8 dah ni. Bangun. Breakfast kat bawah. Before that, jangan lupa mandi." Kata abang sambil mengusutkan rambut.

Tangannya aku tolak kuat. Dia mengeluarkan gelak jahat. Hantu betul la perangai! Terus aku tolak tubuhnya . Menyampah. Pintu bilik ditutup kuat. Aku dengar pun rasa nak terkeluar gegendang telinga.

Aku ni bukannya apa. Normal la, kalau duduk sendiri confirm weyh, comfirm korang bangun awal. Tapi bila balik rumah, entah syaitan apa entah ada kat rumah, perangai bangun lewat tu tetap dalam diri.

Aceyhh. Pengalaman budak hostel. Kahkahkah

Selesai membersihkan diri, aku bawa langkahku menuju ke dapur. Dari atas bau sudah menusuk rongga hidung. Lahaii sedap betul bau. Masakan ibu, kalau bau pun dah sedap, maknanya makanannya lagi sedap!

Dulu semasa aku disekolah menengah, lebih tepat asrama, setiap kali hujung minggu, ibu dan ayah akan datang menghantar makanan. Ceyh, kononnya kawan aku yang lain riak menayang Mc Donald, KFC, PizzaHut, Kfry bagai, aku tayang masakan ibu sudah cukup.

Waktu itu bagi aku, setakat makanan diorang tu, langsung tak tertanding dengan masakan ibu aku. Takat beli kat kedai, apalah sangat. Aku, ibu aku masak kot untuk aku. Ibu aku sayang gila kot kat aku.

Kerusi di sebelah abang Adha ditarik. Nasi lemak, roti sardin sudah tersedia diatas meja. Sedap ni.

"Sha." Ibu memanggil

"Yes bu." Aku angkat kepala melihat raut wajah ibu.

"Nampak gaya harini ibu kena masuk butik lagi lah ni? Hmm?"

Adoii. Aku garu kepala perlahan. Abang disebelah sudah mengekek menggelakkan aku. Cepat pahanya aku cubit dengan jari runcingku hingga dia mengaduh. Ayah menggeleng perlahan melihat kami adik beradik. Dia tenang menghirup kopi . Pantas aku tayang senyihanku.

"Bila Sha dah ready okay ibu. Sekarang Sha just kurang yakin dengan diri sendiri, ibu. "

"Yelah. Tapi tolong-tolong lah ibu sama kat sana. Ibu perlukan orang macam Sha untuk teruskan apa yang ibu ada ni. Untuk Sha juga."

Aku menangguk. Aku mengerling wajah abang Adha ditepiku. Berkerut wajahnya. Sakit ke weyh?

"Sorry abang. Janji tak buat lagi. Heee" tempat aku cubit tapi aku usap sekejap. Ambil hati.

"Keluar lunch dengan abang harini. No excuse."

Alaaaa! Malasnya aku nak keluar rumah. Rancangan aku harini cuma nak duduk di rumah hilangkan jetlag aku yang masih bersisa. Tapi kena paksa makan dengan abang pulak. Ni namanya keluar mulut harimau termasuk pulak mulut naga. Haishhh

"Fine."


JAM ditangan aku kerling hampir sepuluh kali. Aku dah mula rasa fedup dengan abang. Janji tak pernah betul. Hampir setengah jam aku menunggunya, tapi bayang pun tak nampak. Ni rasa nak mengeluh ni.

Iphone di atas meja berbunyi. Dari dada skrin, terpampang nama 'Abang Adha'.

"Where are you?" aku menyoal tanpa salam

"Adik, actually abang lupa yang abang ada lunch date dengan clien abang. I'm so sorry Hanara Aisha."

"Ya Allah, abang boleh kan kasi tahu awal sikit tadi. Ni Sha nak balik dengan apa jap lagi? Benci lah abang ni."

"Don't worry, jap lagi kawan abang sampai."

"Siapa pula kawan abang tu?"

"Alah, si Hijjaz tu. Abang dah call dia tadi kata abang terpaksa attend lunch date dengan client and abang dah suruh dia teman adik. So, jap lagi dia teman adik dan abang dah amanahkan dia untuk hantar adik abang ni ke rumah dengan selamat. Okay dik, I have to go. Bye"

Hijjaz? Allah! Aku baru jumpa sekali takkan nak makan sekali kot. Segan lah aku. Abang pun satu, suka buat aku cam ni. Last minute.

Aci tak kalau aku larikan diri sekarang? Balik naik grab. Aku rasa sempat lagi ni...

Belum sempat aku bangun, kerusi di depanku ditarik. Aku angkat wajahku. Terpampang wajah Hijjaz.

Aduhmakkkk. Dia dah sampai!

"Hanara Aisha. Do you still remember me. The guys that.."

"Yes. I still recognize you. So Abang Adha called me just now and dia kata awak temankan saya. I'm so sorry Jaz because of my abang awak terpaksa datang sini." Rasa serba salah pula dengan Hijjaz. Semua abang punya pasal!

Tapi diwajahnya dihiasi segaris semyuman yang ikhlas pada pandangan aku. Handsomenya. Rasa nak mencair ni. Tiber.

"It's okay la Aisha. Saya okay je. No worries. After all, Adha kawan saya kan. So Aisha dah order?"

"Not yet. Saya tak tahu nak makan apa. Abang kata dia selalu datang dengan awak kat sini. So, apa yang sedap untuk saya makan?"

Pada mulanya, aku rasa sedikir awkward. Selepas beberapa minit, aku semakin rasa selesa untuk berkawan dengannnya. Sepanjang aku berbicara dengannya, bagi aku dia seorang yang sangat open minded dan dia ni menerima pendapat aku walaupun aku menentang sehabis yang mungkin. Namun bicaranya mampu membuat aku seyum manis.




SHI

[C] Yang TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang