FARISH HIJJAZ POV
AKU sarung kemeja putih ke tubuh sebelum aku butangkan semua butang yang ada pada bahagian baju dan tangan. Huluran vest dengan rona yang sama dari Adha aku sambut. Bow hitam di atas meja aku kemaskan di bahagian leher. Rasa berdebar dalam hati menjemput aku. Tapi tak berdebar seperti akan nikah dua hari lepas.
Aku berpaling menghadap cermin tinggi di hadapanku. Rambut ala-ala style messy itu aku kemaskan sedikit. Biar nampak macho and cool depan isteri aku yang satu tu.
Sebut pasal isteri, entah manalah sepupu dia, Wahida tu bawa lari isteri aku. Dah dekat dua jam menghilang, bayang-bayang pun tak nampak.
Aku bawa langkah keluar dari bilik Adha. Mataku cuba mengintai bilik selang sepintu dari bilik Adha. Kelihatannya masih tertutup rapat. Entah apalah yang mereka semua buat kat bini aku yang cantik tu. Haisshh, tak sabarlah nak tengok rupa dia yang menawan tu tambah-tambah lagi dengan baju bersanding yang berwarna putih.
Mesti nampak lebih jelita dan ayu. Aku tak nafikan, memang aku tak dibenarkan untuk mengikuti umi untuk fitting baju dulu. Sebab apa? Katanya takut hilang seri pengantin perempuan. Eleh, seri pengantin Aisha makin berseri selepas akad haritu umi. Uhuk!
Teringat aku dimana hari aku menelefon sendiri ayah Aisha untuk masuk meminangnya. Bukan saja kepada keluarganya, bahkan kepada keluarga aku sendiri aku turut khabarkan. Tapi entah apa jenis rancangan aku tak tahu, aku sendiri dimaklumkan Hanara Aisha sudah ditunangkan dengan orang lain. (Refer 11 - Buaya Emas)
Bila ditanyakan kepada umi dan walid, kata mereka darah manis tak elok selalu bertemu. Haih, macam mana nak bertemu waktu tu kalau Aisha sendiri pun taknak bercakap dengan aku. Muka dia muram sungguh bila nampak aku kat rumah dia haritu.
Aku pun bodoh juga, lagi marah la Aisha tu bila aku suruh dia putus tunang dengan tunang dia. Rasanya, kalau Aisha ikut cadangan aku tu dulu, kami still boleh bersama tak? Hmmm.
"Jap lagi adik aku tu keluar la. Risau sangat orang kacau bini dia." aku berpaling melihat wajah Adha yang sedang mencemik menyampah.
Kalau dah dengki tu dengki juga! Dulu dia pernah kata dengan yakinnya yang dia akan berkahwin dulu sebelum aku. See, sekarang tengok sapa kahwin dulu.
"Bawa-bawa diam lah mulut kau tu, Adha. Bising je kan kerja kau sekarang lepas aku jadi adik ipar kau? Kau ni memang anti aku jadi adik ipar kau ke apa?" Aku hampiri dia yang berdiri di sebelah meja solek. Dengan tangan tak lekang dari telefon. Eleh jantan ni, dah hati ada taman!
"Eh gila, kalau aku tak suka kau jadi adik ipar aku, tak ada maknanya aku nak tolong kau rahsiakan segala benda alah ni. Cakap pakai ikut sedap mulut je." Adha merengus kuat. Nampak marah betul. Tapi aku hanya tayang muka kayu. Tak ada perasaan.
Kalau dengan Adha memang aku mampu hafal perkara tentangnya. Acah-acah marah tapi sebenarnya tak marah mana pun tu. Dia lebih kepada geram.
"Aku lawak je pun. Tu pun nak sentap apa kes bro? Period eh?" usik aku . Laju tumbukan perlahanku singgah dibahunya. Persoalannya, laju ke perlahan tumbukan aku tu? Haha, bodoh betul.
Aku nampak Adha menjeling kearah aku. Melihat riak wajahnya aku tahu dah. Semacam je. Gaduh dengan bakal orang rumah ke apa? Dia semakin menghampiri. Lantas aku larikan langkah keluar dari bilik itu.
"Kau pikir aku ni separuh Sajat je jantan?!" jeritan garau Adha mampu menggegar rumah. Itu yang aku rasa.
Aku tergelak kuat langkah aku bawa keluar dari bilik dan aku terpaku pada wajah itu. Tak mampu pandang yang lain!
HANARA AISHA POV
ANAK mata Hijjaz langsung tak berkelip dari memandang susuk tubuhku. Melampau sangat ke baju kawin aku ni? Aku belek diri sendiri dari kedua belah bahuku menuruni labuhan kain. Memang nampak agak terlebih, tapi inikan wedding aku. Mestilah aku nak yang terbaik, hmm walaupun aku tahu, itu ibu yang handle sebab aku taknak ambil tahu langsung.
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...