6 BULAN KEMUDIAN
FARISH HIJJAZ POV
KEADAANNYA masih begitu dari tadi. Hanya mata berkelip-kelip tapi fikirannya melayang entah ke mana. Aku tak pasti panggilan apakah yang dia dapat tapi riak wajahnya yang nampak terkejut itu membuat aku bimbang. Adakah..
"Aisha okay ke? Tak sihat eh? Kalau tak sihat Hijjaz boleh hantar awak balik." Aku cuba membuka bicara. Menarik segala resahnya pergi.
"Tak ada apa lah Jaz." Dia koyakkan secebis senyuman dibibir. Manis. Tapi masih tak cukup untuk menutup keresahan hatinya. Aku perasan.
"Jaz." Lembut suaranya menampar gengedang telinga, Cepat-cepat aku menyahut.
"Yes.?"
"If you don't mind, teman saya pergi hospital kejap boleh?" perlahan suaranya . Sayu
"Awak sakit ke?"
" No. No.. friend of mine. She wants to meet me."
HANARA AISHA POV
PANGGILAN daripada Idlan benar-benar menyentak aku. Bagaimana dia tahu nombor telefonku yang baru? Mana dia dapat. Mendengar kisah hidupnya buat aku hembus nafas lelah. Kesian. Sayu. Semuanya bercampur sekali dan aku tak tahu nak gambarkan bagaimana.
Hijjaz pula dari tadi mendiamkan diri. Tadi sempat dia menelefon abang Adha memaklumkan pemergian kami. Untung saja abang Adha percayakannya. Entah ilmu apa yang Farish Hijjaz gunakan untuk melembutkan hati seorang Adha Hakim.
Masuk saja didalam bangunan hospital, aku melajukan langkah naik ke tingkah 3. Terancap mataku dengan tubuh Idlan, aku berlari kearahnya. Sungul wajah itu.
"Apa dah jadi, Idlan? Macam mana keadaan Rian?" cepat saja mulutku bertindak balas dengan keadaan sekarang.
"I don't know how to explain. She keeps calling your name sejak seminggu yang lalu. Aku cuba cari kau, tapi aku tak jumpa." Air matanya menitis perlahan. Luluh hatiku melihat dia begini. Yang aku tahu, Idlan bukan begini. Berdirinya dia bertongkatkan keegoannya. Bangkitnya dia kerana semangatnya. Hati seorang suami, mungkin takut kehilangan.
Keep move on Hanara Aisha. Dia suami orang. Ingat tu! Suami kawan baik kau sendiri.
Aku memang tidak berhubung dengan mereka sudah lama. Selepas aku pergi dari Malaysia dulu. Dan memang aku tiada niat untuk kembali berjumpa dengan mereka. Tapi sekarang, bila keadaan jadi begini, sedikit membuahkan rasa kesal dalam hati aku.
Aku memerhati sekeliling. Mencari tubuh yang membawa aku ke sini. Hijjaz... where is he? Aduh. Aku tinggal dia ke tadi? Telefon di dalam handbag aku keluarkan. Mencari sebaris nama Farish Hijjaz yang terselit di dalam contact list. Bila panggilan menyahut dihujung sana, lemah aku bertanya. Takut dia terasa hati.
"Jaz kat mana sekarang? Sorry... Aisha tinggalkan awak tadi. I'm too scared." Jelasku pendek.
"Just tell me where are you and I'll be there." Beku suaranya. Terasa hati mungkin.
"Erm... tingkat tiga. VIP room."
"Ok" tut... tut... tut...
Aku menatap telefon ditangan. Dia matikan macam tu je? Berkerut dahiku memikirkan masalah ini.
"Who is he? Your boyfriend?" Idlan mengangkat keningnya beberapa kali. Dengan senyuman sinisnya, aku tahu aku bukan dalam hatinya lagi. Sedikit terluka aku dengan caranya.
"No lah. He is one of my friend. Tak lebih dari tu." Tak lebih dari tu? Seriously?! Tapi kenapa perasaan ini bagaikan membangkang.
Iphone ditangan berbunyi lagi. Abang Adha?
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomantikSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...