HANARA AISHA POV
AKU senyum aneh. Tiba-tiba aku rasa ragu-ragu dengan pertunangan ini. Mana tak peliknya jika Adriana mahupun Idlan langsung tak maklumkan apa-apa. Tanganku menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa was-was yang teramat sangat.
Cincin dijari manis aku pandang. Jelas sekali corak dan pemilihannya sangat berbeza dengan yang Adriana pernah tunjukkan dulu. Yang peliknya, Adriana masih berada di hospital untuk rawatan. Bila dia nak siapkan segala jenis hantaran ni. Dan masih segar dalam fikiran aku wajah kedua ibu bapa Idlan mahupun Adriana. Tapi langsung tiada salah seorang yang datang tadi. Yang pastinya, raut wajah wanita yang masih anggun itu, aku tidak pernah mengenalinya.
Mungkin saudara dekat Adriana ataupun Idlan. Aku tidak tahu.
Deringan telefon dibawah bantal menyentak aku. Bunyi sayup-sayup tapi masih kedengaran. Lantas aku capai dan menjawab panggila tersebut bila nama Idlan terpapar pada skrin.
"Assalamualikum Hana. Esok Rian dah boleh discharged. Kau datang tak esok?"
Salamnya aku jawab. Gembira aku mendengar suaranya.
"Oh sure aku pergi jemput di sekali." Jawabku agak perlahan. Nak bertanya, tapi aku gusar dengan jawapan yang aku terima.
"Hana? Kau okay ke tak ni? Kau ada problem eh?" soalnya. Mungkin dia mendengar nada suaraku yang agak rendah ini.
Aku hempaskan badan di atas tilam. Nafas dilepas perlahan. Takut meluahkan apa yang aku mahu tahu. Risau jika apa yang berlegar-legar dalam fikiran aku semuanya benar.
"Aku nak tanya kau something yang sangat-sangat penting ni Idlan. Kau jangan terkejut tau."
"Jangan buat aku risau Hana. Apa yang kau nak cakap ni?"
"Kita dah bertunang ke Idlan?"
"YOU owe me an explaination, abang." Ujarku sebaik saja pintu bilik abang Adha dibuka untuk aku melalukan tubuh masuk ke dalam. Aku tahu dia tahu segalanya.
"What explaination, Sha?" berkerut wajahnya memandang aku. Pucat!
"Sha bukan tunang Idlan ke abang?" setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi pipi. Agak terluka dengan rahsia yang aku baru tahu ini.
Abang Adha memegang bahuku namun aku tolak tubuhnya menjauh. Berkali-kali sehingga aku tak berdaya, rebah juga aku dalam pelukan abang Adha.
"Abang tahu kan apa yang sedang berlaku semua ni kan? Kenapa abang rahsiakan semua ni dari pengetahuan Sha, abang. Siapa Sha dalam keluarga ni?" sedih aku dengan rahsia ini bukannya sedikit. Bukannya pasal tentang perasaan aku terhadap Idlan, tapi aku agak terluka dengan penipuan ini.
Aku bukannya bersedih kerana tak menjadi tunang Idlan. Tapi kecewa aku kerana diketepikan oleh keluarga aku sendiri. Walaupun aku sendiri yang suruh ibu dan ayah terima pinangan itu, tapi itu aku sangkakan pinangan Adriana. Rupanya bukan.
Sejujurnya dalam hati aku bukannya Idlan di tempat itu, tapinya Hijjaz. Aku masih mengharap padanya walaupun aku sendiri tahu perkara itu sangat mustahil untuk aku angankan. Walaupun begitu, aku jugak masih tidak faham mengapa hatiku sangat inginkan dia dalam hidupku. Lengkapi sebahagian hatiku. Menemani hariku. Allah, berat dugaan ini.
"Abang minta maaf Sha sebab abang langsung tak menghalang. Abang ingat Sha awal-awal lagi dah tahu. Sumpah tak terniat dalam hati abang untuk membelakangkan sha. Keputusan ni semua ibu dengan ayah yang buat, Sha. Abang minta maaf." Sebak suaranya menyapa gegendang telingaku. Dengan itu mampu membuktikan yang Abang Adha sendiri tak tahu dengan rancangan ini.
"Siapa dia abang?" serak aku bertanya akhibat banyak menangis.
"Abang tak tahu."
"Tipu..."
Tangan kasar abang Adha mengusap perlahan belakang badanku. Mungkin cuba menenangkan aku yang sememangnya tidak tenteram ni. Semakin perlahan esak tangisku sehingga aku tidak sedar aku tertidur dalam dakapan abang Adha.
Bangun pada awal pagi itu, jam tepat menunjukkan pukul 3:40. Aku perhatikan ruang kelam dalam bilikku ini. Mungkin abang Adha menghantar aku semalam. Teringat aku usrah diwaktu sekolah dulu,
"Bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah solat tahujjud pada-Nya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. – Surah Al Isra' ayat 79"
"Berapa orang je yang mampu menahan nafsu mengantuk untuk solat malam."
"Doa di saat tahajjud adalah umpama panah mengenai sasaran."
Oleh kerana itu, aku kuatkan hati dan kentalkan jiwa berwuduk pada pagi itu. Aku akui, sejak keluar dari asrama, boleh kira berapa kerat saja aku bangun solat malam. Kalau dulu, aku rajinkan diri kerana banyak pengaruh rakan-rakan BADAR yang banyak membantu. Kini, hanya bergantung pada diri sendiri.
Mulanya aku dirikan solat tahajjud, kemudiannya solat taubat, hajat dan istikharah.
Ya Allah, benar aku hanya mampu merancang, ibu dan ayahku mahukan yang terbaik buatku tapi engkaulah sebaik-baik perancang. Jika benar pilihan mereka adalah yang terbaik untuk dia menjadi pemimpin dalam perjalanan hidupku serta keluargaku kelak , maka satukanlah kami dalam cara yang baik serta dekatkan kami. Jika dia bukan yang terbaik untuk aku, maka engkau berikanlah jodoh yang selayaknya buat dia serta buat diriku. Ya Allah, jika ini yang mampu membahagiakan kedua orang tua ku, tenangkanlah hati yang mencintai ini melepaskan Hijjaz pergi dalam hati ini. Engkau lepaskanlah yang tersimpul dalam hati kelamku ini.
Seusai itu, aku bangun untuk mendirikan solat witir sebagai penutup solat sunatku pada malam itu. Hati aku semakin tenang menerima takdir hidupku sendiri.
Ini yang paling baik dalam hidup aku.
SHI
YOU ARE READING
[C] Yang Terindah
RomanceSTATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan dia turut menerima. Cinta itu pada zahirnya tidak seharusnya memiliki Cinta itu bagaikan ujian dari T...